Bismillahirrahmanirrahim...
Agak lama aku tinggalkan dunia blogging ni sebab sibuk di UKM. Tapi, hari ni alhamdulillah, jadual dah dapat complete sepenuhnya. Dan kebanyakkan kelas aku habis dalam kul 11 pagi & 1 tengah hari. Sekarang ni pun ,aku kat cc kolej za'ba, laptop masih xbawak lagi, so terpaksa la menumpang taip di sini.
Minggu ni masuk minggu ketiga aku kt UKM. Alhamdulillah, aku makin menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Kawan-kawan, kuliah, semuanya ok je. Tapi tak bermakna rungutan aku sebelum ni perlu dilupakan, tidak sama sekali. Ia masih relevan untuk difikirkan. Sekarang ni 2nd week belajar, kire ok lah. Xde masalah lagi setakat ini. Assignment pun dah ade, tutorial, presentation, sumenya dah ade. Juz kuiz dan test belum dilakukan lagi. Maybe next week.
Hanya 2 perkara yang menjadi masalah bagi aku sekarang, lambakan masa lapang dan juga masalah kewangan. Memang best ada waktu lapang @ masa senggang yang banyak, tapi kadang2 merisaukan gak sebab xtahu nak watpe. Hari minggu terutamanya, aku ade kelas pada hari sabtu 8-11 pagi. Lepas tu, dah xde aktiviti nak buat. Sampailah hari ahad. Takkan nak duk bilik je mengadap kipas berpusing, leh jadi gile dibuatnya. If mak lang aku duk kt KL lagi, wajib aku balik duk umah mak cik aku tu. Tapi, since dia dah pindah ke Ganu, kne la duk kt bilik. Nak g jalan-jalan, aku lum fasih lagi jalan kt sini, lagipun nak kuor dengan sape? Xde kawan...
Em, masalah kedua ni besar la gak, kewangan. Aku selalu runsing pk pasal masalah duit ni, aku memang x buat pinjaman ptptn, juz waiting for the jpa biasiswa. Harap aku dapat, Amiinn... Aku belajar untuk tidak membazir & boros, belajar untuk tahan makan. Hari ni pun aku masuk cc sebab nak hantar emel kat mentor aku. Kalau x, xde la aku nak masuk cc ni. Kena pandai2 bajet dan save duit. Aku bukan anak orang senang. Aku kena pk pasal ma & adik2 lagi kat kampung. Kalau berkemampuan sekali pun, aku still xleh nak habiskan duit sewenang-wenangnya kan? So, kenalah bersabar dan kawal diri.
Em, cukuplah setakat ni dulu kot coretan kali ini. Bila dah dapat laptop nanti, leh la aku taip blog hari-hari macam sebelum ni. Aku harap dan berdoa aku akan makin cepat dapat menyesuaikan diri, menyelesakan diri, dan rasa best untuk tinggal di UKM ni. Amin...
1 comments:
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..semoga terus kuat dalam perjuangan~ :) jg diri, jg iman..
Post a Comment