Monday, June 9, 2008

Cinta Ana wa Anti: Antara Cinta Sejati dan Hipokrisi

Saya sebetulnya bukan lah orang yang layak untuk membicarakan hal-hal ini. Namun saya terpanggil untuk menulis mengenai isu ini apabila mengenangkan fenomena ini semakin ‘berleluasa’ di kalangan para da’ie sekalian. Secara peribadi saya tidak pernah terlibat secara langsung dengan cinta. Dan setakat ini-Alhamdulillah-masih belum terlibat dalam isu ‘coupling’ yang hebat digembar-gemburkan sekarang ini. Mungkin itu menjadi satu bonus buat diri saya. Atau mungkin menjadi ‘bad sign’ kepada saya bahawa; saya ini mungkin ‘tidak laku’. Walaupun tidak pernah ‘terjebak’ di dalam hanyutan cinta, namun saya berkesempatan untuk ‘menonton’ kisah cinta rakan-rakan yang rapat dengan saya, samada dari golongan da’ie ataupun ‘orang biasa’.

“Cinta itu indah. Cinta itu menyeronokkan.” Itulah yang dikhabarkan kepada saya. Dan jelas, itulah yang saya dapat tonton. Ya. Seindah khabar. Cinta itu memang menyeronokkan. Melihat rakan-rakan mempunyai ‘komitmen’ masing-masing kepada orang yang disayangi. Saya dapat merasakan bahawa perasaan itu sungguh indah dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka gembira bersama orang tersayang. Sebetulnya, saya tumpang gembira untuk mereka. Ber-SMS tidak kira siang dan malam. Bertanyakan khabar. Itu adalah rutin biasa bagi mereka yang sedang ‘mabuk cinta’. Setiap inci ruangan kehidupan mereka, pasti ingin dikongsikan bersama yang tercinta. Wallpaper komputer peribadi serta telefon bimbit dihiasi gambar ketika bersama berdua. Malah loker juga menjadi 'mangsa' untuk menampal gambar orang tersayang. Tidak terkecuali adalah wallet masing-masing, kerana itu ruangan wajib! Menarik sekali! Hidup tidak ubah seperti sudah ‘berkahwin’ dengan gambar.

Itu cerita sang pencinta wanita dari kalangan ‘orang biasa’. Dai’e pula bagaimana? Secara jujurnya, ‘methodology’ si da’ie bercinta tiadalah banyak bezanya dengan ‘orang-orang biasa’ tersebut. Mungkin perlakuan mereka lebih jujur dan mulia pada sesetengah perkara. Mereka ber-SMS, tapi tidaklah siang dan malam. Mereka ada meyimpan gambar, tapi tidaklah sampai 5-6 keping. Dan mereka seboleh-bolehnya, cuba untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka sedang bercinta. Ketika sesetengah manusia yang begitu gah dengan kehidupan cinta mereka. Si da’ie masih malu-malu untuk bercakap mengenainya. Namun, apakah cinta versi si da’ie ini ada hala tujunya? Dan apa signifikannya? Saya kira tiada jawapan yang jelas. Jika ditanya pada si da’ie mereka mungkin berkata, “Cinta aku cinta untuk berda’awah. Banyak beza dengan orang lain.” Itu kata mereka. Bagi penonton seperti saya. sudah tentu jawapannya berbeza. Cinta si da’ie adalah untuk berda’awah? Oh! Adakah sudah kehabisan metode da’awah? Sehingga cinta dijadikan satu medium da’awah? Atau, itu satu alasan untuk membezakan cinta si da’ie dengan cinta ‘orang biasa’?

Saya masih tertanya-tanya. Apakah kaitan cinta dan da’awah. Mungkin pertanyaan saya ini disifatkan sebagai soalan bodoh oleh sesetengah pihak. Tapi secara jujurnya, saya belum dapat melihat synergy antara cinta dan juga da’awah. Pelbagai alasan telah saya dengar seperti, “Aku bercinta ni, sebab nak ubah kehidupan budak tu. Dia budak liar. Budak suka sosial. Aku bercinta dengan dia ni sebab dah jadi tanggungjawab aku sebagai seorang da’ie.” Atau, “Aku bercinta pun bukan macam budak lain cinta. Aku couple ni pun ikut lunas-lunas Islam. Aku kejut dia tahajjud malam-malam. Aku kejut dia sahur, ajak puasa sunat. Bukan macam orang lain.” Terkedu juga saya apabila diacukan dengan alasan-alasan sedemikian apabila ditanya tentang rasionalnya si da’ie bercinta. Itu baru dua. Saya tak dapat bayangkan jika terus diasak dengan alasan sedemikian. Saya hanya mengangguk. Mungkin malas hendak bergaduh atau berdebat. Atau mungkin juga saya yang masih belum faham erti cinta itu.

Bagi saya, cinta versi si da’ie ini adalah cinta 'tipu'. Cinta 'celup'. Cinta 'saduran'. Ya. Mereka bercinta. Tapi dengan agama sebagai perisai. Agak kurang enak perilaku yang seperti ini! Kerana bagi saya, ceritera cinta para da’ie, tidak ada beza dengan cinta orang lain. Tidak lebih baik, dan tidak juga lebih buruk. Walaupun mereka berkopiah. Bertudung labuh. Namun jika dinilai hakikat percintaan mereka. Mereka tiada beza dengan orang lain. Bahkan, mereka lebih teruk. Bercinta dalam keadaan hipokrit. Dalam keadaan rela dan tidak. Mereka ingin memenuhi tuntutan jiwa. Tapi tidak mampu membelakangkan agama. Maka timbulah cinta jadi-jadian. Cinta yang berlatar belakangkan dunia hipokrit. Secara peribadinya, saya tidak pernah menganggap bahawa menjadi kesalahan untuk bercinta. Kerana bagi saya, cinta itu murni. Dan penuh dengan kebaikan jika dihayati dengan baik. Namun saya masih merasa skeptikal dengan keadaan cinta para da’ie yang tidak tentu arah. Malah penuh dengan kepura-puraan. Ah! Alangkah susahnya cara mereka. Sakit kepala dan mata-malah hati-apabila memikirkan melihat mereka.

Mereka mungkin memberikan alasan bahawa cinta mereka punya halatuju. Mungkin kata mereka, “Ah! Paling kurang aku ada rancangan nak kahwin!” Kahwin? Ini pula jawab saya, “Habis tu, kamu ingat budak lain yang bercinta tak ada rancangan nak kahwin ke?” Sebenarnya, rata-rata mereka yang bercinta meletakkan perkahwinan sebagai matlamat hubungan mereka. Namun itu hanyalah rancangan; atau satu ‘escapism’ untuk menghalalkan perhubungan cinta itu. Tapi, mengapa si da’ie juga tersadung dan rebah sama seperti mereka? Sangat malang apabila para da’ie dilalaikan dengan cinta. Sekali lagi saya tegaskan, saya bukanlah anti-cinta. Tapi bagi saya, elakkan diri daripada mencari ‘penyakit’. Meminjam kata-kata seorang sahabat, “Bagi mereka yang belum bercinta, usahlah mencari. Namun bagi mereka yang sudah bercinta, usahlah pula dilepaskan.”

Kata saya: “Mereka yang masih belum jumpa ‘cinta’ usah bimbang. Ia akan datang akhirnya. Bagi mereka yang sudah jumpa, saya doakan anda bahagia.

P.S: Tidak perlu berkecil hati dengan artikel ini jika anda bukan sebahagian daripada mereka.

*source: http://life-verses.blogspot.com/2007/06/cinta-ana-wa-anti-antara-cinta-sejati.html

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~