Tuesday, April 21, 2009

My Final Exam Schedule


BACHELOR IN MANUFACTURING ENGINEERING

SESSION 2008/2009 SEMESTER 2


22/4/2009 8.30A.M-11.30A.M BASIC APPLIED MECHANIC (DG)

24/4/2009 8.30A.M-11.30A.M THERMODYNAMICS (DECTAR)

29/4/2009 3.30P.M-6.30P.M ELECTRIC (DECTAR)

2/5/2009 8.30A.M-9.30A.M PENGURUSAN MASJID (DG)

5/5/2009 12.00P.M-2.30P.M CALCULUS MATH (DECTAR)


Semuanye killer subject. Total kredit hour 19 hours. 4 subjek 4 jam kredit, satu failed, semua hancussss....huhu....Pengurusan Masjid je penyelamat....aish.....

Saturday, April 18, 2009

GUD LUCK FOR FINAL



Bismillahirrahmanirrahim...

Memandangkan final exam is juz around da corner, so, di kesempatan ini,aku nak mengucapkan selamat menempuh imtihan buat sahabat-sahabat yang berada di universiti di seluruh Malaysia ni. Berjuanglah hingga ke titisan keringat yang terakhir. Semoga kita semua memperolehi kejayaan yang diimpikan dengan dinaungi rahmatNya. Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan, 0-0 ek,hehe...

Ingatlah, tiada yang mustahil dalam dunia ini andai Allah merestuinya. GOOD LUCK & AJA-AJA FIGHTING ;)...

Friday, April 17, 2009

Tribute to.....ABAH

"Ayah,aku rasa sunyi sejak kehilanganmu

di dunia ini...."


Antara bait-bait lagu bertajuk 'Ayah' dendangan Mawi yang menyentap hati ini tatkala mendengarnya. Kekadang mengalir air mata bila menghayatinya. Ia bukan hanya setakat dalam lagu, tapi ia terpatri menjadi hakikat yang harus ku terima sejak tiga tahun lalu, kini, dan untuk selamanya. Kehilangan insan tercinta bernama abah tidak pernah ku duga, lebih-lebih lagi abah pergi secara mengejut pada hari Jumaat malam Sabtu, 23hb November 2006.


Tatkala itu,aku masih ingat,seusai solat sunat hajat, adik-adik ku dengan cemas memanggil namaku. Pabila turun, terkedu aku melihat ma sedang memangku abah yang sudah berada dihujung nyawa. Ku pinta adik lelaki ku memanggil jiran-jiran kami, dan aku sendiri menelefon saudara-maraku memberitahu keadaan abah. Dalam menahan sebak di dada, ku lihat ma tidak putus-putus membisikkan kalimah syahadah di telinga abah. Aku menelefon ambulans setelah dipinta oleh pakcik ku. Aku tidak sedar saat nya abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, tapi yang pasti,aku ada di sisi abah sewaktu ma memangkunya, mengurut-urut abah yang makin tak berdaya tika itu.


Apabila rumah ku makin dipenuhi dengan saudara mara dan jiran tetangga, aku membawa diri ke bahagian atas rumah, duduk berteleku seorang diri sambil berdoa, moga hayat abahku masih panjang. Air mataku mengalir...tidak pernah aku duga akan berdepan dengan situasi sebegitu rupa. Dan apabila pihak ambulans mengesahkan bahawa abah telah tiada, berderai air mataku, insan yang teramat penting bagiku telah tiada, telah pergi meninggalkanku dan keluarga untuk selama-lamanya. Saudara-mara cuba menenangkan kami sekeluarga, dan aku berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada terus tertumpah. Cuba berlagak tenang, tapi hakikatnya, hatiku menangisi pemergian abah.


