Friday, August 29, 2008

Pesanan Buat Sahabat

Pesanan dari seorang sahabat sejati:
"Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati."

"Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri."

"Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka."

"Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini.Sepanjang usiaku yang semakin tua,semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati.Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit."

"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki,hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya.Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran."

"Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai.Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim."

"Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat.Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk."

"Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini.Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu."

"Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya."

"Berpisah dengannya bererti beristirehat.Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya.Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap."

"Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan.Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit."

"Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji.Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia.Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini."

*Masih mencari sahabat sejati, mungkinkah ketemu suatu hari nanti?

10 PESANAN IMAM SYAFIE

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH.

Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

Hak kpd Rasulullah SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

*Mari kita sama-sama beramal dengannya....

Ramadhan Menjelma

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati AllahS.W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows