Saturday, July 6, 2013

Ramadhan Kembali ^_^


Bertemu kembali dengan Ramadhan,
Ku rasakan bahagia menyelubungi,
Ya Allah daku bersyukur,
Kau pertemukanku semula Ramadhan yang mulia,

Di Ramadhan Ya Allah,
RahmatMu ku rasa,
Ku banyakkan beribadah,
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi,

Ramadhan rahmat dari Ilahi,
Banyakkan ibadah dan berdoa,
Hapuskan dosa tingkatkan pahala,
Semoga beroleh maghfirah,
Moga kita kan jadi hamba yang setia,

Ramadhan, menyedarkan aku,
Kesusahan yang dialami oleh insan lain,
Ramadhan, ujian Ilahi,
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan,

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku,
Ku harap ianya kan membelaku,
Di akhirat nanti...

(Ramadhan - Brothers)


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah: Ayat 183).

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila datangnya Ramadhan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai / dibelenggu para syaitan."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

SALAM RAMADHAN 1434H & SELAMAT BERPUASA ^_^

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~

Pictures of Rainbows