Wednesday, June 25, 2008

Meghitung Hari

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni dah hari rabu, maknanye ada 2 hari lagi untuk aku bersiap-siap & berkemas-kemas untuk pergi ke UKM. Setelah hampir 6 bulan otak aku berehat, skrg tibelah masenye untuk studi balik, peningkan otak balik,huhu... InysaAllah, pagi sabtu ni aku akan bertolak ke KL dengan pak itam, ma n adik bongsu aku, Ami.. Tak sabar ade, berdebar pun ade...

Setakat ni, sume hal leh dikatekan setel kecuali kad Bank Islam, aku masih lum leh amik lagi. Sepatutnya kena amik ari ni, tapi bile aku gi kat Bank Islam tadi, pegawai tu cakap, kad belum sampai, esok (Khamis) baru akan sampai. Malasnye aku nak gi Bank Islam lagi, dah la ramai orang bersesak-sesak kat dalam tu,huhu...

Em, ari ni aku gi shopping dengan kak sepupu aku, Kak Ja. Die baru je habis belajar kt UTM jurusan Pendidikan. Sekarang tengah tunggu posting... Dan ari ni, akhirnya, aku berjaya gak beli handset baru utk diri sendiri, SE K850i, handset yang aku idamkan selama ni,alhamdulillah, tercapai gak hasrat. Sempat lagi aku cilok beli handset mase tgh prepare utk gi U ni,hehe... Ni sebenarnya menunaikan niat dan hasrat yang dh lame tersimpan sejak arwah abah masih ade lagi. Aku anggap handset ni sebagai hadiah utk setiap keputusan cemerlang yang aku raih mase diploma dulu & kejayaan aku mendapat tempat di UKM. Alhamdulillah, syukur padaNya.

Aku sebenarnya, terpk gak cmne la hidup aku kt UKM nanti. Aku harap dapat bilik yang best, 2 orang sebilik, n dapat rumet yang baik & islamik. Pasal belajar lak, hope aku leh adapt diri aku dengan cepat dengan cara budak-budak U belajar yang totally different dengan cara belajar di KUSZA @ UDM dulu. Mungkin aku kena jadi kaki library, sumthing yang aku xpernah jadi masa aku study kat KUSZA dulu,hehe...Dan harapan aku jugak supaya dapat kawan2 yang baik & leh dipercayai, if leh yang islamik & satu fikrah, sekurang-kurangnya ade yang mengingatkan bila terlupa. Dan InsyaAllah, aku akan join usrah sebagai persiapan diri & langkah keselamatan.

Aku nak fokus pada study, nak cube score sehabis baik, aku nak buktikan pada orang yang aku boleh buat, aku nak ma gembira dengan aku, aku nak balas segala penat lelah ma selama ni. Aku doakan aku dijauhkan dari segala perkara yang boleh menghalang konsentrasi aku pada pelajaran aku. Cinta? ini bukan masanya. Aku masih ingat kate2 Dr.Fadhilah mase aku wat medical checkup ari tu, jodoh jangan di cari, ia telah ditetapkan, sampai masenye ia pasti akan datang. Matlamat utama aku sekarang adalah tumpu pada pelajaran dan buat sehabis baik yang mungkin. Bukan setakat famili, tapi kawan2, senior2, pensyarah2 mase kat KUSZA dulu pun menaruh harap pada aku. Aku akan buktikan, insyaAllah, innallaha ma'a ana... :) -END-

Sunday, June 22, 2008

Letih & Sedih

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni, aku dgn ma & angah gi ke BSN utk withdraw money sbb ma nak simpan duit kitorg dalam Tabung Haji. Sampai kt BSN, punye la ramai orang, ade yang nak amik duit pencen, ade yang nak bayar bil & ade yang nk keluarkan duit utk urusan belajar. Cemuih gak la tunggu giliran, dari kul 10, kul 11 lbh baru sampai turn aku & angah. Lepas settle kat BSN, aku ngn ma gi lak kat Bank Islam, nak buke akaun baru & nk bayar yuran pendaftaran. Tapi, tak kesampaian, sbbnya terlampau ramai org. Dari kul 11 lbh sampai kul 4 ptg aku tunggu, tapi still xsampai turn aku, so aku decide balik umah je la, sambung esok.

Masa kat Bank Islam, terserempak lak dgn syuk & mila, coursemates aku kat KUSZA. Syuk pun tunggu giliran gak utk cheque-in duit kakak die, so same2 menunggu. Kitorg gi lunch same2 kat KFC, last time sebelum kitorg ikut haluan masing-masing lepas ni. Aku mesti rindu kt diorg, huhu...Lepas lunch, syuk ngn mila dah x larat lagi nak tunggu turn diorg, so diorg balik dlu, tinggal aku ngn ma je. At last, aku pun ajak ma balik sekali sebab perut meragam.

Masih banyak lagi hal yang xsetel untuk masuk UKM ni, setakat ni, yang dh setel hanyelah medical check-up. Gambar x amik lagi, brg2 xterbeli lagi, akaun bank pun xbuke lagi. Banyak lagi la, pening gak kepala aku pikirkannye. Ari ni, surat tawaran baru sampai, dh koyak rabak dh sampulnye, geram gak aku. Habis keronyok sekali isi2 dalam sampul tu,uh, sabor je la...
Dalam seminggu ni,aku akan keletihan sebab nak wat preparation, & dalam seminggu akan dtg, aku akn letih mengharungi minggu orientasi di UKM, hope everything will be fine, AMIN...

Em, tu yang meletihkan, ape lak yang menyedihkan? jeng jeng jeng...
Yang menyedihkan ialah, bila aku dapat reply emel dr org yg berkaitan dgn KEJUT kt UKM ni pasal mslh transfer kredit. Dari ape yang aku paham, mcm xdiizinkan utk transfer kredit je utk sume subjek sbb silibus & cara pengajarannya berbeza. Uiks, geram gak aku, habis yang aku belajar 3thn selama ni utk dpt diploma tu wat ape? wat bungkus nasi lemak ke? sombong betul la UKM ni. Kat Malaysia ni, org cm xpandang je mereka yang ade diploma ni, sbb tu kt IPTA, yang de dip ke xde ke, same je level diorg, sambung degree tetap 3,4 thn. If kat oversea, 1 1/2 thn or 2 thn dah leh dpt degree. Diorg xde la plak dengar mslh pengangguran cam kat Malaysia ni. Hush, geram betul aku, mendidih rase, tapi xpe, selagi xsampai kt sane, selagi tu jangan pk ape2.Aku hrp, dpt la transfer kredit, xnk la hbskan ms 4 thn utk degree, 3thn setengah mujur, if 3thn lagi la bagus. Banyak benda lagi aku nak wat dalam hdup ni, Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu yang dhaif lagi lemah ini.Amiin...

Wednesday, June 18, 2008

Baru Balik...

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lame aku tak posting ape2 kt blog ni, sebab ketandusan idea & kerana aku pergi bercuti ke Kuala Lumpur mengikut mak langku. Pagi tadi, aku selamat sampai kembali ke Ganu, negeri kelahiranku. Satu perasaan yang lega apabila dapat kembali ke rumah semula. Sepanjang aku di KL, aku gi shopping ngn mak lang dkt sogo, midvalley, jalan tunku abdul rahman, jage si adam..
Pe yang bestnye ialah, aku dapat beli juga buku yang aku inginkan selama ni,"Aku Terima Nikahnya", tulisan ustaz Hasrizal @ saifulislam...Alhamdulillah, syukur sgt2...

Dan, satu lagi berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tibe juge, aku dapat tawaran untuk sambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Honestly, i'm not very happy, coz my target is to get place at Universiti Malaysia Pahang (UMP), but I know dat I must be grateful, coz He gave me a chance to further my study. He know da best for me, so I must be strong to accept all this things. So, rite now, juz wait for offering letter, and be prepared to go there. UKM, here i come, insyaAllah...

