Tuesday, July 8, 2008

@ UKM

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang aku dah masuk minggu kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Minggu lepas orientasi yang sangat memenatkan tapi leh dikatakan best jugak la. Minggu ni dah start kuliah, setakat hari ni, baru 2 kelas yang rasminya bermula, tapi utk subjek yang sama iaitu Sains Bahan. Jujurnya, aku kehilangan mood untuk belajar subjek ni sebab aku dah mengambilnya masa diploma dulu. Masih sedih sebab xdapat transfer kredit dan terpaksa berjuang selama 4 tahun kat sini.

Aku jeles dengan classmates aku yang dulu, diorg sume dpt transfer kredit dan pendekkan masa belajar selama 3 tahun. Aku masih berharap dan berdoa ada kelonggaran dan keistimewaan yang akan diberikan kepada pelajar diploma mcm aku kat universiti ternama ni. Amin... Aku menaip blog ni dari CC di kolej Za'ba, tempat kediaman aku sekarang. Hari ni juz ade satu kelas sahaja start kul 8.00 till 10.00 pagi. Now is relax time...

Aku sebenarnya kecewa teramat sangat dengan layanan yang diberikan untuk pelajar diploma. Kami seolah-olah x ade value langsung apabila pensyarah banyak menekankan yang masuk ke ijazah ini adalah lepasan dari matriks dan stpm. Aku tahu bilangan budak diploma xramai, tapi xsalahkan jika diberi penghargaan sedikit. Aku juga agak terkilan bila, salah sorg prof yang juga ketua jabatan di fakulti kejuruteraan, meminta kami tukar universiti jika nak sangat transfer kredit, satu pernyataan yang sangat kejam.

Ikut hati aku, nak je aku jawab, aku langsung xingin dtg ke ukm, aku lebih ingin pergi ke ump. walaupun xternama, tapi itulah tempat yang aku nak sangat pergi. Di sana penuh dengan kejuruteraan, transfer kredit pun mudah, dan aku pasti peraturannya tidak seketat dan mengarut seperti di ukm. Ukm menggubal segala peraturan baru hanya untuk menjaga prestij dan kualiti mereka tanpa mengambil kira perasaan para pelajar. Apa gune sume tu jika pelajar tertekan? Fikirkan...

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~