Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada teman-teman yang mengunjungi blog ini. Pada 29 Disember 2008 yang lepas, iaitu hari Isnin, kita menyambut tahun baru Islam, Awal Muharram. Sekarang kita dah berada pada tahun 1430 Hijrah dan pada 2 Muharram yang lalu, genaplah usia ku 23 tahun, bertambah lagi satu angka dan semoga dengan pertambahan umur,bertambah matanglah fikiran dan sikap ku, dan lumrahnya, dengan bertambahnya umur, maka semakin hampir kematian kepada kita.

Dan pada hari Khamis yang lepas, masyarakat dunia menyambut tahun baru Masihi 2009, sambutan yang tentunya berbeza dengan sambutan tahun baru Hijri. Mengapa? Tepuk dada tanya iman di dalam diri. Sebelum terlupa, beberapa hari sebelum menyambut Awal Muharram, masyarakat Islam di Gaza, Palestin di bedil lagi oleh Israel Laknatullah. Geram, marah, benci, dendam semuanya bercampur baur dalam hati masyarakat Islam bukan sahaja di Gaza malah di seluruh dunia. Kejamnya zionis tidak dapat dinafikan lagi, tapi umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa, hanya boleh mengadakan demonstrasi di jalanan menuntut kebebasan Gaza. Mengapa? Kerana negara Islam lemah secara puratanya, tidak bersatu padu, saling bermusuh. Kenapa kita mesti berpecah? Buang ketepi pegangan mazhab yang berbeza bersatulah hati menentang musuh Islam yang nyata. Hakikatnya, tidak semudah itu, perkara yang telah menjadi kebiasaan mustahil dapat diubah dalam sekelip mata melainkan diizin olehNya.

Aku sendiri pun merasa sakit dan sedih melihat rakyat Gaza merana di negara sendiri. Begitu banyak mangsa yang menjadi korban, lebih tragis kerana mangsa-mangsa zionis itu tidak mengenal usia. Ramai kanak-kanak yang menjadi korban, syahidlah mereka di bumi Palestin. Ya Allah, sesungguhnya aku pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan menadah tangan dan berdoa padaMu, rahmatilah Palestin, selamatkanlah Palestin dan turunkanlah azab seksaMu kepada Israel Laknatullah.Amin...

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~