Oh yea, masa aku tgh shopping kt SOGO ari tu, ternampak la dua gadis manis, bertudung & berpurdah macam watak Aisha dalam filem AAC, lawa,cantik dan manis sekali. Terdetik dalam hati kecil yang aku pn nak pakai mcm diorg, sejuk mata memandang. InsyaAllah, satu hari nanti, aku akan pakai macam diorg gak, aminn...

Em, it's getting late rite now, aku pn nak tido, nak sambung rehat, penat naik bas semalam x hilang lagi, huhu...Semoga aku temui kebahagiaan sepanjang menelusuri liku-liku kehidupan. Hidup dan matiku telah kuserahkan padaNya yang berhak, semoga Dia sentiasa bersama aku. Ya Allah, aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu, kerna aku pasti, setiap kejadian pasti ada hikmah tersembunyi...

Thursday, June 12, 2008

Untuk Sahabatku

Seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab: Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.

Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.


Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran~


~fRiendshiPs aRe suPerB wHen it sHaRed wiTH yOu~

Tuesday, June 10, 2008

SUKMA KE-12: TAHNIAH GANUNG

Semalam, 9 Jun 2008, diadakan upacara penutup bagi Sukan Malaysia (SUKMA) XII di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selama hampir dua minggu SUKMA ini berlangsung di bumi Terengganu dan akhirnya melabuhkan tirainya semalam. SUKMA kali ini tentu boleh dibanggakan oleh rakyat Terengganu kerana berjaya menjadi tuan rumah terbaik. Lebih manis, apabila kontigen negeri Terengganu berjaya muncul juara keseluruhan SUKMA XII, dengan 61 pingat emas, menewaskan negeri penguasa SUKMA, Selangor. Syabas untuk kontigen negeri Terengganu.

Diharapkan penguasaan Terengganu dalam acara sukan ini adalah bersih dan bebas dari sebarang kontroversi. Acara kanu menjadi acara yang menyumbangkan pingat emas terbanyak iaitu sebanyak 14 pingat emas. Dan kejayaan yang sangat bermakna bagi rakyat Terengganu ialah apabila, pasukan bola sepak SUKMA Terengganu berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Kedah pada dua tahun yang lepas, dengan menewaskan PERLIS, 5-1. Satu jumlah jaringan yang cukup besar dan amat membanggakan.

Dan pada majlis perasmian penutup semalam, Menteri Besar Terengganu, YB Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan dua perkara penting; pertama, elaun semua exco kerajaan negeri akan dipotong sebanyak 10% sebagai tanda prihatin kepada rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak. Kedua, perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Terengganu, iaitu pengumuman cuti umum bagi negeri Terengganu pada hari ini, 10 Jun 2008, sebagai penghargaan kepada semua rakyat atas sokongan yang diberikan dan sebagai apresiasi kepada kontingen sukan negeri yang berjaya mencatat rekod dengan menjadi juara keseluruhan untuk pertama kalinya selepas 22 tahun SUKMA ini berlangsung.

Selain daripada itu, YB MB juga mengajukan cadangannya kepada PM untuk membina sebuah sekolah sukan berhampiran dengan kompleks sukan Gong Badak, supaya segala kemudahan yang ada, dapat digunakan sepenuhnya. Dan, cadangan itu disambut baik oleh Pak Lah, apabila beliau menyatakan persetujuannya dihadapan ribuan penonton yang hadir pada malam tadi. Jadi, satu lagi agenda pembangunan yang direncanakan yang diharapkan dapat memberi faedah dan manfaat kepada rakyat negeri Terengganu sendiri khasnya.

Kesimpulannya, Majulah Sukan untuk Negara. Syabas untuk Kontigen negeri Terengganu yang berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi sesuai dengan moto mereka, Ganu Nelang. TRANUNG MEMANG NELANG!!!SYABAS!!!

