Thursday, March 31, 2011

'Study Week'

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hampira selesai pengajian di tahun ketiga di bumi bertuah UKM ini. Minggu depan akan bermula 'study week' dan minggu seterusnya peperiksaan akhir semester pula menjelma. Semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk menelaah pelajaran dan untuk menghadapi peperiksaan. Semoga diperbetulkan niat dalam belajar, agar ilmu yang dikutip sepanjang 14 minggu pengajian bukan hanya sekadar ingin dicurahkan dalam kertas peperiksaan, tetapi agar ianya tetap mekar di dalam hati dan minda untuk diaplikasi pada masa akan datang. InsyaAllah...

Semoga minggu belajar @ 'study week' ini dipergunakan sepenuhnya oleh saya dan juga teman-teman untuk mengulangkaji pelajaran dan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk menghilangkan 'stress' belajar.

Sunday, March 20, 2011

FEWWIT: DI MANA DIA DI HATIKU

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit perkongsian daripada kehadiran saya di acara anjuran iluvislam.com, FEWWIT: Dimana Dia di Hatiku yang diadakan di Panggung Seni, UKM pada pagi tadi. Ianya dipengerusikan oleh Puan Wardina Safiyyah Fadlullah (pengacara tv), dan para panelisnya adalah: Ustaz Pahrol Mohd Juoi (penulis buku) dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre (moderator agama iluvislam.com).


Berikut adalah ringkasan daripada soalan-soalan yang diutarakan dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh panelis:

S: Belajar agama tetapi tidak terkesan di hati. Kenapa ini terjadi?
J: ~Apa yang akan kita jadi dalam masa 5 tahun akan datang bergantung kepada: dengan siapa kita berkawan  dan buku apa yang kita baca.
~ Dimana Dia dihatiku bermakna dimana Allah di hati kita
    ~ jika belajar ilmu agama tapi tidak disertakan dengan tauhid dan digunakan untuk menjawab soalan  peperiksaan sahaja, maka ilmu itu tidak sampai ke hati, ia hanya berlegar di otak. Hanya tahu tapi tak mahu amal.
~Jadi, penting untuk kita menjaga hati sebab hati yg baik akan melahirkan kebaikan
~Jika Allah ada dalam hati, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan
~Sepatutnya guru patut mengajar dan mengajak (mu'allim & murabbi) kerana apabila bercakap dari hati, ia akan sampai pada hati
~Kata-kata Imam Al-Ghazali: "Jangan letakkan ilmu itu di kepala kerana ianya umpama pelita yang diletak di atas atap, tapi letakkan ilmu itu di hati kerana ianya akan menerangi rumah"

S: Manusia tidak boleh dikawal oleh luaran. Jadi bagaimana ingin mengawal dalaman?
J: ~Hati berasal dari perkataan Arab iaitu Qalbun. Juga disebut sebagai Fuad. Banyak terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran.
~Salah konsep tentang hati:
   ~istilah 'hati mau baik' walaupun tak sembahyang, tak tutup aurat
       ~apabila hati baik, pasti luaran juga akan baik
       ~apabila luaran nampak baik, tapi hati buruk, itu dinamakan munafik (nauzubillahiminzalik)
~Orang-orang yang memiliki hati yang selamat & sejahtera akan selamat pada hari kiamat
~Hati akan tenang dengan hanya mengingati Allah

Perkongsian daripada Puan Wardina:
~Judging other people is dangerous thing kerana akan menimbulkan perasaan riya' dan takabbur
~Ciri-ciri orang yang baik ialah:
1. mereka berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati
2. menegur @ memberi salam kepada sesiapa sahaja yang ditemui walaupun berlainan gaya dan cara pemikiran

