Monday, January 12, 2009

10 Kunci Persahabatan yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup kita, kita punya ramai sekali kawan, teman, sahabat. Tak kira apa sahaja istilah yang digunakan, ia tetap merujuk pada seseorang yang kita kenali, bezanya hanya serapat mana kita mengenali orang itu. Adat dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi tergigit, begitu juga dengan hubungan persahabatan yang pasti ada naik turunnya, ada cerah dan mendungnya, ada manis dan pahitnya, namun apa yang penting ialah sejauh mana usaha kita untuk mempertahankan persahabatan yang terjalin daripada terlerai begitu sahaja.

Kita selalu inginkan kesempurnaan pada diri kawan-kawan kita, tapi adakah kita cukup sempurna untuk mereka? Fikir-fikirkanlah. Di sini, aku sertakan 10 kunci persahabatan yang baik. Semoga ungkapan "Friends Forever" adalah satu ungkapan bermakna, bukannya hanya terlafaz di bibir saja.



1)Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai
persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan
dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2)Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik pada orang lain sebagaimana anda
suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati oang lain, orang lain akan menghormati
anda juga.

3)Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan
kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang
baik.

4)Hargai pendapat satu sama lain.

5)Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat
yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6)Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak dapat membaca fikiran anda. Sekiranya ada
sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, khabarkanlah.


7)Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.
Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan anda kepada mereka.
Tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, dan sebagai
balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasaan mereka.

8)Belajar daripada satu sama lain.

9)Jangan mengata di belakang kawan anda.


10)Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Harap, kita sama-sama dapat praktikkan tips yang telah diberikan di atas dalam menjaga hubungan persahabatan kita. Yang penting lakukannya kerana Allah, maksudku ukhwah fillah abadan abada...





0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~