Friday, July 31, 2009

HALAWATUL UKHWAH


HALAWATUL UKHUWAH...
www.iluvislam.com
atin jieha
editor: azzahra_solehah



"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..



dipetik dari: www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1830

Tuesday, July 28, 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru sebentar tadi, seorang kawan meminta aku supaya tidak menghubunginya lagi. Mungkin aku mengganggu hidupnya tanpa sedar...

Walau apapun sahabat, maafkan aku, segala yang berlaku bukan kehendak ku, dan pasti ada hikmah disebaliknya...

Aku undur diri dulu untuk ketika ini...

Ketahuilah,aku akan sentiasa menjadi temanmu yang setia...

Uhibbukifillah...

Asif jiddan a'la kulli hal...

Thursday, July 23, 2009

Jom Pakat Gi Ramai-Ramai


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program

Tuesday, July 21, 2009

10K Dalam Persahabatan




"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."



"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"


10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

sumber:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1800

Sunday, July 19, 2009

Penantian Yang Berakhir Sudah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, perkara yang ditunggu hampir dua tahun, telah terjadi. Alhamdulillah, syukur kepada Rabb yang telah menjadikan sesuatu. Dan alhamdulillah gak setelah asyik berulang alik dari Ganu ke Bangi dalam masa dua minggu ni memberikan suatu kepuasan yang tidak terkata, suatu kegembiraan yang amat hebat nilainya. Perkara apakah itu? Tentunya Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Darul Iman Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar Al-Muktafi Billah Shah a.k.a DEBS Kampus KUSZA pada 14-16 Julai 2009. Dan aku nye konvo berlangsung pada hari Khamis, 16 Julai 2009, 2.30 petang (sidang keenam).

Gembira dan bangga kerana hasil usaha selama tiga tahun untuk memperoleh diploma, diiktiraf jua walaupun sijil sebenar dah diambil beberapa minggu sebelum konvo,hehe...Dan tiada yang lebih membanggakan, apabila aku diiktiraf sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti untuk sesi 2007/2008. Syukur teramat sangat...

Em, kat bawah ni, aku abadikan beberapa kenangan ketika majlis konvo berlangsung...Alhamdulillah sekali lagi, terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan Ya Allah.




Wif my beloved family ( Ateh, Mom, Me & Ami)

Wif clasmetz (Dari kiri: Tun, Adi, Coki, Me, Mila, Am & Bak)

Wif Tasha (shamsians)
Tq sha for coming :p

floWers fRoM faMiLY...

Monday, July 6, 2009

Permulaan Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, bermula semalam, aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Pendeta Za'ba UKM tercinta ini. Dan hari ini, bermulalah tugas ku sebagai pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun dua, dah bergelar senior. Apa yang kuharapkan semoga semester baru ni memberi permulaan yang baik dan memberi harapan baru untuk aku supaya dapat skor pointer yang lebih gemilang,cemerlang,terbilang berbanding pada tahun satu dulu....Ameen...

Untuk semester ni, aku akan mengambil enam subjek; satu wajib fakulti, tiga subjek jabatan, dan dua subjek universiti. Semuanya memberikan jumlah 21 jam kredit. Satu jumlah yang cukup besar dan sudah tentunya mencabar. Hari ni, kelas sudah bermula dengan kelas matematik. Alhamdulillah,untuk semester ini, Dr.Zul yang akan mengajar para pelajar JKMB dan bukannya Dr. Edgar. Bukan menidakkan kemampuan Dr. Edgar, tapi Dr.Zul lebih mudah difahami apabila mengajar...

Hurm, agak pening sebenarnya memikirkan yang aku terpaksa tidak hadir ke kelas untuk hari Khamis dua kali berturut-turut (mungkin juga Jumaat) kerana terlibat dengan majlis konvokesyen di UDM Kampus KUSZA. Minggu ini aku akan balik untuk menghadiri raptai dan mengambil jubah manakal minggu hadapan akan pulang sekali lagi untuk majlis graduasi yang sebenarnya. Letih, penat, pening dan terpaksa habiskan banyak wang, tapi nak tak nak kenalah berkorban...

Setakat ini dulu luahan hati seorang pelajar yang masih keletihan...Wallahua'lam

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows