Tuesday, June 10, 2008

SUKMA KE-12: TAHNIAH GANUNG

Semalam, 9 Jun 2008, diadakan upacara penutup bagi Sukan Malaysia (SUKMA) XII di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selama hampir dua minggu SUKMA ini berlangsung di bumi Terengganu dan akhirnya melabuhkan tirainya semalam. SUKMA kali ini tentu boleh dibanggakan oleh rakyat Terengganu kerana berjaya menjadi tuan rumah terbaik. Lebih manis, apabila kontigen negeri Terengganu berjaya muncul juara keseluruhan SUKMA XII, dengan 61 pingat emas, menewaskan negeri penguasa SUKMA, Selangor. Syabas untuk kontigen negeri Terengganu.

Diharapkan penguasaan Terengganu dalam acara sukan ini adalah bersih dan bebas dari sebarang kontroversi. Acara kanu menjadi acara yang menyumbangkan pingat emas terbanyak iaitu sebanyak 14 pingat emas. Dan kejayaan yang sangat bermakna bagi rakyat Terengganu ialah apabila, pasukan bola sepak SUKMA Terengganu berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Kedah pada dua tahun yang lepas, dengan menewaskan PERLIS, 5-1. Satu jumlah jaringan yang cukup besar dan amat membanggakan.

Dan pada majlis perasmian penutup semalam, Menteri Besar Terengganu, YB Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan dua perkara penting; pertama, elaun semua exco kerajaan negeri akan dipotong sebanyak 10% sebagai tanda prihatin kepada rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak. Kedua, perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Terengganu, iaitu pengumuman cuti umum bagi negeri Terengganu pada hari ini, 10 Jun 2008, sebagai penghargaan kepada semua rakyat atas sokongan yang diberikan dan sebagai apresiasi kepada kontingen sukan negeri yang berjaya mencatat rekod dengan menjadi juara keseluruhan untuk pertama kalinya selepas 22 tahun SUKMA ini berlangsung.

Selain daripada itu, YB MB juga mengajukan cadangannya kepada PM untuk membina sebuah sekolah sukan berhampiran dengan kompleks sukan Gong Badak, supaya segala kemudahan yang ada, dapat digunakan sepenuhnya. Dan, cadangan itu disambut baik oleh Pak Lah, apabila beliau menyatakan persetujuannya dihadapan ribuan penonton yang hadir pada malam tadi. Jadi, satu lagi agenda pembangunan yang direncanakan yang diharapkan dapat memberi faedah dan manfaat kepada rakyat negeri Terengganu sendiri khasnya.

Kesimpulannya, Majulah Sukan untuk Negara. Syabas untuk Kontigen negeri Terengganu yang berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi sesuai dengan moto mereka, Ganu Nelang. TRANUNG MEMANG NELANG!!!SYABAS!!!

-END-

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~