-END-

Monday, June 9, 2008

Cinta Ana wa Anti: Antara Cinta Sejati dan Hipokrisi

Saya sebetulnya bukan lah orang yang layak untuk membicarakan hal-hal ini. Namun saya terpanggil untuk menulis mengenai isu ini apabila mengenangkan fenomena ini semakin ‘berleluasa’ di kalangan para da’ie sekalian. Secara peribadi saya tidak pernah terlibat secara langsung dengan cinta. Dan setakat ini-Alhamdulillah-masih belum terlibat dalam isu ‘coupling’ yang hebat digembar-gemburkan sekarang ini. Mungkin itu menjadi satu bonus buat diri saya. Atau mungkin menjadi ‘bad sign’ kepada saya bahawa; saya ini mungkin ‘tidak laku’. Walaupun tidak pernah ‘terjebak’ di dalam hanyutan cinta, namun saya berkesempatan untuk ‘menonton’ kisah cinta rakan-rakan yang rapat dengan saya, samada dari golongan da’ie ataupun ‘orang biasa’.

“Cinta itu indah. Cinta itu menyeronokkan.” Itulah yang dikhabarkan kepada saya. Dan jelas, itulah yang saya dapat tonton. Ya. Seindah khabar. Cinta itu memang menyeronokkan. Melihat rakan-rakan mempunyai ‘komitmen’ masing-masing kepada orang yang disayangi. Saya dapat merasakan bahawa perasaan itu sungguh indah dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka gembira bersama orang tersayang. Sebetulnya, saya tumpang gembira untuk mereka. Ber-SMS tidak kira siang dan malam. Bertanyakan khabar. Itu adalah rutin biasa bagi mereka yang sedang ‘mabuk cinta’. Setiap inci ruangan kehidupan mereka, pasti ingin dikongsikan bersama yang tercinta. Wallpaper komputer peribadi serta telefon bimbit dihiasi gambar ketika bersama berdua. Malah loker juga menjadi 'mangsa' untuk menampal gambar orang tersayang. Tidak terkecuali adalah wallet masing-masing, kerana itu ruangan wajib! Menarik sekali! Hidup tidak ubah seperti sudah ‘berkahwin’ dengan gambar.

Itu cerita sang pencinta wanita dari kalangan ‘orang biasa’. Dai’e pula bagaimana? Secara jujurnya, ‘methodology’ si da’ie bercinta tiadalah banyak bezanya dengan ‘orang-orang biasa’ tersebut. Mungkin perlakuan mereka lebih jujur dan mulia pada sesetengah perkara. Mereka ber-SMS, tapi tidaklah siang dan malam. Mereka ada meyimpan gambar, tapi tidaklah sampai 5-6 keping. Dan mereka seboleh-bolehnya, cuba untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka sedang bercinta. Ketika sesetengah manusia yang begitu gah dengan kehidupan cinta mereka. Si da’ie masih malu-malu untuk bercakap mengenainya. Namun, apakah cinta versi si da’ie ini ada hala tujunya? Dan apa signifikannya? Saya kira tiada jawapan yang jelas. Jika ditanya pada si da’ie mereka mungkin berkata, “Cinta aku cinta untuk berda’awah. Banyak beza dengan orang lain.” Itu kata mereka. Bagi penonton seperti saya. sudah tentu jawapannya berbeza. Cinta si da’ie adalah untuk berda’awah? Oh! Adakah sudah kehabisan metode da’awah? Sehingga cinta dijadikan satu medium da’awah? Atau, itu satu alasan untuk membezakan cinta si da’ie dengan cinta ‘orang biasa’?

Saya masih tertanya-tanya. Apakah kaitan cinta dan da’awah. Mungkin pertanyaan saya ini disifatkan sebagai soalan bodoh oleh sesetengah pihak. Tapi secara jujurnya, saya belum dapat melihat synergy antara cinta dan juga da’awah. Pelbagai alasan telah saya dengar seperti, “Aku bercinta ni, sebab nak ubah kehidupan budak tu. Dia budak liar. Budak suka sosial. Aku bercinta dengan dia ni sebab dah jadi tanggungjawab aku sebagai seorang da’ie.” Atau, “Aku bercinta pun bukan macam budak lain cinta. Aku couple ni pun ikut lunas-lunas Islam. Aku kejut dia tahajjud malam-malam. Aku kejut dia sahur, ajak puasa sunat. Bukan macam orang lain.” Terkedu juga saya apabila diacukan dengan alasan-alasan sedemikian apabila ditanya tentang rasionalnya si da’ie bercinta. Itu baru dua. Saya tak dapat bayangkan jika terus diasak dengan alasan sedemikian. Saya hanya mengangguk. Mungkin malas hendak bergaduh atau berdebat. Atau mungkin juga saya yang masih belum faham erti cinta itu.

