Friday, October 24, 2008

Final Exam

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya, setelah agak lama blog ini sepi dek kerana hambatan masa yg sentiasa penuh dgn aktiviti dan kesibukan universiti, dapatla jugak aku mencoret di blog ksygn aku ni. kebetulan hari ni, aku melepak kat fak, boleh la online. nak harapkan duduk kt kolej, habuk pn xdak. Hurm, hope kolej za'ba akan dapat wireless dalam bilik suatu ari nanti...

sekarang ni aku berada dalam minggu terakhir belajar, minggu ulangkaji akan bermula minggu depan, dan peperiksaan akan ditempuhi seawal bulan 11. subjek awal yg bakal ku tempuh adalah matematik aljabar(algebra). oleh kerana, aku tidaklah terer sgt dalam math ni, so kena kuatkan usaha dan rajin study untuk score markah lulus. tidak mengharapkan A kerana mid-sem punye markah teruk.

sedar tak sedar, dah nak habis sem pertama aku di bumi UKM ni. Kejap sangat masa berlalu, pejam celik, pejam celik, dah nak exam.aku harap aku dapat jadi pelajar yang cemerlang sepanjang aku di UKM sepertimana waktu aku di KUSZA dulu. Walaupun keadaannya jauh berbeza, tapi itulah pengalaman kehidupan yang paling berharga yang dapat ku kutip sepanjang hayatku.

tak sabar tunggu cuti sem nanti, nak lepak dengan kawan2 masa KUSZA dulu, berkumpul beramai-ramai, bercerita tentang diri masing-masing di tempat baru,tak sabar lak rasanya. Em, satu lagi, aku tak sabar nak tunggu berita pasal majlis konvo yang dh lama bertangguh sampai aku pun naik lenguh. Harap dapat diadakan dalam tahun ni jugak. Sekurang-kurangnya diiktiraf jugak usaha aku belajar selama ini untuk dapatkan diploma.

lupakan sekejap pasal tu, baru teringat, aku perlu siapkan satu lagi esaimen berkaitan generic skill, skill yang wajib utk semua pelajar thn satu UKM sesi 08/09. Hanya ade sedikit benda yang perlu di edit. Dan Jumaat depan, aku dan sorg lagi kawan aku, kena wat presentation berkaitan tugasan kitorg. Dah lama xbercakap depan orang, xbuat presentation, agak berdebar jugak. Nasib baik present depan mentor sorang je, kalau tak, naya dibuatnya. apa-apa pun persediaan amat penting untuk pastikan lidah x kelu dan ternganga masa present nanti.

Semoga Allah memberikan ketenangan kepada diriku dalam menempuh apa jua keadaan yang tidak terjangka. Dan semoga aku dapat menempuhi alam peperiksaan pertama kali di universiti kebanggaan Malaysia ini dengan jayanya. Amin....

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~