Malam itu, ma tidur di sisi jenazah arwah abah dan aku tidur di bilik sebelah. Keesokkannya, aku pergi melihat wajah abah sesudah menunaikan solat subuh, dan ma tunjukkan pada ku kesan lebam yang ada pada sekitar leher abah, menunjukkan abah meninggal kerana serangan jantung. Aku antara yang terawal membacakan Yasin untuk abah sebelum orang-orang masjid datang memenuhi ruang bilik yang meletakkan jenazah abah untuk membaca Yasin. Selepas subuh, orang makin ramai memenuhi rumah kami. Rata-ratanya menyatakan rasa terkejut mereka kerana sebelum ini abah tidak menunjukkan tanda sakit yang berat walaupun menghidap penyakit kencing manis. Sebagaimana terkejutnya mereka, kami pun begitu, malah lebih lagi. Cuma, aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang kuat untuk menempuhi dugaan sehebat ini. Aku tahu, walau macam mana sedih pun yang aku dan adik-adik rasa, pasti ma lebih sedih dan lebih terasa kehilangan kerana telah hidup bersama selama 22 tahun.


Tapi, air mataku berderai sekali lagi apabila melihat pakcik ku menangis ketika membacakan Yasin untuk abah. Betapa abah begitu disayangi bukan sahaja oleh adik-adiknya bahkan juga ipar duainya. Betapa abah seorang yang hebat, disayangi semua orang kerana sikapnya yang ringan tulang, suka menolong tanpa mengira siapa pun, sama ada dikenalinya mahupun tidak. Abah menantu kesayangan datuk dan nenekku. Abah juga insan yang serba boleh dalam semua hal dan sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Betapa aku begitu mengagumi abah dan sentiasa berangan untuk menjadi sepertinya.


Pemergian abah suatu tamparan hebat untuk diriku, aku bagaikan hilang semangat untuk meneruskan pengajianku yang ketika itu masuk ke tahun 3. Pemberi semangatku, penasihatku, insan yang menjadi rujukanku sudah tiada lagi, tiada siapa yang boleh aku kongsi apa yang aku pelajari kerana aku memilih bidang yang sama dengan abah, kejuruteraan. Tapi, aku tahu, aku harus kuatkan semangat kerana aku masih ada ibu dan adik-adik yang mengharapkan ku, dan juga impian abah yang ingin melihatku menjadi seorang jurutera.


Terlalu banyak untuk ku coretkan tentang abah. InsyaAllah,akan ku sambung selepas peperiksaan akhir semester ini berakhir. Cuma ketika ini, aku terlalu merindui abah, seringkali ku mimpikan abah masih lagi ada bersama kami sekeluarga. Dan pada 19hb April, ialah hari lahir abah, jika arwah abah masih hidup, usianya sudah menjangkau 52 tahun. Abah pergi ketika usianya 49 tahun. Namun,aku bersyukur kerana abah pergi dengan tenang, dan pergi dengan kami semua ada disisinya hingga saat terakhir. Masih kuingat, ketika memandikan jenazah abah dan menatapnya untuk kali penghabisan, wajah abah seolah-olah melemparkan senyuman. Sebagai seorang anak, aku tentu sekali lega dan terasa sejuk mata memandang jenazah abah pada waktu itu. Walaupun abah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga, namun abah tidak keseorangan di sana, kerana dua puterinya iaitu arwah kakak dan adik perempuanku ada menantinya.

AL-FATIHAH BUAT:
ABAHKU YANG TERSAYANG, RAMLI BIN NGAH
(19 APRIL 1957 - 23 NOVEMBER 2006)
JUGA
BUAT KAKAK YANG TAK PERNAH KU BERSUA, NORHIDAYAH BINTI RAMLI
(9 JULAI 1985)
DAN
ADINDAKU TERCINTA, ACHIK, NORFARHANUM BINTI RAMLI
(5 APRIL 1989 - 3 SEPTEMBER 2001)
SEMOGA KALIAN TENANG DI SANA, DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN MEREKA DI KALANGAN HAMBANYA YANG SOLEH. SUNGGUH AKU TERLALU MERINDUI KALIAN. SEMOGA KITA SEKELUARGA DAPAT BERTEMU DI SYURGA KELAK. AMEEN...

Monday, April 13, 2009

Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya,merasa juga aku untuk pulang ke kampung halaman walaupun untuk tempoh sekejap cume lantaran persediaan untuk menempuh peperiksaan akhir semester sedang menunggu. Hari Jumaat malam yang lepas, dengan dihantar Syikin ke Hentian Kajang, aku pun pulang ke kampung dengan hati yang penuh girang. Gembira tak terkata bagai anak perantau bertahun lamenye tak kembali ke tanah lahirnya.

Dah balik kampung, memang kompem tak study punye, asyik mengadap tv, melayan adik-adik kesayangan, dan sudah tentu meluangkan masa untuk famili terutama ibu tercinta. Aku tak kisah asalkan hati aku ni gembira dan bahagia. Saat-saat bersama keluarga adalah saat-saat yang paling dinanti, paling dirindui. Hilang sedikit ketegangan dalaman yang melanda diriku saban hari ketika di universiti. Dan kewajipan aku sebagai seorang anak saudara,cucu adalah melawat atuk,nenek,to'ki dan makcik-makcik serta pakcik-pakcik ku,bertanya khabar berita dan mendengar pelbagai cerita. Itu adalah rutinku sekiranya balik ke rumah di bumi Terengganu Darul Iman ini.

Dan, masa berlalu begitu pantas, terkadang terasa belum sempat puas melepaskan rindu di dada kepada insan-insan tercinta, sudah tiba masa untuk pergi dan berangkat pulang ke kampus. InsyaAllah, esok, Selasa, aku akan pulang semula ke UKM pada sebelah malamnya. Semestinya,ia bukanlah suatu perkara yang dinantikan, malah sangat berharap, masa itu tidak akan tiba, tapi, itulah hakikat yang perlu diterima oleh insan bernama manusia. Sesungguhnya masa tak pernah menunggu kita, makin hari,ia makin pantas berlari meninggalkan kita terpinga-pinga.

Pastinya ku rindu dengan gelak tawa adinda-adinda tercinta serta berdampingan dengan bonda yang sangat disayangi sepenuh jiwa. Ilahi Rabbi, lindungilah aku dan ahli keluargaku dari sebarang bencana dan malapetaka yang tidak kami ingini ianya terjadi. Rahmatilah ibuku, adik-adikku, berikanlah kebahagiaan dan kegembiraan jua kemudahan kepada mereka ya Allah. Sesungguhnya,aku sangat dan amat menyintai mereka...Ameen....

Tuesday, April 7, 2009

Teman Sejati

Teman Sejati




Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati


Buat menemani perjuangan suci


Bersyukur kini padaMu Ilahi


Teman yang dicari selama ini telah ku temui




Dengannya disisi perjuangan ini


Senang diharungi bertambah murni


Kasih Ilahi


KepadaMu Allah ku panjatkan doa


Agar berkekalan kasih sayang kita




Kepadamu teman ku pohon sokongan


Pengorbanan dan pengertian


Telah ku ungkapkan segala-galanya




Teman, bersamalah kita semaikan persahabatan ini


Dengan keimanan


Teruskanlah perjuangan, pengorbanan, dan kesetiaan




KepadaMu Allah ku pohon restu


Agar kita kekal bersatu


Kepadamu teman teruskan perjuangan


Pengorbanan dan kesetiaan


Telah kuungkapkan segala-galanya


Itulah tandanya kejujuran kita




p/s: Diri ini masih mencari siapakah dia teman sejatiku...Moga Allah tetapkan sesuatu yang terbaik untukku, tidak dapat dinafikan,tanpa insan bergelar teman, pasti hidup kesunyian...














Thursday, April 2, 2009

Bagaimana Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI
mufidahazzahra_solehah

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN

source:www.iluvislam.com

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows