Monday, November 24, 2008

Bunuh Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak seminggu ni, heboh cerita mengenai org yg nak bunuh diri di negeriku tercinta, Terengganu Darul Iman. Beberapa hari lepas, akhbar ada menyiarkan berita mengenai seorang gadis yang baru berusia 18 tahun, ingin terjun dari bangunan sebuah hotel yang ada di Kuala Terengganu gara-gara merajuk apabila dimarahi teman lelakinya. Bodoh bukan? Sangat bodoh sebenarnya manusia yang bertindak kerana pengaruh emosi semata-mata, lebih bodoh apabila sanggup mengambil nyawa sendiri. apa tujuan dan faedah yg diperoleh lepas tu? jawapannya, tiada apa, semuanya sia-sia.

Kematian bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah dan tentunya bukanlah jalan yang terbaik untuk menunjukkan pemberontakan kerana yang akan merana diri sendiri, pihak yang satu lagi tidak akan terkesan pun dengan kelakuan anda. jika ya pun, hanya utk sementara. Lemahnya iman seorang hamba yang bernama manusia, tak terbayang andai gadis itu nekad untuk mengambil nyawanya sendiri, di dunia sudah sengsara, di sana, azab yang pedih menanti, dahlah tu, tak dapat bau syurga pulak. Amat dahsyat sekali kan?

Dan semalam, sewaktu menonton buletin utama di tv3, sekali lagi digemparkan tentang seorang isteri, ingin membunuh diri dengan cara yang sama, kerana berlaku pertelingkahan dengan suaminya. Dan, lebih memualkan, apabila ia juga berlaku di negeriku ini, cuma daerah yang berlainan, iaitu di Hulu Terengganu. Dan keadaan itu lebih tragis, kerana wanita itu sememangnya telah menerjunkan dirinya, tapi tindakan pantas seorang anggota penyelamat, berjaya menyelamatkan dia daripada kehilangan nyawa.

Perbezaan cerita di atas hanya wujud pada usia kedua-dua perempuan yang terlibat. Di sini, kita dapat lihat, betapa lemahnya iman seseorang, betapa rapuhnya pegangan agama mereka sehingga merasakan diri mereka lebih layak untuk mengambil nyawa sendiri daripada Pencipta mereka. Mereka seakan-akan ingin keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut harimau. Tidak dapat berfikir dengan waras lantaran hati dikuasai emosi, dikelabui dengan perasaan negatif yang amat sangat. Sememangnya wanita begitu, tapi jika iman masih di dalam dada, pasti mereka dapat berfikir dengan lebih rasional. Semoga Allah mengampuni mereka....

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~