Saturday, January 24, 2009

Indahnya Cinta Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Ungkapan cinta terlalu sering kita dengari dan mungkin menjadi perkataan yang paling suka dan indah didengari. Cinta itu sebenarnya terlalu sukar untuk didefinisikan hanya dengan kata-kata kerana ianya bersifat universal dan luas, bukannya terhad kepada sesuatu perspektif semata-mata. Cinta itu indah bila ianya hanya semata-mata kerana Dia, Zat yang memiliki dan mencipta cinta itu sendiri. Dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan mukmin, rasa cinta itu perlu untuk membuahkan lagi qudwah hasanah dan memantapkan lagi keimanan kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya,maka kamu akan saling mencintai? Iaitu, sebarkanlah salam di tengah-tengah kamu" .
-Hadis Riwayat Muslim-

"Salah seorang daripada kamu tidaklah beriman secara sempurna sehingga ia mencintai kebaikan bagi saudaranya sepenuh kecintaannya akan kebaikan itu untuk dirinya sendiri."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

Begitu sekali Islam mementingkan rasa kecintaan sesama umatnya. Itulah indahnya Islam, sebuah agama yang penuh dengan rasa cinta kerana Islam agama fitrah. Namun, dalam meniti kehidupan sebagai umat akhir zaman ini, tidak dinafikan sama sekali bahawa rasa kecintaan di antara sesama muslim dan mukmin itu sendiri semakin pudar kerana kecintaan palsu yang berlebihan kepada dunia yang akhirnya bisa membuahkan keporak perandaan di dalam masyarakat Islam khasnya. Kerana cinta dunia inilah, masyarakat Islam mulai berpecah belah, menjadi lemah dan tiada daya maju dalam kehidupan.

Berikut adalah beberapa sebab yang menjadi punca utama kepada perpecahan umat pada masa kini:
a)Perasaan Benci
Kebencian adalah pemangkas yang memangkas agama yang akan merosakkan hubungan dengan kerabat, membakar hati dan seterusnya memutuskan jalinan persaudaraan. Kenapa perlu membenci sedangkan kehidupan ini adalah sangat singkat untuk membenci antara satu sama lain. Bukankah umat Islam itu bersaudara, lantas mereka perlu disayangi, bukannya dibenci.

b)Hasad Dengki
Perasaan yang biasa ada dalam hati setiap manusia. Bahkan, mengikut sejarah umat manusia, Nabi Adam a.s dan Siti Hawa tergoda dengan pujuk rayu syaitan kerana syaitan sangat berdengki kepada mereka. Malah, pembunuhan pertama yang berlaku di dunia ini juga berpunca dari rasa cemburu yang akhirnya mengorbankan nyawa. Sifat dengki di dalam hati merupakan nyalaan api yang akan membakar kebaikan dan menghancurkan amal soleh, seperti api yang membakar daun-daun pokok.

c)Cinta Dunia
Firman Allah s.w.t:
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab keras dan keampunan daripada Allah serta keredhaanNya.Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
(Surah al-Hajj : 20)

Cinta yang berlebihan kepada dunia menyebabkan saudara menjadi musuh, hamba menjadi tuan, haram menjadi halal, maksiat menjadi kebiasaan dan pelbagai lagi impak negatif kepada masyarakat Islam khasnya.

d)Fanatik terhadap puak-puak sendiri
Hal ini adalah suatu kelaziman yang kita dapat lihat pada hari ini, umat Islam berpecah belah lantaran kerana ideologi yang dibawakan berbeza dengan yang lain sedangkan sedar atau tidak, kita tetap mengucapkan la ilaha illallah (tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah). Sifat fanatik ini memberikan keburukan yang berganda lebih banyak berbanding kebaikan. Tidak perlu terlalu fanatik atau berlebih-lebihan di dalam agama kerana Allah sendiri tidak suka kepada hambaNya yang berlebih=lebihan serta melampaui batas. Cukuplah sekadar kita amalkan apa yang termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Bersambung...

Friday, January 23, 2009

Ta'aruf USRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam, lepas saje habis kelas applied mekanik dekat DK2, aku dan mus (classmate aku) pergi ke surau fakulti sebab dah janji nak join usrah. Dalam 5 minit menunggu, datangla yang naqibah yang handle usrah tu, pelajar tahun dua, tak pasti jabatan ape, hehe... Hurm, tapi tempat usrah berubah lokasi ke bilik Pematra (bilik persatuan mahasiswa kejuruteraan) disebabkan masalah teknikal di surau. Kali ni adalah kali kedua aku join usrah di bawah kelolaan fakulti, kali pertama masa bulan puasa sem satu dulu. Semalam pun tak ramai yang datang, juz aku dengan mus je student first year.Kenape? Sebab ramai yang baru habis lab,letih, dan ade yang de kelas sampai kul 7. Alasan logik dan boleh diterima, kira ok la.