S: Bagaimana nak suburkan hati?
J: Ibu kepada sifat mazmumah ialah takabbur
   ~ 3 tanda takbur:
      a) rasa diri lebih baik
      b) memandang orang lain hina
      c) menolak kebenaran
   Kena ada spiritual quotient (SQ) selain intelligent quotient (IQ) dan emotional quotient (EQ)
   ~SQ merangkumi 3 persoalan:
      a) Dari mana aku datang?
      b) Untuk apa aku dijadikan?
      c) Ke mana aku selepas kehidupan ini?
   Barang berharga sukar diperolehi kerana itu sunnatullah
    ~syurga dipagar dengan kesusahan dan neraka dipagar dengan keseronokan
       ~jalan untuk menuju ke syurga adalah melalui mujahadah
       ~bermula dengan iman, kemudian hijrah dan seterusnya jihad
          ~jihad yang pertama adalah jihad melawan nafsu
       ~peringkat-peringkat untuk buat kebaikan:
         1) Bisa - merasa sukar,susah,perit dan sakit untuk melakukan sesuatu kebaikan
         2) Biasa - dengan istiqamah dan riadah (melakukan aktiviti)
         3) Halawah - penting untuk mempunyai rasa in-out dalam melakukan ibadah dan kebaikan
             ~ it is not I have to pray or I want to pray but I need to pray
        4)Hati sudah serasi dan sebati - benar,buat,baik,betul
   Kalau kita baik dengan Allah, Allah akan jaga kita

S: Hati itu sensitif, apabila kita buat salah, akan terkesan dihati dan perasaan diri lebih baik dari orang lain. Pandangan ustaz.
J: Tugas kita adalah sebagai pendakwah, bukan hakim.
 ~Bila buat satu kesalahan, titik hitam akan timbul di hati kita.
 ~Kalau hati kotor, ianya boleh dibersihkan dengan:
    1. biar ada rasa bersalah
    2. terus mujahadah dalam melawan nafsu
        ~nafsu terbahagi pada 3:
          a) nafsu amarah
          b) nafsu lawwamah - rasa keji pada diri sendiri sebab buat dosa
          c) nafsu muthmainnah - ketenangan hati
    3. Letakkan dalam hati hanya Allah sahaja

Sesi Soal Jawab:
1. Apa akan jadi sekiranya kita dijemput ajal ketika imah dalam paras rendah?
2. Konsep keikhlasan dalam hati
3. Konsep cinta hamba dengan Khaliqnya.
4. Bagaimana sekiranya timbul perasaan sudah biasa melakukan kebaikan atau ibadat?
5. Amalan-amalan supaya tetap di jalan perubahan.

Jawapan (Ustaz Pahrol):
1: Allah tidak akan jemu dengan kita selagi kita tidak jemu dengan Allah
   ~ Allah menilai usaha (effort) bukan kesan (effect)
   ~ Perlu percaya pada Allah dan hari akhirat
   ~ Berterusan bertaubat kerana ajal boleh datang sama ada semasa kita dalam keadaan bertaubat ataupun sedang menuju ke arah taubat

4&5: Amalan harus menjadi spiritual, bukannya ritual
         ~ Ada musibah yang mendidik kita lebih dari solat
         ~ 3 cara Allah mendidik kita:
             a) ayat-ayat maqru'ah
             b) ayat-ayat manzurah
             c) hari-hari yang terjadi peristiwa-peristiwa yang besar
         ~ pastikan apa yang kita dapat dalam kehidupan lebih berharga daripada apa yang kita hilang
         ~ 3 perkara yang boleh dilakukan untuk membuat kebaikan:
            i) cari kawan-kawan yang baik, solehah
           ii) cari bai'ah solehah
           iii) buat program

3: Dalam Islam, cinta adalah alat bukan matlamat
  ~ cinta makhluk adalah jalan bukan tujuan
  ~ seseorang itu akan bersama di sana dengan yang dicintainya
  ~ 2 fungsi manusia:
      i) hamba
     ii) khalifah - perlukan kebersamaan dan dapat dicapai hanya dengan melalui cinta pada Allah
 ~ Allah mencintai kita lebih daripada kita mencintai Allah

Ustaz Syed Abdul Kadir:
1,4 & 5:
Banyakkan berdoa supaya mati dalam husnul khatimah
Perlu ada keikhlasan dalam hati
   ~ikhlas adalah betul-betul asli (pure) kita buat sesuatu kerana Allah s.w.t
Selalu husnul zhon dengan Allah, tapi kerisauan perlu ada
Perasaan dah cukup melakukan ibadat dan amalan itu salah
~perlu ada rasa takut pada azab Allah
~ingat kepada Rasulullah s.a.w
~kalau rasa diri dah baik, tengok yang lebih baik agar termotivasi untuk menjadikan diri lebih baik

Pesanan Puan Wardina di akhir forum:
1. Anything that happen to you is the best thing for your life
2. Kita perlu beriman, berilmu, beramal dan ikhlas
3. The more you share, the more you get
4. Do good, become good and you will feel good
    ~ Do good - senyum kepada orang, memudahkan kerja orang

Pesanan saya:
Sama-sama kita tepuk dada, tanya hati, dimanakah Dia didalam hati ini? Semoga beroleh manfaat. Berhati-hati menjaga hati. (^_^)

Friday, March 11, 2011

Pergi Jua

Bismillahirrahmanirrahim...

Mendung cuaca di pagi Jumaat yang penuh berkat, kemudiannya diiringi hujan renyai-renyai bagaikan mengerti kesedihan yang melanda hati ini dan seluruh keluarga. Pagi Jumaat ini menghadirkan berita yang sangat tidak diingini ianya disampaikan, namun siapalah kita untuk melawan kehendak dan takdirNya. Lebih kurang pukul 8 pagi tadi, pakcik saya disebelah mak, yang mesra disapa 'Lek' pergi meninggalkan kami semua untuk bertemu dengan Pemilik asalnya. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Lek pergi setelah seminggu terlantar di hospital lantaran kemalangan yang terjadi.

Saya sedih kerana tidak sempat untuk melihat Lek buat kali terakhir kerana beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat nanti. Saya sedih kerana saya antara anak saudara yang rapat dengan Lek, yang banyak belajar dengan Lek mengenai selok belok komputer, Lek selalu mengajak saya kalau mahu ke mana-mana. Lek pergi meninggalkan isteri dan 5 orang cahaya mata. Yang paling bongsu, baru sahaja menjengah ke dunia ini, ummi (panggilan kami untuk isteri Lek)  masih dalam pantang saat ini. Sungguh saya tambah sedih apabila memikirkan nasib adik-adik sepupu saya yang masih kecil dalam menerima kehilangan insan yang sangat penting dalam hidup mereka.

Al-Fatihah untuk pakcikku, Azha Md.Yasin, semoga Lek tenang di sana dan semoga roh Lek dicucuri rahmat oleh Yang Esa. Kami pasti merinduimu...

Thursday, March 10, 2011

Malam Bulan Dipagar Bintang

Bismillahirrahmanirrahim...

"Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi"

Antara bait-bait lagu Malam Bulan Dipagar Bintang, nyanyian Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Secara tersuratnya, ia gambaran kepada hidup pasangan yang tidak sempurna tanpa satu sama lain. Secara tersiratnya, dari kotak pemikiran saya, ianya sebagai satu pujian kepada Rabb 'Alamin yang menciptakan malam untuk umat manusia berehat. Malam itu diciptakan tidak hanya gelap,pekat,kelam, akan tetapi dihiasi indah dengan cahaya bulan dan kerlipan sinar bintang-bintang. Ianya pemandangan indah, hadiah daripada Tuhan untuk mereka yang sering merenung dan memikirkan bahawa tiadalah Tuhan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Malam untuk berehat setelah seharian bekerja di sebelah siang. Malam juga untuk beribadat pada mereka yang ingin dekat dengan Tuhan.

Bak lirik nasyid Hijaz, "Heningnya suasana maya, ketenangan malam mendamaikan jiwa, bukti kebesaranNya Yang Esa, Yang Maha Kuasa"
Suasana dan waktu malam begitu dinantikan tatkala kehidupan siang penuh keletihan untuk berehat.
Selamat berehat dan semoga diberi kekuatan untuk qiam (termasuk diri ini)...
Selamat malam... ^_^

Thursday, March 3, 2011

Langit Mendung

Bismillahirrahmanirrahim....

Terasa berat sekali kaki ini melangkah tatkala mendapat berita pakcik yang mesra disapa Lek mengalami kemalangan hingga mengakibatkan beliau perlu dibedah untuk membuang darah beku di kepala. Setelah sekian lama, akhirnya keluarga besar kami diuji lagi. Sungguh aku risau kerana tidak ingin perkara yang pernah berlaku sewaktu aku masih di tahun satu berulang. Kehilangan makcik yang sangat rapat begitu memberi kesan kepada diriku. Terasa tidak ingin lagi kehilangan saudara yang akrab kerana kepedihannya begitu pilu untuk diperkatakan.

Ku harapkan teman-teman sama-sama doakan semoga pakcikku cepat sembuh dan kembali sehat seperti sediakala.

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows