Monday, July 6, 2009

Permulaan Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, bermula semalam, aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Pendeta Za'ba UKM tercinta ini. Dan hari ini, bermulalah tugas ku sebagai pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun dua, dah bergelar senior. Apa yang kuharapkan semoga semester baru ni memberi permulaan yang baik dan memberi harapan baru untuk aku supaya dapat skor pointer yang lebih gemilang,cemerlang,terbilang berbanding pada tahun satu dulu....Ameen...

Untuk semester ni, aku akan mengambil enam subjek; satu wajib fakulti, tiga subjek jabatan, dan dua subjek universiti. Semuanya memberikan jumlah 21 jam kredit. Satu jumlah yang cukup besar dan sudah tentunya mencabar. Hari ni, kelas sudah bermula dengan kelas matematik. Alhamdulillah,untuk semester ini, Dr.Zul yang akan mengajar para pelajar JKMB dan bukannya Dr. Edgar. Bukan menidakkan kemampuan Dr. Edgar, tapi Dr.Zul lebih mudah difahami apabila mengajar...

Hurm, agak pening sebenarnya memikirkan yang aku terpaksa tidak hadir ke kelas untuk hari Khamis dua kali berturut-turut (mungkin juga Jumaat) kerana terlibat dengan majlis konvokesyen di UDM Kampus KUSZA. Minggu ini aku akan balik untuk menghadiri raptai dan mengambil jubah manakal minggu hadapan akan pulang sekali lagi untuk majlis graduasi yang sebenarnya. Letih, penat, pening dan terpaksa habiskan banyak wang, tapi nak tak nak kenalah berkorban...

Setakat ini dulu luahan hati seorang pelajar yang masih keletihan...Wallahua'lam

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~