Wednesday, October 21, 2009

BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH
www.iluvislam.com
wardatul firdaus
editor: azzahra_solehah


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Tuesday, October 20, 2009

Comin Final Exam

Bismillahirrahmanirrahim...

To all friends, good luck for this coming exam, score the best you can...

Allahumaja'lna minan najihin wal faizin fi imtihanina, ameen... =)

Get well-prepared, efforts are important, even you failed to succeed...

Aja-aja fighting...chaiyok-chaiyok...




Monday, October 5, 2009

Sesat Beraya

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ada satu cerita yang menarik dan lucu untuk dikongsikan bersama pembaca setia blog ini. Cerita ini terjadi semasa aku dan adik-adik JKMB (mus,eton,fatin & liza) pergi beraya ke rumah terbuka Syikin, kawan sekelas kami. Masa dah sampai kat taman perumahan yang disebutkan, kami memasuki lorong yang salah dan hampir-hampir berhenti di hadapan rumah yang kebetulan turut mengadakan rumah terbuka...Nasib baik la tak turun masa tuh, kalau tak, mana mahu letak ini muka??Huhu...

Lepas habis beraya kat rumah Syikin, kitorang merancang perjalanan untuk ke Banting, menghadiri rumah terbuka junior kami, iaitu Ros. Ingatkan dekat, rupanya,mak aih, jauh gile, penat duk dalam kereta..Lagi penat eton yang jadi driver dengan stereng kereta sewa yang agak keras...Sian eton, sakit-sakit tangan dia dibuatnya...Masa dalam perjalanan, berhampiran Banting, kesesakan lalu lintas telah berlaku, tiba-tiba nampak kereta polis, ingatkan road block, eton dah cuak sebab tak pakai tali pinggang keledar, tapi rupanya bukan. Kesesakan disebabkan oleh sebuah lori terlibat dalam kemalangan,agak teruk la lori tuh, sampai kemek dan kaca bertaburan atas jalan...

Disebabkan terlalu excited tengok accident ditambah dengan kesesakan yang memang menyesakkan, sekali lagi kami nyaris tersesat semasa nak masuk ke laluan ke rumah Ros. Sepatutnya masuk ke lorong kanan, kami pulak termasuk ke lorong kiri. Semuanya gara-gara excited dan kalut...adeh, macam-macam la kitorang nih...

Akhir sekali, destinasi akhir pilihan kitorang selepas beraya di rumah Ros adalah membeli belah di Mydin Putrajaya. Disebabkan takde sorang pun antara kitorang yang biasa masuk Putrajaya dari arah Dengkil, kami tersesat lagi, kali ni, sesat yang betul-betul sesat dan penat la. Kitorang berhenti solat maghrib dekat stesen Petronas presint 9. Sebelum beredar, eton dengan mus pergi bertanya kat pakcik polis yang kebetulan singgah kat stesen minyak tuh. Masa tuh, liza dan fatin join sekali dengan mus n eton untuk mendengar taklimat tentang destinasi kami daripada pakcik polis. Aku lak, setia menjaga kereta kancil sewaan kitorang,haha...

Dah tamat sesi penerangan, kami teruskan perjalanan mencari presint 16 yang terletaknya pusat beli belah Alamanda. Pakcik polis setia meng'escort' kitorang, kot-kot la sesat lagi kan, tapi diorang 'escort' sekerat jalan jer, then, biarkan kitorang teruskan perjalanan. Aku ingatkan tak sesat lagi la, al-maklumlah, dah empat orang dengar penerangan,tapi alih-alih, sesat jugak, tapi tak jauh la, silapnya ialah salah masuk lorong..Geram gak sebenarnya dengan budak-budak ni, tapi dalam hati terasa kelakar lak, macam-macam la adik-adik aku berempat nih...haish...

Masa sesat kali kedua, datang satu lagi kereta polis, berhenti dan membantu kami untuk mencari jalan ke Alamanda tadi. Kali ni cik Fatin jadi tukang tunjuk arah. Dan akhirnya, kami selamat tiba juga ke Mydin Putrajaya walaupun kena pusing bulatan dua kali sebelum menemui jalan yang betul untuk ke sana...Hohoho...kelakar dan mencabar...Moral of the story adalah, dengar arahan betul-betul, dan kena lantik seorang saje pemandu arah sebab ramai-ramai bukannya menolong, tapi buat pening saje...

Apa-apa pun, tahniah eton kerana sangat kuat kesabarannya melayan karenah kitorang nih, kalau aku jadi driver, mahu je aku pandu balik UKM. Dan terima kasih tak terhingga kepada pegawai-pegawai polis Putrajaya yang telah membantu kami. Jasa tuan-tuan amat kami hargai... (Itulah sedikit sebanyak cerita tentang raya pada tahun ini)...

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows