Bismillahirahmanirrahim...
Membacakan tajuk di atas, mungkin ada shbt2 mengatakan aku sudah of date krn msh membincangkan hal yg sudah lapuk, tp bg aku, ini sekadar pandangan peribadi tentang sebuah novel islamik yg berjaya menarik perhatianku yg skrg sudah diadaptasi menjadi filem. Ayat- ayat cinta, novel yg penuh dgn garapan indah karya Habiburrahman El-Shirazy atau lbh dikenali di negara seberang sbg Kang Abik, novel yg satu-satunya menggamit minat aku untuk terus membaca & menghayati apa yg cbe disampaikan oleh penulis tersohor Indonesia ini.
Bagi aku, novel AAC penuh dgn keindahan, motivasi, semangat & pemahaman tentang Islam, ad-dn yg sebenarnya, ia lebih dr sekadar cerita cinta sesama insan, tp lebih merujuk kpd cinta yg lebih universal, cinta kpd persahabatan, tetangga, ilmu, dan cinta yg lbh agung,iaitu cinta kpd Allah Rabb Semesta Alam. Menarik tentang novel ini, apabila dimulakan dgn penceritaan tentang keadaan di Mesir sewaktu musim panas. Aku cuba menghayati watak Fahri yg sgt mementingkan ketepatan masa dlm menuntut ilmu Talaqqinya walaupun panas terik hebat menggila. Ku kagumi smgt juang belajarnya yg tinggi, menambahkan motivasiku untuk menjadi pelajar yg berdedikasi.
Satu demi satu bab diplot & diceritakan dgn begitu menarik, sungguh aku tertawan dgn jalan ceritanya. Kisah Fahri yg tidak pernah surut dikunjungi oleh rasa cinta dari akhowatnya & bagaimana cara dia menangani masalah itu,membuatkan aku hormat kpd dirinya. Bayangkan, satu demi satu surat cinta yg dilayangkan kepadanya, dia membaca & kemudian diberikan kpd Syeikh Utsman, guru Talaqqinya utk di baca, di simpan, & meminta pandangan beliau. Masih adakah lagi pemuda seperti ini dalam dunia masa kini? Ketertibannya menjaga pergaulan dgn akhowat sgtlah sesuai dijadikan contoh teladan utk muda-mudi masa kini. Dan yg paling utama, kisah cintanya dgn Aisha, muslimah dr Jerman mungkin boleh memberi pandangan baru kpd remaja bahawa, cinta yg sebenar antara lelaki & perempuan adalah melalui pernikahan. Walaupun tidak mengharungi musim cinta sebelum nikah, tapi Fahri & Aisha tetap masih boleh menjadi pasangan yg paling romantik & bahagia. Di sini, cuba kite renungkan bersama dakwah yg terselit yg hendak disampaikan oleh Kang Abik dalam AAC ni.
Manakala, AAC versi filem pula tidak menarik sebagaimana novelnya. Maaf andai melukai hati siapa2. Menonton filem AAC ibarat sedang berlari untuk mengejar sesuatu, babak-babak dalam filem tidak dicantumkan dgn baik, yg kdg2 menimbulkan kekeliruan kpd penonton. Filem ini seolah-olah ingin ditamatkan secepatnya,tanpa mengira sama ada penonton memahami keseluruhan cerita ataupun tidak. Dan tidak dinafikan, ada babak-babak yg menyebabkan pembaca setia novel AAC marah krn watak Fahri tidak sebagaimana yg digambarkan di dalam novel, begitu juga dgn Aisha. Ada babak-babak, yg ditokok tambah utk menyedapkan cerita, & ada babak yg rasanya xperlulah diadakan sama sekali. Mungkin pengarah & penerbit mempunyai alasan mereka tersendiri dalam menerbitkan filem AAC ini. Tapi, aku tidak nafikan ada babak-babak yg menarik perhatianku, luluh hati apabila menontonnya, salah satunya, babak Fahri sujud syukur apabila diumumkan terlepas dari tuduhan memperkosa Noura; terasa diri ini sendiri mendapat kemenangan yg besar itu.
Seandainya di beri peluang kedua, mungkin AAC akan digarap lebih cantik & memenuhi kehendak serta keinginan mereka yg telah membaca novel ini & yg telah mengenali watak Fahri & Aisha sebaik-baiknya. Aku mempunyai satu cadangan, jika filem "CINTA", mempunyai versi Indonesia iaitu "LOVE", kenapa tidak, pihak produksi filem di Malaysia cuba mengarahkan filem AAC ini versi Malaysia, sbg salah satu drama @pun filem yg membawa misi ketuhanan & keagamaan. Kita semua sedia maklum, skrg, kebanyakkan drama terutamanya terbitan syarikat Sheila Rusli dan suaminya, Jinggo, byk berkonsepkan keagamaan, dan contoh yg terbaru adalah drama "DEMI MASA" yg mendapat reaksi positif dari masyarakat. Ini hanyalah sebagai cadangan sahaja, dan jika ia dapat direalisasikan, mungkin akan memberi impak baru kepada dunia perfileman tanah air.
Dan sebagai kesimpulannya, aku lebih memilih & menggalakkan shbt2 sekalian utk membaca dahulu novel AAC, menghayati kesempurnaan yg cuba disampaikan dan memahami segala isi cerita sebelum menonton filem AAC. Dgn itu, kalian akan lebih memahami apabila menonton filem itu nanti & dpt membuat perbandingan serta kesimpulan sendiri. Dan kepada peminat karya Kang Abik, cubalah baca karya beliau yg lain seperti Dalam Mihrab Cinta, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra & byk lagi yg berkaitan dgn insan yg mencari cinta berkiblatkan cinta Ilahi, semoga kalian mendapat manfaat dari pembacaan karya-karya pembangun jiwa ini.
Wallahua'lam...
2 comments:
sy pn setuju, filem AAC tidak sehebat karya Habiburrahman
watak yang dipaparkan oleh fahri n aisha juga kurang ke'izzahan' berbanding novel....
w/pn cuba utk memaparkan kisah kasih sayang antara tetangga, tetapi dalam filem AAC, dilihat seperti ikhtilat antara fahri n maria sebelum perkahwinan kurg terjaga....
good writing...=)
keep up a good work!!
syukran jaziilan anon...:)
Post a Comment