Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu ni, aku berjaya mengikuti dua kem berbeza yang diadakan di tempat yang same iaitu di Sungai Congkak. Kem pertama,anjuran ISIUKM, Kem Kembara Al-Bana namenye, sangat-sangat menyeronokkan sebab dapat tambah kenalan dan dapat banyak input dalam usaha diri ini menjadi daie. Aktiviti yang dijalankan yang paling best bagi aku sudah tentu lah aktiviti mengharung Sungai Congkak, best sangat, sampai rase tak cukup, kalau boleh nak buat sekali lagi,hehe...Apa yang dapat kusimpulkan dari program Kembara Al-Bana ni ialah, bukan senang nak jadi pendakwah, diri kita kena berilmu, kena jadi contoh terlebih dahulu, baru boleh berdakwah kepada mad'u kita. Method dakwah sendiri terbahagi kepada empat iaitu, daie(kita), mad'u (mereka disekeliling kita), maudhu'(topik yang nak kita sampaikan) dan uslub(cara berdakwah). Nak berdakwah ni kena berhikmah dan kreatif, supaya orang yang menjadi sasaran kita tertarik dengan apa yang kita nak sampaikan...itu kesimpulan untuk kem pertama ni...
Kem kedua lak adalah anjuran jabatan aku sendiri iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan(JKMB), yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar tahun satu yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jujurnya, ini adalah kem yang paling sempoi dan paling best pernah aku sertai, tak perlu rushing dan sangat-sangat selesa. Aktiviti yang paling disukai mestilah jungle trekking n mandi sungai (even aku xmandi pun) sebab aku memang meminati aktiviti lasak ni walaupun keadaan tak mengizinkan disebabkan penyakit asma yang aku hidapi,tapi aku harungi jua,hehe...Yang bestnya, dalam jungle trekking tu, de la aktiviti sembelihan yang mana, kitorg kena sembelih ayam n masak dalam buluh, sangat-sangat best dan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Antara aktiviti lain macam besa la, ceramah motivasi dan LDK selain ceramah dari pihak BTN. Dari kem ni, aku nampak gak la tip-tip untuk survive hidup kat UKM ni dan macam mana nak menghadapi cabaran masa degree ni...
Harap, pada masa akan datang, aku boleh lagi pergi ke Sungai Congkak, maybe bukan dengan menyertai kem tapi untuk berkelah semata-mata...InsyaAllah... Banyak pengalaman, membuka dan mematangkan minda. Wallahua'lam...
Tuesday, March 24, 2009
Thursday, March 19, 2009
Irama Untukku...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dah lama aku nak nukilkan lagu Renungan Terakhir nyanyian Nora kat sini. Memang kena dengan aku lagu ni...
Dah lama aku nak nukilkan lagu Renungan Terakhir nyanyian Nora kat sini. Memang kena dengan aku lagu ni...
Renungan Terakhir (Nora)
Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku disini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini mungkin yang terakhir
Dan tak usah kita kesali atas apa yang terjadi
Banyaknya pengorbanan telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkan ku, kiranya mengganggu ketenangan
Dalam hidupmu yang tak perlu kehadiranku
Dugaan...Inikah dugaan untukku
Hujungnya tak seindah mimpi hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu, mudahnya berlalu
Mengapa begitu berubah laku
Aku menerima salam perpisahan segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu denganmu
Ku sangka berpanjangan, panas hingga ke petang
Tiba mendung menjelma, tak seperti yang ku harapkan
Kini mengertilah aku tak perlu menunggu
Biarkanlah kau dan caramu aku dengan cara hidupku...
Teringat aku tentang satu sms yang pernah seorang teman kirimkan, lebih kurang berbunyi "...kadang-kadang kita ingat kehadiran kita membuatkan dia gembira, tetapi sebenarnya kita membuatkan dia rasa lebih susah...", macam tu la kot...entahlah,manusia ni terlalu sukar untuk dimengerti, kita pun kadang-kadang keliru dengan diri sendiri,kan...huhuhu...
Melawan Kesepian
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,dapat lagi ku coretkan sepatah dua kata setelah hampir beberapa minggu membisu tanpa bicara lantaran kerana laptop ku bermasalah dan juga perkhidmatan wireless yang tidak menentu kelancarannya. Berkenaan tajuk di berikan, mungkin sangat sesuai pada diri aku saat ini. Aku sememangnya sunyi sejak kali pertama aku melangkah masuk ke UKM, sunyi kerana tiada kehadiran kawan di sisi, kawan-kawan yang sebaya. Aku totally alone di bumi UKM ini, tapi aku tak lemah semangat,aku kuatkan harapan,motivasikan diri sebanyak mungkin agar aku selesa untuk meneruskan perjalanan hidupku di bumi UKM tercinta ini.
Tapi,adat kehidupan, langit tak selalu cerah, dugaan demi dugaan datang silih berganti, dari sekecil-kecil dan seremeh-remeh perkara, hinggalah ke sebesar-besarnya. Entah di mana silapnya, mungkinkah aku terlalu tegas dalam sesuatu perkara? Atau mungkinkah masih tidak dapat meninggalkan zaman keanak-anakkan yang pernah ku lalui suatu masa lalu, kebudak-budakkan kah aku? Tidak matangkah aku? Aku sendiri pun tidak dapat memberi jawapan pasti. Karena hakikatnya, manusia itu terlalu pantas untuk berubah. Kadang-kadang kesunyian ini seakan membunuhku dari dalam, melemahkan aku hingga aku rasa tidak berdaya untuk berdiri kembali. Seakan ingin ku bawa diri ini sendiri jauh dari khalayak ramai, membawa hati luka berdarah ke tempat ianya akan sembuh,tapi ke mana harus ku tuju?
Tiada siapa dapat ku adu luahan rasa hatiku, kekadang sendirian menangis mengenang tiap perkara yang berlaku. Tidak pernah ku pinta semua ini, tapi ianya hadir dengan sendiri. Hanya padaNya ku ceritakan segala lara, hanya Dia yang setia mendengar setiap rengekan ku, sendu tangisku, bisikan hatiku. Aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini sendirian, aku perlukan teman,tapi sejauh mana teman itu berperanan dalam hidupku. Aku hanya boleh sekadar berkongsi cerita, untuk menangis bersama, ego ku terlalu tinggi untuk itu. Aku tidak ingin membiarkan teman-temanku merasai kesedihanku, biarlah aku sahaja yang menanggung kesedihan itu. Mana mungkin ku bisa menangis di depan orang lain sedangkan di depan ibu ku, aku tidak pernah mengeluarkan air mata, kerana tidak ingin ibu ku risau dan bersedih bersama. Cukuplah dengan apa yang ibuku telah lalui sebelum ini. Kematian abah benar-benar membuatku untuk tidak sesekali membiarkan ibuku bersedih lagi.
Ya Ilahi Rabbi, tabahkanlah aku, kuatkanlah aku, sabarkanlah aku, dalam menempuh mehnah dan tribulasi kehidupan ini. Hilangkanlah kesepian dan kesunyian ini. Bahagiakanlah aku dengan setiap detik bersamaMu....Ameen....

Subscribe to:
Posts (Atom)
Friendship
~frenz 4eva~