Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu ni, aku berjaya mengikuti dua kem berbeza yang diadakan di tempat yang same iaitu di Sungai Congkak. Kem pertama,anjuran ISIUKM, Kem Kembara Al-Bana namenye, sangat-sangat menyeronokkan sebab dapat tambah kenalan dan dapat banyak input dalam usaha diri ini menjadi daie. Aktiviti yang dijalankan yang paling best bagi aku sudah tentu lah aktiviti mengharung Sungai Congkak, best sangat, sampai rase tak cukup, kalau boleh nak buat sekali lagi,hehe...Apa yang dapat kusimpulkan dari program Kembara Al-Bana ni ialah, bukan senang nak jadi pendakwah, diri kita kena berilmu, kena jadi contoh terlebih dahulu, baru boleh berdakwah kepada mad'u kita. Method dakwah sendiri terbahagi kepada empat iaitu, daie(kita), mad'u (mereka disekeliling kita), maudhu'(topik yang nak kita sampaikan) dan uslub(cara berdakwah). Nak berdakwah ni kena berhikmah dan kreatif, supaya orang yang menjadi sasaran kita tertarik dengan apa yang kita nak sampaikan...itu kesimpulan untuk kem pertama ni...
Kem kedua lak adalah anjuran jabatan aku sendiri iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan(JKMB), yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar tahun satu yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jujurnya, ini adalah kem yang paling sempoi dan paling best pernah aku sertai, tak perlu rushing dan sangat-sangat selesa. Aktiviti yang paling disukai mestilah jungle trekking n mandi sungai (even aku xmandi pun) sebab aku memang meminati aktiviti lasak ni walaupun keadaan tak mengizinkan disebabkan penyakit asma yang aku hidapi,tapi aku harungi jua,hehe...Yang bestnya, dalam jungle trekking tu, de la aktiviti sembelihan yang mana, kitorg kena sembelih ayam n masak dalam buluh, sangat-sangat best dan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Antara aktiviti lain macam besa la, ceramah motivasi dan LDK selain ceramah dari pihak BTN. Dari kem ni, aku nampak gak la tip-tip untuk survive hidup kat UKM ni dan macam mana nak menghadapi cabaran masa degree ni...
Harap, pada masa akan datang, aku boleh lagi pergi ke Sungai Congkak, maybe bukan dengan menyertai kem tapi untuk berkelah semata-mata...InsyaAllah... Banyak pengalaman, membuka dan mematangkan minda. Wallahua'lam...
0 comments:
Post a Comment