Sunday, January 31, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus Tidak Adil

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai proses pengundian tentunya keputusan dinantikan. Keputusan yang diharap-harap bisa memberi perubahan kepada momentum suara mahasiswa. Tapi sayang, pilihanraya yang sepatutnya adil dan telus, dicemari perkara-perkara yang menyebabkan mahasiswa mengamuk inginkan keadilan dan ketelusan. Apa kata anda kiranya,semasa di kolej-kolej kediaman,dengan pengesahan daripada pengetua-pengetua kolej, calon yang menang adalah dari salah satu parti, tapi apabila diumumkan keputusan rasmi, calon itu tiba-tiba 'dikalahkan' dan kemenangan diberikan kepada calon parti lain.

Apabila mahasiswa mula bertindak, pihak atasan mula memanggil pihak berkuasa yang tak sepatutnya dipanggil. Polis dan FRU datang menyerang kampus UKM kerana bimbang mahasiswa mengganas, walhal yang berlaku adalah sebaliknya. Mahasiswa mengadakan perhimpunan aman untuk membantah keputusan yang diumumkan, mahasiswa masih rasional dan waras dalam melakukan tindakan mereka, tiada aksi-aksi ganas seperti mana dibayangkan oleh pihak atasan. Kedatangan dua pasukan yang dikatakan berkuasa itu memporak perandakan keadaan, mungkin itu yang dinamakan berkuasa agaknya.

Kebangkitan suara mahasiswa tidak berlaku di UKM sahaja, malah di UM dan UPM juga berlaku. Kebangkitan ini disalah ertikan oleh pihak-pihak yang punyai kepentingan, yang takut pada kekalahan dan takut untuk terima kehilangan kuasa mereka di universiti-universiti tempatan. Kenyataan Dato' Seri Khaled Nordin berhubung sikap mahasiswa Pro-M UM sebagai tidak matang menampakkan kredibiliti seorang menteri. Menghukum terus tanpa turun padang membuat siasatan mahupun berbinacang. Lantas rasionalnya di mana? Matangnya di mana?

Untuk GMUKM, bersama-sama kita menanti hari esok (Isnin, 1 Februari 2010) untuk melihat apakah perkembangan tuntutan kita kepada pihak atasan universiti. Bersabar dalam merealisasi mimpi, suara mahasiswa kini kembali. Pilihanraya kampus tahun ini paling menarik pernah dilihat sepanjang dua tahun pengajian di UKM. Syabas Pro-M, syabas GMUKM. Kalah menang adat pertandingan, kalah bermaruah dalam sistem penuh keadilan kita tak kisah tapi kalah dengan penuh penipuan dan penindasan, kita sanggah...Fikir-fikirkan....

Tuesday, January 26, 2010

Pilihanraya Umum Datang Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah,pada hari khamis, 28 Januari 2010, pilihanraya umum bagi pemilihan pelajar untuk menerajui PMUKM akan diadakan di setiap fakulti dan kolej kediaman. Calon-calon yang bertanding di peringkat fakulti (untuk Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina) sudah diketahui. Hanya calon-calon yang bertanding pada peringkat umum masih samar-samar gerangannya.

Tidak kisah sama ada antara kita pro GM mahupun pro Aspirasi, buatlah pilihan dengan bijak, jangan terpengaruh dengan sesuatu yang kita tidak pasti akan kebenarannya. Dan buat calon-calon, ketrampilan anda perkara utama yang diperhati, berkempenlah dengan bijaksana dan hindari daripada politik murahan caci maki dan sebagainya.

ASPIRASI dan GMUKM tidak semuanya sempurna,tidak semuanya elok, pasti ada kekurangannya. Kematangan masing-masing mengatasi kekurangan dengan rasional manifesto-manifesto yang dicanangkan akan menjadi ukuran untuk pengundi-pengundi. Semoga manifestasi yang di war-warkan bukan sekadar omongan, setelah menang, segala janji dilupakan.

Kepada pengundi-pengundi selamat menjalankan kewajipan. Menunggu perubahan dalam arus kepimpinan, mungkinkah terjadi gelombang ungu menguasai kali ini? Fikir-fikirkan...

Tuesday, January 12, 2010

Kembali Menulis

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama tiada entri terbaru untuk blog kesayangan ini, dibiarkan bersawang untuk suatu tempoh yang agak lama (even tak sampai sebulan pun), akhirnya ilham datang mengetuk minda untuk mencoretkan sesuatu di sini. Untuk permulaan tahun baru 2010, yang sudah melangkah hari ke-12 nya pada hari ini, teringin untuk kembali mengimbau nostalgia kehidupan selama 24 tahun menempuhinya. Terutama kenangan ketika menuntut ilmu, memerah otak untuk belajar dan belajar.

Seketika tadi,tangan ini menari-nari di atas keyboard menaip sepotong lirik lagu nasyid yang pernah terjamah dek telinga suatu masa dahulu (mungkin masa sekolah rendah @ sekolah menengah). Alhamdulillah, ketemu jua dengan nasyid yang dicari dan oleh itu, aku ingin berkongsi dengan teman-teman yang sudi datang menjengah ke ruang alam maya ku ini. Kenangan itu terlalu sukar untuk dilupakan, sangat indah untuk diingati kerna ianya bisa menguntum senyuman di bibir ini.

Khas untuk sahabat-sahabat,teman-teman,dan kawan-kawan yang mengenali diri ini bermula dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, SMKA Sheikh Abdul Malek, Kem Latihan Khidmat Negara Semuji, Matriculation Center of IIUM, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) @ UDM dan hinggalah saat sekarang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kehadiran kalian dalam hidup ini sungguh bermakna walaupun hadirnya kalian cuma sementara.

~Kangan banget sama kamu~



Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~