Adat la bagi satu-satu pertemuan semestinya didahului dengan ta'aruf atau berkenal-kenalan walaupun sebelum ni dah memang kenal. Tapi, ape yang penting, melalui ta'aruf ni, kite dapat kenal seseorang dengan lebih rapat lagi. Lebih-lebih lagi semalam, yang hadir kat usrah pun sikit ja, jadi bolehla bercerita panjang lebar sket,hehe... Dan sebagai orang pertama yang kena ta'arufkan diri, adalah beberapa soalan common yang perlu dijawab. Aku ingin share jawapan sebenar aku yang totally agak berbeza dengan jawapan yang aku berikan masa ta'aruf semalam. Kenape berbeza? Kerana, aku tak prepare nak cakap pe sebenanrnya, juz menjawab soalan yang dibagi sekadarnya sahaja,maklumlah aku ni kan pemalu + pendiam sket, ;). Kat bawah ni, aku sertakan soalan dan jawapan yang sebenarnya sekali...

1) Nama (basic question)
Jawapan: Norhidayah Fathirah binti Ramli. Boleh panggil hidayah or fathirah.
2) Asal
Jawapan: Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu (anak jati ganu kite,hehe)
3) Prinsip hidup?
Jawapan: Selalunya aku berpegang pada prinsip "Nothing Impossible" sebab bagi aku tak ada
yang mustahil dalam dunia ini andai diizin Allah untuk terjadi seperi firmanNya, "kun
fayakun", jadi maka jadilah.
4) Matlamat hidup?
Jawapan: Untuk soalan ni, sebenarnya kena bahagikan kepada bahagian sesuai dengan peranan aku sebagai manusia kat dunia ni.

a) Sebagai hambaNya
Ingin meraih cinta sejati, iaitu cinta Ilahi Rabbi dan mendapat keredhaanNya dalam setiap perkara yang aku lakukan. Ingin sentiasa mendekati dan didekatiNya, bahagia di bawah naunganNya. Sentiasa amar makruf nahi mungkar terutama dengan diri sendiri dan menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w.

b) Sebagai anak
Tiada yang lain aku inginkan sebagai seorang anak,lebih-lebih lagi anak sulong, iaitu membuat ibu ku gembira sepanjang masa, setiap ketika. Kalau boleh, aku tak nak ma sedih-sedih lagi, dan tak nak buat ma sedih. Cukuplah dengan keperitan hidup yang ma alami sebelum ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk gembirakan hati ibuku.

c) Sebagai kakak @ along @ cucu perempuan sulong
Menjadi contoh teladan yang terbaik untuk adik-adikku dan juga adik-adik sepupuku yang berduyun-duyun tu. Aku akan jaga adik-adik aku dan tanggung diorang belajar once aku dah habis pengajian dan bekerje. Sebagai cucu, aku kena rajin-rajin jenguk nenek dan datuk time aku cuti dan tolong nenek buat kije-kije umah

d) Sebagai pelajar
Ni antara yang penting sekali, aku nak jadi pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, pelajar yang serba boleh dan berwawasan serta bercita-cita tinggi juga berdedikasi. Target aku nak grade dengan ijazah kelas pertama, dan cube untuk skor DL dan 4.00 tiap-tiap sem,insyaAllah...Amiin...

5) Tokoh
Sebenarnya, aku mengagumi Rabiatul Adawiyah, serikandi Islam sejati. Ketokohannya, kewarakannya, kezuhudannya, keimanan dan kecintaannya pada Rabbnya serta ketinggian ilmunya yang melampaui sempadan pemikiran manusia sangat-sangat berbekas di hati, menkagumkan, amazing sehinggakn aku sendiri bercita-cita untuk menjadi seperti beliau walaupun banyak kelemahan dan kekurangan pada diri ini. :(

Kalau dalam negara lak, of coz Tuan Guru Nik Aziz yang paling aku salute sebab apa? Sebab dia lembut tapi tegas, kata-katanya dalam penuh makna, siapa terkena pasti terasa. Dia telah buktikan bahawa Islam tetap boleh bertahan walaupun diserang dasar-dasar liberalisme dengan menguasai kerajaan negeri Kelantan untuk suatu tempoh yang lame. TGNA disayangi seluruh rakyat Kelantan termasuk orang Cina.

6)Makanan kegemaran (tibe-tibe je soklan ni ade,hihi)
Jawapan: Anything berasaskan ayam kecuali ayam masak kurma. Dan sudah tentulah masakan ibu kesayanganku. Mom's cooking is da best in da world. Rindu nak makan ikan masak tiga rasa dan yam tom special hasil air tangan ma tersayang,huhu...

Hurm, rasenye tu je la kot,soklan yang ditanye semase ta'aruf. Dan last sekali, aku yang tak pernah join usrah ni, tibe-tibe je dilantik jadi ketua untuk student tahun satu. Agak berat sebenarnya jawatan ketua tu sebab aku sendiri pun tak reti macam mana la nak jadi ketua ni, dahla ilmu sikit sangat nak dibandingkan dengan naqibah yang bawa aku masuk dalam usrah ni. Tambahan, dah la aku ni lagho banyok, suke koya, macam mane la nak jadi ketua usrah agaknye ek....huhuhu....Semoga Allah sentiasa bersama dan membantuku....amiin...Hasbunallahu wa ni'mal wakiil...

Friday, January 16, 2009

Pilihanraya Kampus

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini, 15 Januari 2009, setelah seminggu berkempen, akhirnya tibalah hari pilihanraya yang dinanti-nanti kan oleh semua pelajar UKM terutamanya pelajar tahun satu. Dan aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar untuk mengundi calon yang paling layak untuk membarisi MPP akan datang. Aku undi siapa? Biarlah rahsia, kerana undi anda adalah rahsia. Moga ianya benar-benar rahsia (dalam maksud tuh...).

Dan sekarang, boleh dikatakan agak berdebar la menunggu keputusan PRK kali ini, tak tahu la siapa yang menang, mungkin yang tu, takpun yang ini. Sama-samalah kita nantikan keputusannya. Harap-harap yang betul terbaik sahaja yang akan menang.

Em, mungkin aku boleh coretkan sedikit pengalaman aku kali pertama mengundi, sebab masa pilihanraya umum yang lalu, aku tak mengundi pun,hehe. Suasana, agak tenang, ramai pelajar yang beratur untuk menjalankan tugas masing-masing. Dan, ada sedikit kekecohan semasa aku tengah beratur untuk mendaftarkan diri untuk mengundi, antara pihak aspirasi dan pembangkang, yang tak diketahui berpunca daripada apa. Tapi, alhamdulillah, semuanya selesai dengan cara yang baik. Satu pengalaman baru sebenarnya bagi aku, sebab pertama kali membuang undi.

Em,adakah pihak aspirasi akan menang ataupun pihak pembangkang yang akan mencipta sejarah? Tunggu dan lihat...Wallahua'lam...

Monday, January 12, 2009

10 Kunci Persahabatan yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup kita, kita punya ramai sekali kawan, teman, sahabat. Tak kira apa sahaja istilah yang digunakan, ia tetap merujuk pada seseorang yang kita kenali, bezanya hanya serapat mana kita mengenali orang itu. Adat dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi tergigit, begitu juga dengan hubungan persahabatan yang pasti ada naik turunnya, ada cerah dan mendungnya, ada manis dan pahitnya, namun apa yang penting ialah sejauh mana usaha kita untuk mempertahankan persahabatan yang terjalin daripada terlerai begitu sahaja.

Kita selalu inginkan kesempurnaan pada diri kawan-kawan kita, tapi adakah kita cukup sempurna untuk mereka? Fikir-fikirkanlah. Di sini, aku sertakan 10 kunci persahabatan yang baik. Semoga ungkapan "Friends Forever" adalah satu ungkapan bermakna, bukannya hanya terlafaz di bibir saja.



1)Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai
persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan
dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2)Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik pada orang lain sebagaimana anda
suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati oang lain, orang lain akan menghormati
anda juga.

3)Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan
kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang
baik.

4)Hargai pendapat satu sama lain.

5)Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat
yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6)Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak dapat membaca fikiran anda. Sekiranya ada
sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, khabarkanlah.


7)Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.
Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan anda kepada mereka.
Tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, dan sebagai
balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasaan mereka.

8)Belajar daripada satu sama lain.

9)Jangan mengata di belakang kawan anda.


10)Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Harap, kita sama-sama dapat praktikkan tips yang telah diberikan di atas dalam menjaga hubungan persahabatan kita. Yang penting lakukannya kerana Allah, maksudku ukhwah fillah abadan abada...





Saturday, January 10, 2009

pRoMote sket...

Bismillahirrahmanirrahim...

Actually, aku nak promote bizz internet yang sedang dijalankan oleh senior aku masa kt Kusza dulu. So, for more information, click link below:

http://edayah-enterprise.blogspot.com

Sokonglah usahawan tempatan!!! Hehe...

Thursday, January 8, 2009

Selamat Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ni, 8 Januari 2009, genaplah 15 tahun usia adik bongsu ku, Ahmad Fahmi bin Ramli. Dan pada tahun ini juga dia akan menempuh peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR). Ami, panggilan manjanya, adalah seorang adik yang cukup tabah, cukup matang dan sangat-sangat boleh di harap. Title anak bongsu yang dipegang, tidak membuatkan dia manja walaupun dia seorang yang agak high taste.



Sememangnya, aku sangat rapat dengan adik bongsu ku ini. Kami sering berdebat tentang suatu isu, dan tidak dinafikan kadang-kadang dia menjadi seorang yang banyak cakap dan suka membebel mengalahkan alongnya. Tapi, jika di depan orang yang tidak dikenalinya ataupun yang dia tidak biasa, sifat malunya dan pendiamnya akan timbul. Serupa dengan alongnya juga. Dan memang tidak dinafikan, dia ingin menyaingi ku dalam bidang pelajaran. Aku gembira kerana berjaya menaikkan semangatnya untuk belajar lebih tekun.



Keistimewaan Ami? Dia pandai memasak, tidak mudah marah, banyak bersabar dan seorang yang cukup kuat dan tabah. Dia sukakan kanak-kanak, suka melayan karenah mereka. Dia istimewa. Adik-adikku (angah, ateh, ami) semuanya istimewa, merekalah pembakar semangatku dan sumber kekuatanku dan ibuku. Aku doakan mereka berjaya sentiasa dan bahagia. Semoga ikatan adik beradik kami tetap utuh walau dimakan masa.Amiin...Sekali lagi, happy birthday my sweet little brother, Ami...

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada teman-teman yang mengunjungi blog ini. Pada 29 Disember 2008 yang lepas, iaitu hari Isnin, kita menyambut tahun baru Islam, Awal Muharram. Sekarang kita dah berada pada tahun 1430 Hijrah dan pada 2 Muharram yang lalu, genaplah usia ku 23 tahun, bertambah lagi satu angka dan semoga dengan pertambahan umur,bertambah matanglah fikiran dan sikap ku, dan lumrahnya, dengan bertambahnya umur, maka semakin hampir kematian kepada kita.

Dan pada hari Khamis yang lepas, masyarakat dunia menyambut tahun baru Masihi 2009, sambutan yang tentunya berbeza dengan sambutan tahun baru Hijri. Mengapa? Tepuk dada tanya iman di dalam diri. Sebelum terlupa, beberapa hari sebelum menyambut Awal Muharram, masyarakat Islam di Gaza, Palestin di bedil lagi oleh Israel Laknatullah. Geram, marah, benci, dendam semuanya bercampur baur dalam hati masyarakat Islam bukan sahaja di Gaza malah di seluruh dunia. Kejamnya zionis tidak dapat dinafikan lagi, tapi umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa, hanya boleh mengadakan demonstrasi di jalanan menuntut kebebasan Gaza. Mengapa? Kerana negara Islam lemah secara puratanya, tidak bersatu padu, saling bermusuh. Kenapa kita mesti berpecah? Buang ketepi pegangan mazhab yang berbeza bersatulah hati menentang musuh Islam yang nyata. Hakikatnya, tidak semudah itu, perkara yang telah menjadi kebiasaan mustahil dapat diubah dalam sekelip mata melainkan diizin olehNya.

Aku sendiri pun merasa sakit dan sedih melihat rakyat Gaza merana di negara sendiri. Begitu banyak mangsa yang menjadi korban, lebih tragis kerana mangsa-mangsa zionis itu tidak mengenal usia. Ramai kanak-kanak yang menjadi korban, syahidlah mereka di bumi Palestin. Ya Allah, sesungguhnya aku pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan menadah tangan dan berdoa padaMu, rahmatilah Palestin, selamatkanlah Palestin dan turunkanlah azab seksaMu kepada Israel Laknatullah.Amin...

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~