Bagi saya, cinta versi si da’ie ini adalah cinta 'tipu'. Cinta 'celup'. Cinta 'saduran'. Ya. Mereka bercinta. Tapi dengan agama sebagai perisai. Agak kurang enak perilaku yang seperti ini! Kerana bagi saya, ceritera cinta para da’ie, tidak ada beza dengan cinta orang lain. Tidak lebih baik, dan tidak juga lebih buruk. Walaupun mereka berkopiah. Bertudung labuh. Namun jika dinilai hakikat percintaan mereka. Mereka tiada beza dengan orang lain. Bahkan, mereka lebih teruk. Bercinta dalam keadaan hipokrit. Dalam keadaan rela dan tidak. Mereka ingin memenuhi tuntutan jiwa. Tapi tidak mampu membelakangkan agama. Maka timbulah cinta jadi-jadian. Cinta yang berlatar belakangkan dunia hipokrit. Secara peribadinya, saya tidak pernah menganggap bahawa menjadi kesalahan untuk bercinta. Kerana bagi saya, cinta itu murni. Dan penuh dengan kebaikan jika dihayati dengan baik. Namun saya masih merasa skeptikal dengan keadaan cinta para da’ie yang tidak tentu arah. Malah penuh dengan kepura-puraan. Ah! Alangkah susahnya cara mereka. Sakit kepala dan mata-malah hati-apabila memikirkan melihat mereka.

Mereka mungkin memberikan alasan bahawa cinta mereka punya halatuju. Mungkin kata mereka, “Ah! Paling kurang aku ada rancangan nak kahwin!” Kahwin? Ini pula jawab saya, “Habis tu, kamu ingat budak lain yang bercinta tak ada rancangan nak kahwin ke?” Sebenarnya, rata-rata mereka yang bercinta meletakkan perkahwinan sebagai matlamat hubungan mereka. Namun itu hanyalah rancangan; atau satu ‘escapism’ untuk menghalalkan perhubungan cinta itu. Tapi, mengapa si da’ie juga tersadung dan rebah sama seperti mereka? Sangat malang apabila para da’ie dilalaikan dengan cinta. Sekali lagi saya tegaskan, saya bukanlah anti-cinta. Tapi bagi saya, elakkan diri daripada mencari ‘penyakit’. Meminjam kata-kata seorang sahabat, “Bagi mereka yang belum bercinta, usahlah mencari. Namun bagi mereka yang sudah bercinta, usahlah pula dilepaskan.”

Kata saya: “Mereka yang masih belum jumpa ‘cinta’ usah bimbang. Ia akan datang akhirnya. Bagi mereka yang sudah jumpa, saya doakan anda bahagia.

P.S: Tidak perlu berkecil hati dengan artikel ini jika anda bukan sebahagian daripada mereka.

*source: http://life-verses.blogspot.com/2007/06/cinta-ana-wa-anti-antara-cinta-sejati.html

Friday, June 6, 2008

Efek Harga Minyak Melambung

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, aku dah bincangkan tentang harga minyak yang naik secara mendadak dan yang dibuat secara drastik yang diumumkan oleh PM Malaysia sendiri. Sekarang mari kita teroka, kesan yang sudah dialami oleh semua rakyat Malaysia disebabkan kenaikan harga minyak ini. Pak cik aku, baru sampai dari KL kelmarin dengan naik bas, bila dah sampai kat stesen, dia amik teksi untuk balik umah. Bila dah naik teksi, tentu kena bayar tambang kan? Dan tambangnya adalah sebanyak RM15 tunai. Terkejut pak cik aku tu, dia cakap kat pemandu teksi tu, kat KL takdela mahal sgt smpai RM15, al-maklumlah, jarak umah dgn stesen bas tu bukan jauh sgt, 20 minit naik kete dh sampai. Dan alasan yang diberikan oleh pemandu teksi tu adalah, harga minyak dah naik.

Dan hari ini, bila di baca dalam akhbar Harian Metro, dikhabarkan akan berlaku bermacam-macam kenaikan harga barang lagi dalam masa yang terdekat ni. Tarif elektrik akan naik, harga gula akan naik, dan macam-macam lagi la akan naik. Cuma cukai jalan je yang belum dipastikan samada naik atau turun, tapi menurut akhbar,menteri berkenaan cakap mungkin cukai jalan akan diturunkan untuk tidak menambahkan beban rakyat, tapi dinasihatkan tak perlulah percaya sangat. Just wait and see.

Semua ini memang akan membebankan rakyat, dalam akhbar yang sama pun, menerusi slot member Metro, ramai yang hantar sms komplen pasal hal ni. Rata-ratanya memang sangat & amat tak berpuas hati dengan harga minyak petrol mahupun diesel yang diumumkan Pak Lah. Alasan mereka adalah semua harga barang naik,meningkat, tapi gaji tetap tak naik. Yang kerja kerajaan mungkin boleh dikatakan ok lagi, tapi bagi mereka yang kerja di sektor swasta, bagaimana? Tentu mereka akan lebih terasa berbanding pekerja sektor kerajaan. Dan mungkin dua-dua rasa terbeban.

Lepas ni, kita tengok la apa lagi yang akan naik. Harga makanan yang sedia naik akan melambung lagi, harga barangan basah pun pastinya akan naik, pendek kata semua benda akan meningkat naik kosnya. Pelik ek, macam mana India yang bukan pengeluar minyak hanya naikkan 10% harga minyak diorg (itu pun rakyat dah habis-habisan demo), sedangkan kita pengeluar minyak, naik 40%, itu pun si PM siap bagi pesanan lagi jangan buat demo, ingat rakyat bodoh sangat ke, nak terima secara taklid buta je?

p/s: sorry if isi xkena tajuk, geram sgt dh psl hal ni, rakyat diperbodoh-bodohkan mcm tu jek, agaknya ape org yg pangkah BN komen psl isu ni?

Thursday, June 5, 2008

Harga minyak naik lagi....tahnx to PM !!!!

Dengan pengumuman yg dibuat oleh perdana menteri dan tepat pada pukul 12.00 tgh mlm tadi, secara rasminya, harga petrol naik drpd RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter n harga diesel naik daripada RM1.58 seliter kepada RM2.58 seliter. Peningkatan sebanyak 41% utk petrol & 63.3% bagi diesel, suatu kenaikan drastik yang pernah dirasai oleh rakyat Malaysia, yang langsung xpernah terpikior dek akal, hasil pemerintahan PM tercinta, Pak Lah, yang pastinya akan memberi impak maksima kepada sosio ekonomi negara dan peningkatan kadar inflasi. Dan sudah semestinya, perkara ini adalah sesuatu yg akan ditangisi oleh rakyat terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah & sederhana.

Pada 3 Jun, Pak Lah kata harga minyak xkan naik mendadak dan dalam waktu terdekat, tapi pada 4 Jun, beliau mengumumkan harga petrol naik...Satu kejutan dan surprise yang mungkin dirasakan seronok olehnya utk mengumumkannya. Hmmm, entahlah, sbb dlm zon kemarahan sekarang ni, mmg x memungkinkan aku untuk ber husnuzhon dgn PM kita nih....

Dari dulu lagi, kerajaan asyik mengwar-warkan tentang jumlah ‘subsidi’ yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk penggunaan diesel n petrol. Tapi, bagi aku, duit hasil bumi Malaysia, adalah duit rakyat. BUKAN duit kerajaan. Jadi, xder masalah untuk rakyat dapat ‘subsidi’ tersebut. Sebab, bila rakyat telah undi menjadi WAKIL RAKYAT, maksudnyer, depa perlu mengurus harta rakyat sebaik2 n sebijak2nya. Depa telah dibayar utk kerja n budi yang ditaburkan. Tgk link ini, utk hasil kerja mereka... http://kerenahdunia.blogspot.com/2008/05/rahsia-sulit-mesti-baca.html
Jadi, aku sebagai rakyat biasa ni, mmg sgt2 mengharapkan kerajaan dapat membantu rakyat menguruskan harta. Bukan menghabiskan pada yang perkara x berfaedah.

Bagaimana lagi rakyat nak mengubah cara hidup mereka? Bagaimana lagi bagi yang berpendapatan rendah nak ‘cut’ cost life mereka? Bagaimana lagi kalau peniaga2 tidak menaikkan harga barang? Sudah pasti, lepas ni, harga barang akan naik melambung-lambung. Mungkin, bagi kakitangan kerajaan akan mendapat kenaikan gaji bagi sesuatu tempoh. Tapi, bagaimana pula dengan pekerja swasta n persendirian? Fenomena ini semestinya akan menjadikan kehidupan rakyat makin tersepit dan terhimpit.... mungkin perlu berusaha lebih keras, bagi yang bergantung semata-mata pada tulang empat kerat, mungkin perlu bekerja 24jam sehari untuk menampung keperluan hidup. Bagi yang malas, semakin menjadi-jadilah kes2 curi, samun rompak dsb. NaudzubiLlah.....mintak dijauhkan daripada perkara2 sebegini berlaku pada rakyat Mlaysia.

Yang pastinya, buat masa ini, aku mmg x dapat menahan diri daripada menyalahkan pemerintahan yang lemah oleh pucuk pimpinan. Mungkin sbb inilah Dr.M kuar drpd perjuanganya. Suka bermegah-megah dengan ‘hiasan picisan’ yang dikatakan mampu menarik pelaburan asing ke dalam negara, tapi akhirnya, rakyat pula yang menjadi mangsa.
Kesian pada diriku dan rakyat Malaysia sumer kerana terpaksa menanggung kos sara hidup yang semestinya akan semakin meningkat. Kesian pada pemandu teksi, nelayan, peniaga , kakitangan awam dan sumernyer.... Sekiranya PM sebelum ini dikenali dengan bapa kemerdekaan, atau bapa pembangunan mungkin pak lah boleh diberi gelaran bapa kenaikan harga barang, atau bapa kemusnahan.

Semoga keadaan ekonomi Malaysia tidak akan meruncing seperti yang berlaku di Indonesia.
Maaf diatas tulisan yang sarat dengan emosi marah ni, sekadar luahan rasa seorang rakyat yang xder kuasa. Kepada mereka yang berkuasa,ingatlah, Allah Maha Melihat segala-galanya, janganlah kamu berlaku sewenang-wenangnya demi kesenangan & kepentingan dunia kerana Allah pasti akan membalasnya. Janji Allah itu pasti. Apakah kamu lupa akan tsunami politik yang berlaku pd PRU 12 baru-baru ini? Adakah kamu menunggu siklon Nargis menerbangkan kamu? Beringatlah sebelum parah…

*thanks too my sist,wardatul_syauqah for sharing.Jazakillah... :)

Lestari Persahabatan

LESTARI PERSAHABATAN

Sahabat,


Aku ingin bersamamu selamanya


Menempuh seribu ranjau hidup


Aku ingin selalu mendengar tawamu


Dan menangis di saat dukamu


Aku mahu berkongsi segala-galanya bersamamu


Biar tiada rahsia antara kita


Sahabat,


Bila kupandang luasnya laut nan biru


Hijaunya sang pepohon


Jauh di sudut hatiku tak ingin berpisah denganmu


Kerana selagi wujudnya laut nan biru, hijaunya sang pepohon


Selagi itu kita tetap sahabat


Kerana bumi ini menjadi saksi


Kerana hati ini merintih kasihmu…sahabat


Sahabat yang tak bisa terungkap dengan seribu kata zahirku


Usah kau kata pada tanah


Usah kau tanya pada angin


Usah kau laungkan pada insan


Bahawa kita adalah sahabat


Kerana mereka sudah mengerti


Kerana mereka menjadi saksi


Persahabatan kita yang abadi.





*credit too ukht soleha (iluvislam.com)


Wednesday, June 4, 2008

10 Tips Meraih Kebahagiaan




  1. Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.

  2. Menyendiri untuk bertafakkur.

  3. Menjalin hubungan dengan orang-orang yang soleh.

  4. Perbanyakkan berzikir.

  5. Melakukan solat sunat 2 rakaat dengan khusyu'.

  6. Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya.

  7. Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas.

  8. Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi.

  9. Meringankan beban seorang muslim yang tengah dalam kesulitan.

  10. Usahakan menjalani kehidupan di dunia dengan zuhud.

* La Tahzan, Innallaha ma'ana...



Sumber: La Tahzan (Dr. Aidh Bin Abdullah Al -Qarni)

Tuesday, June 3, 2008

Apa Nak Jadi?

Bismillahirrahmanirrahim...

Terkedu aku membaca tajuk akhbar kelmarin tentang penemuan mayat bayi di dalam baldi di sebuah sekolah pondok yg terkenal di kawasan tempat tinggal aku. Sedih dan malu bila mendapat tahu yg melahirkan bayi yg tidak berdosa itu adalah pelajar sekolah itu sendiri, dan berita terbaru, yang menjadi bapa pada anak kecil itu juga bekas pelajar di sekolah pondok itu sendiri. Sedih dan malu kerana, dua-dua merupakan pelajar pondok yg terkenal dgn ajaran ilmu agamanya, yg memakai jilbab,jubah,kopiah tdk pernah lari dr kepala. Mereka seolah-olah menjual agama secara tidak langsung atas perlakuan sumbang mereka.

Di sinilah terbitnya persoalan, apa nak jadi dgn anak muda zaman sekarang & bagaimana nak mengatasinya. Jika yg melakukannya org-org biasa & kebanyakkan, mungkin kita dah kalih @ terbiasa mendengarnya,tapi apabila mendengar mereka yang cerdik pandai agama, yang belajar ilmu agama lebih tinggi daripada orang disekitarnya, ia seolah-olah satu perkara baru & janggal.
Lalu di manakah silapnya lagi jika sebelum ini, org mengatakan mereka yg terlibat dgn masalah sosial (fokus di sini adalah zina) kurang pengetahuan tentang ilmu agama & kurang didikan dr ibu bapa, nah, sekarang kita diheret oleh masalah yg sama cuma pelakunya berbeza. Masihkah ingin menunding jari kpd ilmu agama & ibu bapa semata? Jawapannya tentulah tidak.

Apa gunanya ilmu jika ia tidak diamalkan,tidak dipraktikkan & tidak dihayati sepenuhnya. Pepatah arab ada berbunyi, "Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah". Kerana tiada kesedaran dalam diri, ilmu hanya tersimpan di dalam buku, belajar hanya masuk ikut telinga kiri & keluar di telinga kanan. Iman yang tipis tanpa dikawal, membiarkan nafsu yang panas menggelodak, menyebabkan terjadinya perkara seperti ini dikalangan mereka yang tahu & tinggi ilmu agamanya. Natijahnya, berlakulah persetubuhan haram lagi keji, pembunuhan insan yg tiada noda, runtuhnya maruah seorang gadis & keluarga. Cuba renungkan, hanya sekelumit nikmat yg dikejar, berderet mudharat terpalit bersama. Inilah maksud pepatah Melayu, "Ikut rasa binasa, ikut hati mati". Lalu, apa lagi yg ingin diikuti? Ikutlah pandangan mata hati yg ditunjuki akal waras dgn membelakangkan hawa nafsu.

Sayang seribu kali sayang, insan yang menjadi harapan keluarga untuk menjadi contoh teladan yang baik telah menconteng arang ke muka. Apa agaknya perasaan kedua ibu bapa mereka ini. Semoga mereka bertaubat & kembali ke hadrat CINTANYA. Ameen.

Monday, June 2, 2008

Ingin Couple?

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki?
Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana!

Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka " Amin...

sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1034
*syukran jazilan ukht afdhal87

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows