Showing posts with label Fikirkan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Fikirkan Bersama. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Nikmat Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Diam tak diam, seminggu sudah umat Islam seluruh dunia menunaikan rukun Islam ketiga, iaitu berpuasa. Terlalu pantas masa berlalu, terasa seperti ingin kembali pada hari pertama berpuasa. Ramadhan di nanti dengan pelbagai cara dan pelbagai ragam manusia. Ada yang menanti Ramadhan kerana inginkan nikmat yang ada padanya, yang tiada pada bulan-bulan lain. Dan ada pula, yang menunggu Ramadhan sebagai loncatan untuk kegembiraan meraikan Syawal.

Peredaran zaman membuatkan Ramadhan dipandang sepi, Ramadhan hanya didefinisi sebagai puasa di siang hari dengan menahan lapar dan dahaga dan pada malamnya diisi dengan terawih. Kerana itu pada bulan ini sahaja, masjid-masjid, surau-surau dipenuhi dengan ribuan jemaah, itupun hanya pada awal-awal Ramadhan. Semakin menghampiri penghujung, Ramadhan makin sunyi, tenggelam dek kemeriahan meraikan Aidilfitri.

Ramadhan bukan sekadar kita berpuasa di siang hari dan berterawih di malam hari. Ianya lebih dari itu. Puasa pula tidak setakat menahan lapar dan dahaga,itu hanya puasa jasmani, tetapi ianya juga melibatkan puasa rohani. Menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa itu harus difahami dengan mendalam oleh umat Islam. Dihidupkan pula Ramadhan dengan ibadat-ibadat sunat yang lain kerana pahala yang diberikan berganda-ganda. Disunatkan bangun sahur sebagai perbezaan antara puasa kita dan puasa agama-agama lain, bahkan bangun sahur diberikan pahala oleh Nya.

Kerana itu, Ramadhan digelar madrasah tarbiyah diri. Ramadhan terlalu istimewa bagi mereka yang tahu menghargainya dan yang sangat merinduinya. Ianya mendidik segala sifat mahmudah kepada mereka yang benar-benar memahami akan tuntutannya. Alangkah indah andai segala amal yang dilakukan semasa Ramadhan, diistiqamahkan ke dalam bulan-bulan yang lain, sebagai lambang kita hambaNya yang sejati, bukan hamba Ramadhan yang bermusim.

Semoga Ramadhan kali ini bakal menjadi platform transformasi kepada kita, melalui Ramadhan bukan kerana Syawal, bukan kerana Ramadhan itu sendiri, tapi keranaNya, Ilahi Rabbi.

Sunday, August 1, 2010

Hari raya atau puasa dulu

KURANG dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Maknanya ada kira-kira sebulan lebih, hari raya akan diraikan. Bagi umat Islam, Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu. Banyak fadilat dan manfaat yang datang bersama Ramadan. Apatah lagi tahun ini umat Islam di Malaysia sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air dalam bulan Ramadan. Tentu banyak nostalgia mahu dibangkitkan sepanjang Ogos yang merupakan bulan merdeka dan juga bulan untuk umat Islam di negara ini menunaikan ibadah puasa.

Sememangnya rezeki juga datang mencurah-mencurah pada bulan yang menguji ketahanan mental dan fizikal umat Islam.

Manakala hari raya atau kedatangan Syawal pula bagi meraikan kejayaan umat Islam melawan godaan nafsu dengan berpuasa selama 30 hari. Begitulah susun-aturnya - Ramadan datang dahulu sebelum Syawal. 

Namun trend kebelakangan ini semacam terbalik. Belum pun sempat Ramadan menjenguk, iklan-iklan hari raya melimpah-ruah. Jualan murah yang tidak diketahui murah atau mahal berlangsung di sana-sini, semua sempena menyambut hari raya. Jualan murah pula tidak terhad pada satu item sahaja. Namakan apa saja pasti ada saja jualan murah yang berkaitan. Baik pakaian, perabot, aksesori, tiket kapal terbang malah pakaian dalam sekali pun kononnya dijual murah semata-mata untuk memeriahkan hari raya.

Bagaimana pula dengan persiapan menyambut Ramadan. Apa yang diuar-uarkan? Terbacakah kita tentang iklan sembahyang terawih di Dataran Merdeka misalnya? Adakah iklan-iklan yang mengajak anak-anak muda bersama-sama menghidupkan Ramadan di Dataran Pahlawan? Atau sama-sama bertadarus di masjid-masjid bagi menambah pengisian sepanjang Ramadan?

Berbuka

Kebiasaannya, yang diuar-uarkan berkaitan bulan puasa adalah bufet berbuka puasa di hotel-hotel. Hotel itu menawarkan RM65++++, manakala hotel ini pula mempromosikan 100 hidangan berbuka dengan hanya RM95++ satu kepala. Ada pula hotel menyediakan hiburan sampingan seperti persembahan ghazal mengiringi majlis berbuka puasa. Untuk menjadi lebih pelbagai dan kononnya kreatif, ada tawaran menginap di hotel dengan pakej bersahur di dalam bilik.

Jelas apabila datangnya puasa dan hari raya, aspek yang diketengahkan hanyalah soal berbelanja, makan, makan dan makan. Seolah-olah Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk umat Islam makan sepuas-puasnya seperti mana iklan - dengan RM95++ anda boleh menikmati 100 juadah berbuka puasa. Nikmatilah harga runtuh dan potongan istimewa untuk perabot baru bagi memeriahkan hari raya anda. Jualan musim perayaan, bazar raya dan macam-macam iklan yang mula memenuhi akhbar dan berkumandang di radio serta televisyen.

Bukan untuk menyalahkan iklan lantaran itu adalah strategi perniagaan mereka, tetapi daripada mana mereka belajar strategi itu kalau bukan berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri.

Mungkin hasil kaji-selidik dan pemerhatian syarikat-syarikat iklan, orang Melayu beragama Islam gemar berlebih-lebihan dalam soal menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka juga tidak lokek berbuka puasa di hotel. Seperkara lagi, orang Melayu ada kecenderungan makan di hotel semasa Ramadan seolah-olah sepanjang 11 bulan yang lain mereka tidak oleh berbuat demikian. Peliknya harga bufet yang ditawarkan bukanlah rendah - malah dari tahun ke tahun boleh saja dirumuskan harga bufet berbuka puasa semakin mahal. Namun keterujaan berbuka puasa di hotel menyebabkan hotel-hotel berlumba-lumba mengiklankan promosi berbuka puasa di premis mereka.

Perabot

Lebih daripada itu, orang Melayu memang suka menukar perabot, membeli barang kemas, langsir baru, perhiasan rumah yang baru dan pelbagai lagi setiap kali mahu menyambut kedatangan Syawal. Bukan cerita dongeng kalau dikatakan ada yang sanggup berhutang untuk memenuhi keinginan tersebut. Sedangkan jika dihayati konsep Ramadan dan Syawal itu sendiri, elemen pembaziran, menunjuk-nunjuk dan membuang masa tidak termasuk di dalam senarai. Hakikatnya baik Ramadan maupun Syawal membawa nilai muhasabah diri, mengenang insan yang tidak bernasib baik, bersedekah, meningkatkan amalan kebaikan dan mengeratkan silaturrahim.

Sehubungan itu, kepada umat Islam di Malaysia, biarlah Ramadan menjadi persiapan kepada sambutan hari raya yang serba sederhana. Seperkara yang perlu diingat - Ramadan dan Syawal tahun ini mungkin yang terakhir untuk kita. Atau belum tentu kita dapat melalui dua bulan istimewa itu, justeru kurangkan keterujaan yang tiada kaitan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Friday, July 30, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit perkongsian pada hari ini. Ianya diambil dari emel yang dihantar oleh seorang kawan. Baca,faham dan amal. Betapa banyaknya dosa yang dilakukan tanpa sedar.

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP 
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN
. 

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
 

Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak
 
pregnant  luar  nikah, cepat cepat  kahwinkan. 

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... ..
 

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:
 

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
 

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
 

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
 

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
 

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
 

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
 

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
 

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah..
 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
 

Jawapan 5 : Maka mereka akan 
hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah 

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
 

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
 

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
 

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>
 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
 

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>
 

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
 

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
 

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
 Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .
 

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.   Mafhumnya:
 

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.
 

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.
 

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

Monday, March 15, 2010

Kerana Aku Bukan Sesiapa

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa di KUSZA dulu, ada seorang kawan bertanya, kenapa tak ambil kos agama je? Kenapa ambil mantech (singkatan untuk kos Manufacturing Technology). Soalan itu terlontar kerana personaliti aku yang agak Islamik masa itu. Tersenyum mendengarnya, aku menjawab, "Sekiranya semua orang yang Islamik penampilannya hanya bertumpu mengambil jurusan agama, langsung siapa yang ingin menjadi jurutera, arkitek, doktor yang mempunyai kefahaman agama, yang tahu dan mahu melaksanakan agama dalam bidang yang diceburinya?"

Sebenarnya,bukan hal itu sahaja yang membuatkan aku tidak mengambil jurusan agama. Tapi, kerana aku merasakan diri tidak layak untuk memakai tag pelajar jurusan agama, yang belajar tentang agama sepanjang tiga tahun, menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.aw. Aku tidak layak kerana aku tahu siapa diri aku, kebolehan aku,kelemahan aku. Menjadi pelajar yang mengambil kos agama, bukan hanya setakat gelaran itu, tapi mereka diperhatikan setiap saat oleh masyarakat sekeliling, menjadi teladan dan role model untuk diikuti, peranan mereka bukan setakat belajar, tapi cuba menjadi contoh terbaik untuk diikuti. Tidak keterlaluan jika diucapkan, mereka mencerminkan Islam itu secara khasnya.

Atas kerana tanggungjawab yang sangat besar itu membuatkan aku merasa diri ini tidak layak untuk memegang status pelajar kos berkaitan agama. Tidak mahu mencemarkan Islam agama pilihan Allah ini dengan perangai dan kelakuanku yang gila-gila. Bukankah mereka yang tahu tapi tidak mahu mengamalkannya itu, seorang pendusta? Lebih buruk,andai disampaikan kepada orang lain akan itu dan ini sedangkan mereka sendiri tidak melakukannya,bukankah laknat Allah sudah jatuh ke atas mereka? (wa nauzubillah).

Dulu, semasa di KUSZA juga aku bertudung labuh @ berjilbab. Tapi aku telah bertukar dengan memakai tudung berbidang, mereka juga bertanya kenapa. Jawapannya, kerana aku tidak mahu diri aku yang hina ini menjadi fitnah kepada muslimat yang bertudung labuh amnya. Kerana aku sedar akan tingkah ku yang terbiasa bergaul dengan lelaki ajnabi. Bergaul bukan tiada batasan, bergaul bukan sembarangan, bergaul pada hadnya atas nama kawan. Aku tidak mahu kelakuanku itu, dengan penampilanku yang berjilbab, memberi nama buruk kepada mereka yang lain, yang seterusnya membusukkan nama muslimat berjilbab, hingga akhirnya membawa kepada pandangan serong kepada Islam Ad-dinul Haq itu sendiri. Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada agamaku ini. Aku tidak mahu di sana kelak, aku tidak berdaya untuk mengangkat muka menghadap Rabbku.

Sejujurnya,aku kecewa, melihat akhowat yang tudungnya lebih labuh dari aku,tapi miskin penghayatan agama. Pakaian yang dipakai tidak melambangkan ilmu yang dimiliki, tidak menunjukkan ilmu yang dihayati. Lantas, kerana itu banyak kejadian yang memalukan terjadi. Bukan akhowat sahaja, ikhwah tetap tak terlepas juga. Kes-kes tangkapan khalwat di hotel-hotel murahan yang membabitkan mereka yang berjurusan agama, menyiat-nyiat hatiku. Malu, sedih, geram, marah, semuanya bercampur baur. Kerana apa? Kerana mereka membawa nama Islam, membawa simbol Islam. Tatkala perkara ini terjadi, musuh Islam tertawa melihat bakal-bakal pewaris rebah dengan hasutan nafsu yang membawa bencana.

Dan kerana mereka tiada beza dengan orang-orang biasa, maka hilanglah penghormatan yang selama ini ada pada mereka. "Harap tudung je labuh, tapi perangai hancus...", "Amek kos agama, tapi jalan pegang tangan..." antara kata-kata yang sering terdengar di cuping ini. Hilangnya rasa hormat ini turut aku rasai, dulu memang tabik spring dengan orang yang penampilan Islamik ni, tapi sekarang langsung tak hairan. Kepada mereka sebegini, nasihatku, janganlah menjadi penyebab agama kita ini dipandang rendah. Janganlah menjadi FITNAH kepada agamamu dan saudara-saudaramu sendiri. Bertanggungjawablah sepenuhnya di atas perbuatan kalian, janganlah mencari alasan kosmetik untuk membenarkan kelakuan kalian. Anda sering diperhati, bukan sahaja oleh manusiawi tetapi tentunya juga Allah Yang Maha Memerhati.

Wednesday, February 10, 2010

Suatu Kisah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hanya untuk berkongsi suatu cerita mengenai pandangan manusia dalam sesuatu perkara yang dianggap remeh pada pandangan mata tapi tersirat keberkatan yang tak terkira. Hujung minggu yang lalu, semasa menaiki komuter untuk ke Bank Negara, aku terdengar perbualan di antara dua beradik, bukan niat ingin memasang telinga, namun tune suara mereka seolah-olah mahu satu gerabak mendengar perbualan mereka. Banyak perkara yang dibualkan terutama berkisar hal keluarga. Namun ada satu perkara yang menarik perhatian aku dalam banyak-banyak cerita yang dibualkan mereka.

Alkisahnya, si adik memberitahu kakak perihal seorang temannya, seorang yang lebih muda darinya kerana si teman tadi budak lompat. Teman ini menurutnya, anak emak kerana suka meminta izin ibunya sebelum melakukan sesuatu perkara. Dan perkara yang disentuh oleh si adik tadi adalah berkaitan dengan derma darah. Temannya seperti biasa meminta izin ibunya terlebih dahulu sebelum menderma darah, dan hal ini dipandang sinis oleh si adik tadi. Ujarnya, takkan semua perkara yang nak dibuat mesti dilaporkan kepada orang tua, hinggakan hal derma darah yang tampak remeh itu pun harus dimaklumi kepada ibu terlebih dahulu. Lain lah jika hal yang melibatkan perkahwinan, itu baru perlu untuk diberitahu kepada orang tua.

Aku hanya mendengar dan meneliti setiap patah kata yang dikeluarkan, teringin sekali untuk menyampuk bagi membetulkan pandangan sinikalnya itu, tapi siapa aku untuk masuk campur dalam perbualan orang. Bisa mendapat gelaran penyibuk secara percuma gayanya. Hinakah orang yang meminta kebenaran ibu bapanya sebelum melakukan sesuatu perkara? Ketinggalan zamankah mereka yang sering pinta keizinan kedua orang tua untuk membuat sebarang benda? Anda tentukan sendiri jawapannya.

Namun, pengakuan jujur dari diri aku, yang telah hidup selama 24 tahun, sehingga saat ini,aku masih memaklumkan pada ibu ku perihal aktiviti yang ku lakukan, meminta izin untuk membeli barang-barang yang harganya bukan sebarang, meminta kebenaran untuk itu dan ini. Kerana apa? Kerana berkat, kerana selamat, kerana redha. Bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa? Walau dalam hal yang kelihatan remeh sekalipun, impak keredhaan itu pasti tampak nyata. Dan juga kerana aku hanya mempunyai seorang ibu, ibu yang paling ku cinta,pastinya aku inginkan ibu bahagia dan tidak risau akan diri aku, lantas salahkah aku berkelakuan begitu? Jika hal sebegini terus dipandang enteng, hilanglah penghormatan yang sepatutnya diberi pada insan yang begitu banyak berjasa dalam kehidupan kita, tiadalah lagi kemuliaan pada dua manusia yang membesarkan kita atas dasar cinta.

Sama halnya dengan solat istikarah. Apa kaitannya? Begini, umumnya, kita melakukan solat istikarah apabila terdapat kesulitan dalam membuat pilihan berkaitan hal-hal yang besar, jodoh terutamanya. Sedangkan Rasulullah S.A.W menganjurkan solat istikarah ini dalam pelbagai cabang kehidupan tatkala perlukan pilihan terbaik dalam sesuatu urusan. Dalam hal-hal yang kecil, untuk membuat pilihan, contohnya membeli barang A atau barang B, kita hanya mengikut kata hati, logik akal, sedangkan dalam hal berkaitan jodoh, istikarah tak pernah tinggal. Adakah kita hanya perlukan keberkatan Allah dalam soal jodoh sahaja dan tidak pada urusan hidup yang lain? Baca, hayati, renungi dan manifestasi...

Sunday, February 7, 2010

Jangan Sekadar Syurga Dunia

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah…

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

sumber: http://saifulislam.com/?p=7508#more-7508

Sunday, January 31, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus Tidak Adil

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai proses pengundian tentunya keputusan dinantikan. Keputusan yang diharap-harap bisa memberi perubahan kepada momentum suara mahasiswa. Tapi sayang, pilihanraya yang sepatutnya adil dan telus, dicemari perkara-perkara yang menyebabkan mahasiswa mengamuk inginkan keadilan dan ketelusan. Apa kata anda kiranya,semasa di kolej-kolej kediaman,dengan pengesahan daripada pengetua-pengetua kolej, calon yang menang adalah dari salah satu parti, tapi apabila diumumkan keputusan rasmi, calon itu tiba-tiba 'dikalahkan' dan kemenangan diberikan kepada calon parti lain.

Apabila mahasiswa mula bertindak, pihak atasan mula memanggil pihak berkuasa yang tak sepatutnya dipanggil. Polis dan FRU datang menyerang kampus UKM kerana bimbang mahasiswa mengganas, walhal yang berlaku adalah sebaliknya. Mahasiswa mengadakan perhimpunan aman untuk membantah keputusan yang diumumkan, mahasiswa masih rasional dan waras dalam melakukan tindakan mereka, tiada aksi-aksi ganas seperti mana dibayangkan oleh pihak atasan. Kedatangan dua pasukan yang dikatakan berkuasa itu memporak perandakan keadaan, mungkin itu yang dinamakan berkuasa agaknya.

Kebangkitan suara mahasiswa tidak berlaku di UKM sahaja, malah di UM dan UPM juga berlaku. Kebangkitan ini disalah ertikan oleh pihak-pihak yang punyai kepentingan, yang takut pada kekalahan dan takut untuk terima kehilangan kuasa mereka di universiti-universiti tempatan. Kenyataan Dato' Seri Khaled Nordin berhubung sikap mahasiswa Pro-M UM sebagai tidak matang menampakkan kredibiliti seorang menteri. Menghukum terus tanpa turun padang membuat siasatan mahupun berbinacang. Lantas rasionalnya di mana? Matangnya di mana?

Untuk GMUKM, bersama-sama kita menanti hari esok (Isnin, 1 Februari 2010) untuk melihat apakah perkembangan tuntutan kita kepada pihak atasan universiti. Bersabar dalam merealisasi mimpi, suara mahasiswa kini kembali. Pilihanraya kampus tahun ini paling menarik pernah dilihat sepanjang dua tahun pengajian di UKM. Syabas Pro-M, syabas GMUKM. Kalah menang adat pertandingan, kalah bermaruah dalam sistem penuh keadilan kita tak kisah tapi kalah dengan penuh penipuan dan penindasan, kita sanggah...Fikir-fikirkan....

Sunday, November 15, 2009

Imej pelajar jurusan agama

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas membaca forum di iluvislam.com yang membincangkan tentang Dituduh Hipokrit: Imej pelajar jurusan agama, aku jadi berminat untuk mengulas mengenai isu ini. Isu yang telah lama timbul secara tidak sedar dan isu yang membuatkanku terkilan dan terus ligat berfikir untuk mencari apa dan kenapa hal ini diperkatakan.

Aku sertakan link forum tersebut dan ingin meminta siapa-siapa yang sudi bertandang ke blog usang ini untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu ini. Mungkin tak sebesar masalah dunia yang melanda, tapi jangan dipandang enteng masalah kecil yang akan memberi impak maksima kepada agama Islam tercinta.

http://www.iluvislam.com/v1//forum/viewthread.php?forum_id=96&thread_id=19282&rowstart=0

Monday, November 24, 2008

Bunuh Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak seminggu ni, heboh cerita mengenai org yg nak bunuh diri di negeriku tercinta, Terengganu Darul Iman. Beberapa hari lepas, akhbar ada menyiarkan berita mengenai seorang gadis yang baru berusia 18 tahun, ingin terjun dari bangunan sebuah hotel yang ada di Kuala Terengganu gara-gara merajuk apabila dimarahi teman lelakinya. Bodoh bukan? Sangat bodoh sebenarnya manusia yang bertindak kerana pengaruh emosi semata-mata, lebih bodoh apabila sanggup mengambil nyawa sendiri. apa tujuan dan faedah yg diperoleh lepas tu? jawapannya, tiada apa, semuanya sia-sia.

Kematian bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah dan tentunya bukanlah jalan yang terbaik untuk menunjukkan pemberontakan kerana yang akan merana diri sendiri, pihak yang satu lagi tidak akan terkesan pun dengan kelakuan anda. jika ya pun, hanya utk sementara. Lemahnya iman seorang hamba yang bernama manusia, tak terbayang andai gadis itu nekad untuk mengambil nyawanya sendiri, di dunia sudah sengsara, di sana, azab yang pedih menanti, dahlah tu, tak dapat bau syurga pulak. Amat dahsyat sekali kan?

Dan semalam, sewaktu menonton buletin utama di tv3, sekali lagi digemparkan tentang seorang isteri, ingin membunuh diri dengan cara yang sama, kerana berlaku pertelingkahan dengan suaminya. Dan, lebih memualkan, apabila ia juga berlaku di negeriku ini, cuma daerah yang berlainan, iaitu di Hulu Terengganu. Dan keadaan itu lebih tragis, kerana wanita itu sememangnya telah menerjunkan dirinya, tapi tindakan pantas seorang anggota penyelamat, berjaya menyelamatkan dia daripada kehilangan nyawa.

Perbezaan cerita di atas hanya wujud pada usia kedua-dua perempuan yang terlibat. Di sini, kita dapat lihat, betapa lemahnya iman seseorang, betapa rapuhnya pegangan agama mereka sehingga merasakan diri mereka lebih layak untuk mengambil nyawa sendiri daripada Pencipta mereka. Mereka seakan-akan ingin keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut harimau. Tidak dapat berfikir dengan waras lantaran hati dikuasai emosi, dikelabui dengan perasaan negatif yang amat sangat. Sememangnya wanita begitu, tapi jika iman masih di dalam dada, pasti mereka dapat berfikir dengan lebih rasional. Semoga Allah mengampuni mereka....

Friday, June 6, 2008

Efek Harga Minyak Melambung

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, aku dah bincangkan tentang harga minyak yang naik secara mendadak dan yang dibuat secara drastik yang diumumkan oleh PM Malaysia sendiri. Sekarang mari kita teroka, kesan yang sudah dialami oleh semua rakyat Malaysia disebabkan kenaikan harga minyak ini. Pak cik aku, baru sampai dari KL kelmarin dengan naik bas, bila dah sampai kat stesen, dia amik teksi untuk balik umah. Bila dah naik teksi, tentu kena bayar tambang kan? Dan tambangnya adalah sebanyak RM15 tunai. Terkejut pak cik aku tu, dia cakap kat pemandu teksi tu, kat KL takdela mahal sgt smpai RM15, al-maklumlah, jarak umah dgn stesen bas tu bukan jauh sgt, 20 minit naik kete dh sampai. Dan alasan yang diberikan oleh pemandu teksi tu adalah, harga minyak dah naik.

Dan hari ini, bila di baca dalam akhbar Harian Metro, dikhabarkan akan berlaku bermacam-macam kenaikan harga barang lagi dalam masa yang terdekat ni. Tarif elektrik akan naik, harga gula akan naik, dan macam-macam lagi la akan naik. Cuma cukai jalan je yang belum dipastikan samada naik atau turun, tapi menurut akhbar,menteri berkenaan cakap mungkin cukai jalan akan diturunkan untuk tidak menambahkan beban rakyat, tapi dinasihatkan tak perlulah percaya sangat. Just wait and see.

Semua ini memang akan membebankan rakyat, dalam akhbar yang sama pun, menerusi slot member Metro, ramai yang hantar sms komplen pasal hal ni. Rata-ratanya memang sangat & amat tak berpuas hati dengan harga minyak petrol mahupun diesel yang diumumkan Pak Lah. Alasan mereka adalah semua harga barang naik,meningkat, tapi gaji tetap tak naik. Yang kerja kerajaan mungkin boleh dikatakan ok lagi, tapi bagi mereka yang kerja di sektor swasta, bagaimana? Tentu mereka akan lebih terasa berbanding pekerja sektor kerajaan. Dan mungkin dua-dua rasa terbeban.

Lepas ni, kita tengok la apa lagi yang akan naik. Harga makanan yang sedia naik akan melambung lagi, harga barangan basah pun pastinya akan naik, pendek kata semua benda akan meningkat naik kosnya. Pelik ek, macam mana India yang bukan pengeluar minyak hanya naikkan 10% harga minyak diorg (itu pun rakyat dah habis-habisan demo), sedangkan kita pengeluar minyak, naik 40%, itu pun si PM siap bagi pesanan lagi jangan buat demo, ingat rakyat bodoh sangat ke, nak terima secara taklid buta je?

p/s: sorry if isi xkena tajuk, geram sgt dh psl hal ni, rakyat diperbodoh-bodohkan mcm tu jek, agaknya ape org yg pangkah BN komen psl isu ni?

Thursday, June 5, 2008

Harga minyak naik lagi....tahnx to PM !!!!

Dengan pengumuman yg dibuat oleh perdana menteri dan tepat pada pukul 12.00 tgh mlm tadi, secara rasminya, harga petrol naik drpd RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter n harga diesel naik daripada RM1.58 seliter kepada RM2.58 seliter. Peningkatan sebanyak 41% utk petrol & 63.3% bagi diesel, suatu kenaikan drastik yang pernah dirasai oleh rakyat Malaysia, yang langsung xpernah terpikior dek akal, hasil pemerintahan PM tercinta, Pak Lah, yang pastinya akan memberi impak maksima kepada sosio ekonomi negara dan peningkatan kadar inflasi. Dan sudah semestinya, perkara ini adalah sesuatu yg akan ditangisi oleh rakyat terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah & sederhana.

Pada 3 Jun, Pak Lah kata harga minyak xkan naik mendadak dan dalam waktu terdekat, tapi pada 4 Jun, beliau mengumumkan harga petrol naik...Satu kejutan dan surprise yang mungkin dirasakan seronok olehnya utk mengumumkannya. Hmmm, entahlah, sbb dlm zon kemarahan sekarang ni, mmg x memungkinkan aku untuk ber husnuzhon dgn PM kita nih....

Dari dulu lagi, kerajaan asyik mengwar-warkan tentang jumlah ‘subsidi’ yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk penggunaan diesel n petrol. Tapi, bagi aku, duit hasil bumi Malaysia, adalah duit rakyat. BUKAN duit kerajaan. Jadi, xder masalah untuk rakyat dapat ‘subsidi’ tersebut. Sebab, bila rakyat telah undi menjadi WAKIL RAKYAT, maksudnyer, depa perlu mengurus harta rakyat sebaik2 n sebijak2nya. Depa telah dibayar utk kerja n budi yang ditaburkan. Tgk link ini, utk hasil kerja mereka... http://kerenahdunia.blogspot.com/2008/05/rahsia-sulit-mesti-baca.html
Jadi, aku sebagai rakyat biasa ni, mmg sgt2 mengharapkan kerajaan dapat membantu rakyat menguruskan harta. Bukan menghabiskan pada yang perkara x berfaedah.

Bagaimana lagi rakyat nak mengubah cara hidup mereka? Bagaimana lagi bagi yang berpendapatan rendah nak ‘cut’ cost life mereka? Bagaimana lagi kalau peniaga2 tidak menaikkan harga barang? Sudah pasti, lepas ni, harga barang akan naik melambung-lambung. Mungkin, bagi kakitangan kerajaan akan mendapat kenaikan gaji bagi sesuatu tempoh. Tapi, bagaimana pula dengan pekerja swasta n persendirian? Fenomena ini semestinya akan menjadikan kehidupan rakyat makin tersepit dan terhimpit.... mungkin perlu berusaha lebih keras, bagi yang bergantung semata-mata pada tulang empat kerat, mungkin perlu bekerja 24jam sehari untuk menampung keperluan hidup. Bagi yang malas, semakin menjadi-jadilah kes2 curi, samun rompak dsb. NaudzubiLlah.....mintak dijauhkan daripada perkara2 sebegini berlaku pada rakyat Mlaysia.

Yang pastinya, buat masa ini, aku mmg x dapat menahan diri daripada menyalahkan pemerintahan yang lemah oleh pucuk pimpinan. Mungkin sbb inilah Dr.M kuar drpd perjuanganya. Suka bermegah-megah dengan ‘hiasan picisan’ yang dikatakan mampu menarik pelaburan asing ke dalam negara, tapi akhirnya, rakyat pula yang menjadi mangsa.
Kesian pada diriku dan rakyat Malaysia sumer kerana terpaksa menanggung kos sara hidup yang semestinya akan semakin meningkat. Kesian pada pemandu teksi, nelayan, peniaga , kakitangan awam dan sumernyer.... Sekiranya PM sebelum ini dikenali dengan bapa kemerdekaan, atau bapa pembangunan mungkin pak lah boleh diberi gelaran bapa kenaikan harga barang, atau bapa kemusnahan.

Semoga keadaan ekonomi Malaysia tidak akan meruncing seperti yang berlaku di Indonesia.
Maaf diatas tulisan yang sarat dengan emosi marah ni, sekadar luahan rasa seorang rakyat yang xder kuasa. Kepada mereka yang berkuasa,ingatlah, Allah Maha Melihat segala-galanya, janganlah kamu berlaku sewenang-wenangnya demi kesenangan & kepentingan dunia kerana Allah pasti akan membalasnya. Janji Allah itu pasti. Apakah kamu lupa akan tsunami politik yang berlaku pd PRU 12 baru-baru ini? Adakah kamu menunggu siklon Nargis menerbangkan kamu? Beringatlah sebelum parah…

*thanks too my sist,wardatul_syauqah for sharing.Jazakillah... :)

Tuesday, June 3, 2008

Apa Nak Jadi?

Bismillahirrahmanirrahim...

Terkedu aku membaca tajuk akhbar kelmarin tentang penemuan mayat bayi di dalam baldi di sebuah sekolah pondok yg terkenal di kawasan tempat tinggal aku. Sedih dan malu bila mendapat tahu yg melahirkan bayi yg tidak berdosa itu adalah pelajar sekolah itu sendiri, dan berita terbaru, yang menjadi bapa pada anak kecil itu juga bekas pelajar di sekolah pondok itu sendiri. Sedih dan malu kerana, dua-dua merupakan pelajar pondok yg terkenal dgn ajaran ilmu agamanya, yg memakai jilbab,jubah,kopiah tdk pernah lari dr kepala. Mereka seolah-olah menjual agama secara tidak langsung atas perlakuan sumbang mereka.

Di sinilah terbitnya persoalan, apa nak jadi dgn anak muda zaman sekarang & bagaimana nak mengatasinya. Jika yg melakukannya org-org biasa & kebanyakkan, mungkin kita dah kalih @ terbiasa mendengarnya,tapi apabila mendengar mereka yang cerdik pandai agama, yang belajar ilmu agama lebih tinggi daripada orang disekitarnya, ia seolah-olah satu perkara baru & janggal.
Lalu di manakah silapnya lagi jika sebelum ini, org mengatakan mereka yg terlibat dgn masalah sosial (fokus di sini adalah zina) kurang pengetahuan tentang ilmu agama & kurang didikan dr ibu bapa, nah, sekarang kita diheret oleh masalah yg sama cuma pelakunya berbeza. Masihkah ingin menunding jari kpd ilmu agama & ibu bapa semata? Jawapannya tentulah tidak.

Apa gunanya ilmu jika ia tidak diamalkan,tidak dipraktikkan & tidak dihayati sepenuhnya. Pepatah arab ada berbunyi, "Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah". Kerana tiada kesedaran dalam diri, ilmu hanya tersimpan di dalam buku, belajar hanya masuk ikut telinga kiri & keluar di telinga kanan. Iman yang tipis tanpa dikawal, membiarkan nafsu yang panas menggelodak, menyebabkan terjadinya perkara seperti ini dikalangan mereka yang tahu & tinggi ilmu agamanya. Natijahnya, berlakulah persetubuhan haram lagi keji, pembunuhan insan yg tiada noda, runtuhnya maruah seorang gadis & keluarga. Cuba renungkan, hanya sekelumit nikmat yg dikejar, berderet mudharat terpalit bersama. Inilah maksud pepatah Melayu, "Ikut rasa binasa, ikut hati mati". Lalu, apa lagi yg ingin diikuti? Ikutlah pandangan mata hati yg ditunjuki akal waras dgn membelakangkan hawa nafsu.

Sayang seribu kali sayang, insan yang menjadi harapan keluarga untuk menjadi contoh teladan yang baik telah menconteng arang ke muka. Apa agaknya perasaan kedua ibu bapa mereka ini. Semoga mereka bertaubat & kembali ke hadrat CINTANYA. Ameen.

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~