Thursday, May 21, 2009

Rintihan Seorang Hamba Hina


"Ilahi Rabbi, sesungguhnya aku tidak layak untuk masuk syurgaMu...

Namun, tidak pula aku sanggup untuk masuk dalam nerakaMu...

Kerana itu ya Allah, Engkau ampunilah aku, hambaMu yang hina ini...

Dan tiada lain yang mengampunkan dosa selain Engkau...

sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..."



Kabut hatiku makin menebal lantaran mengenangkan terlalu banyak khilaf yang ku lakukan sepanjang hayat ini berlangsung. Hati sedih menanggung seksa lantaran dosa bergunung tingginya. Ya Allah, aku ingin mati dalam husnul khatimah, aku ingin mati dalam keadaan suci dan bersih sebagaimana aku dilahirkan dahulu. Tapi ya Allah, hati ini dipenuhi noda hitam yang makin kelam dan suram.


Ya Allah, terasa diri ini hina sekali kerana seringkali memungkiri janji dan sumpahku pada Mu. Terasa hina, kerana selalu bertaubat kemudian mengulangi semula dosa itu. Masihkah Engkau menerima aku Ya Rabbul Izzati? Masih layakkah untukku menjadi ahli jannahMu? Kerdilnya diri ini Ya Allah, lemahnya diri ini kerana masih lagi tidak mampu melawan kehendak diri dalam melakukan maksiat kepadaMu. Malunya aku padaMu, Rabbku. Tapi,ku pohon, janganlah Engkau palingkan wajahMu dariku. Jika ianya berlaku, sia-sialah kehidupan aku di muka bumi ini ya Allah...


Ampunilah aku Ya Allah, maafilah aku, dan perkenankanlah taubat hambaMu. Bantulah aku dan kuatkanlah diriku untuk melawan kehendak diri yang bertentangan dengan perintahMu. Makbulkanlah Ya Mujib...

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~