Tuesday, July 29, 2008

AL-FATIHAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, 28.7.2008, aku dikejutkan dengan berita pemergian mak lang tersayang disebabkan kemalangan jalan raya. Kancil vs Volvo kalau xsilap. Sangat sedih sebab xdapat nak jumpa mak lang buat kali terakhir. Sangat terkejut kerana pemergiannya secara tiba-tiba. Lepas dapat berita semalam, aku terkedu, teringat balik detik-detik yang pernah aku lalui dengan mak lang. Begitu cepat masa berlalu, akhirnya mak lang pergi tinggalkan kami semua.

Aku teringatkan dua orang adik sepupu aku, Anis dan Adam, masing-masing 7 dan 5 tahun. Masih terlalu mentah untuk diorg mengerti kehilangan seorang ibu. Masih terlalu kecil untuk menerima hakikat ibu tercinta sudah tiada. Tidak disangka, kepulangan mak lang ke Terengganu kerana bertukar tempat kerja merupakan kepulangan abadi. Sebagai anak saudara yang agak rapat dengan mak lang, aku menangisi pemergian mak lang. Semalam pun, bengkak mata ni mengeluarkan air mata kerana mengenangkan sebuah pemergian yang tiada kepulangan.

Semoga mak lang tenang dan aman di sana. Ya Allah, tempatkanlah mak langku di kalangan hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh, cucurilah rahmat ke atasnya....Aminn...

Al-Fatihah untuk arwah Zabana binti Md.Yasin (mak lang)...

1 comments:

Salsabila said...

al-fatihah.semoga tabah menghadapi dugaan ini

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~