Bismillahirrahmanirrahim...
Terkedu aku membaca tajuk akhbar kelmarin tentang penemuan mayat bayi di dalam baldi di sebuah sekolah pondok yg terkenal di kawasan tempat tinggal aku. Sedih dan malu bila mendapat tahu yg melahirkan bayi yg tidak berdosa itu adalah pelajar sekolah itu sendiri, dan berita terbaru, yang menjadi bapa pada anak kecil itu juga bekas pelajar di sekolah pondok itu sendiri. Sedih dan malu kerana, dua-dua merupakan pelajar pondok yg terkenal dgn ajaran ilmu agamanya, yg memakai jilbab,jubah,kopiah tdk pernah lari dr kepala. Mereka seolah-olah menjual agama secara tidak langsung atas perlakuan sumbang mereka.
Di sinilah terbitnya persoalan, apa nak jadi dgn anak muda zaman sekarang & bagaimana nak mengatasinya. Jika yg melakukannya org-org biasa & kebanyakkan, mungkin kita dah kalih @ terbiasa mendengarnya,tapi apabila mendengar mereka yang cerdik pandai agama, yang belajar ilmu agama lebih tinggi daripada orang disekitarnya, ia seolah-olah satu perkara baru & janggal.
Lalu di manakah silapnya lagi jika sebelum ini, org mengatakan mereka yg terlibat dgn masalah sosial (fokus di sini adalah zina) kurang pengetahuan tentang ilmu agama & kurang didikan dr ibu bapa, nah, sekarang kita diheret oleh masalah yg sama cuma pelakunya berbeza. Masihkah ingin menunding jari kpd ilmu agama & ibu bapa semata? Jawapannya tentulah tidak.
Apa gunanya ilmu jika ia tidak diamalkan,tidak dipraktikkan & tidak dihayati sepenuhnya. Pepatah arab ada berbunyi, "Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah". Kerana tiada kesedaran dalam diri, ilmu hanya tersimpan di dalam buku, belajar hanya masuk ikut telinga kiri & keluar di telinga kanan. Iman yang tipis tanpa dikawal, membiarkan nafsu yang panas menggelodak, menyebabkan terjadinya perkara seperti ini dikalangan mereka yang tahu & tinggi ilmu agamanya. Natijahnya, berlakulah persetubuhan haram lagi keji, pembunuhan insan yg tiada noda, runtuhnya maruah seorang gadis & keluarga. Cuba renungkan, hanya sekelumit nikmat yg dikejar, berderet mudharat terpalit bersama. Inilah maksud pepatah Melayu, "Ikut rasa binasa, ikut hati mati". Lalu, apa lagi yg ingin diikuti? Ikutlah pandangan mata hati yg ditunjuki akal waras dgn membelakangkan hawa nafsu.
Sayang seribu kali sayang, insan yang menjadi harapan keluarga untuk menjadi contoh teladan yang baik telah menconteng arang ke muka. Apa agaknya perasaan kedua ibu bapa mereka ini. Semoga mereka bertaubat & kembali ke hadrat CINTANYA. Ameen.
1 comments:
dugaan skrg mmg sgt dahsyat...
ya Allah....bantulah kami slamat dr dosa2
Post a Comment