Friday, March 13, 2009

Teori Evolusi C.I.N.T.A

Teori Evolusi Cinta
by: Ustaz Hasrizal bin Jamil
editor: ibnulatef




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.
“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.
Keras bunyinya.
Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU
Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.
Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana! Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.
Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang

Saturday, February 28, 2009

Mid-Term Exam

Bismillahirrahmanirrahim

Hurm,agak lama aku berhenti menaip kat blog ni, sumenye gara-gara ketandusan idea + xdak mood untuk mengarang apa-apa. Sedar xsedar dah nak habis dah bulan februari ni, esok dah start masuk bulan mac, kejap je kan masa berlalu. Sepanjang bulan Februari ni, aku kne tempuhi dua exam pertengahan semester. Untuk subjek thermodynamic and jugak subjek elektrik. Alhamdulillah, sudah selamat ku tempuhi kedua-duanya, juz tak tau brape yang aku akan dapat.
Bulan 3 ni lak, ade dua lagi paper yang sedang menunggu, calculus dan jugak mechanics. Aku kne try sehabis baik sem ni utk skor balik pointer and of coz utk tak merisaukan mak aku kat kampung tuh. Kena belajaq rajin-rajin, tak leh malas-malas even dugaan dan godaan banyak sangat kat depan mate. Huhu...

Lagi satu, bulan ni asyik hujan je, lagi la menguji jiwa. al-maklumlah, ujan-ujan ni, syok sangat tidoq, mata pun jadi asik nak tertutup jek, pagi-pagi pun terasa berat je kepala nak diangkat dari bantal, tapi kena gagahkan diri jugak. Yela, kalau bukan aku nak buat untuk diri aku sendiri, sape lagi kan? Hurm, semalam aku terlepas untuk buat solat istikarah and solat hajat disebabkan mata terlalu mengantuk, tak tau la kenapa, sejak dua menjak ni, mata terlalu cepat untuk tido, mungkin sebab aku amik dinner lewat sangat kot,huhu. Dah terlepas peluang untuk solat sunat, rugi betul la...dah la semalam,klu dikira-kira dh nk cukup 7 kali aku wat solat istikarah, lagi la terasa rugi...solat istikarah kan seafdal-afdalnya tujuh kali,ish, xleh jadi ni, malam ni kena wat gak walau mengantuk camne sekalipun...Solat sunat hajat lak, memang kalau boleh tiap-tiap malam digalakkan buat, sebab manusia ni banyak sangat hajatnye dengan Rabbnya...heheh...

Em,mesti de tertanya-tanyakan, aku wat solat istikarah untuk ape,hehe. Jawapannye adelah rahsia. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dgn Dia, Ilahi Rabbi...K lah, xnak mengarut panjang-panjang, lapaq la plak, so nk p bli makan malam. Moral of da story untuk minggu ini, take ur dinner before maghrib prayer...Wallahua'lam...

Saturday, February 14, 2009

Tips for A Special Friendship

FRIENDSHIP : Tips For A Special Relationship

Friendship is a most beautiful thing happened to human being. We all meet some people with whom we never had a kinship, but they become so special in our life that it becomes hard to live without them. Let us see some points we should consider while playing a role in friendship. Many poets have described friendship as one of the most fascinating bond we ever make in our life. It's the most beautiful thing that happens to us.

Friendship is a relation that is entirely based on trust, belief of two friends in each other. We come across many things in our lives, about which we do not tell anything to people near and dear to us, but we freely tell everything to our friends. Many people find good friends but they fail to continue with their friendship, because they do not know their role as a friend.Let us see some important points that we should take care of if we wish to be good friend for someone:

Be a secrete admirer of your friend:
If your friend is good at something then do not praise him/her in his/her presence. Praising a person for what he/she is good, does not improve his/her qualities, but can cause over-confidence to be induced in him/her, which surely will be harmful for your friend. A good friend should never miss an opportunity to praise his/her friend in front of others when he/she is not around.

Don't proved him/her wrong in public:
As it is important not to praise a friend openly in his/her presence, it is also very much important to abstain from proving him/her wrong in front of other people. Take him/her away from the crowd and let him/her know where he/she is wrong. There is no point in proving your friend wrong in other's presence; it will spoil your friend's image in other's view. And additionally your friendship will be in danger.

Try to understand your friend:
It is always important to understand what your friend is worried about or what problems he/she is facing. Always try to understand the situation your friend is in and try to soothe him/her. It is evident that if people are undergoing some problems, they will not speak up their problems to their brothers or sisters, they will instead tell everything to their friends. Let your friend speak up, just listen to him/her and be with him/her until your friend does not come out of frustration.

Pull Your Friend Away From Making Mistakes:
If your friend is doing something wrong, it is your duty to let him/her know it at earliest. Keep in mind; best friend has to play a role of critic if he/she wants his/her friend to stop doing wrong things. But again keep in mind not to show your friends mistakes in front of other people. Sometimes it is important to understand your friend's intentions behind his/her actions and try to analyze situation, then only you should give your opinion.

The Ego Problem:
Never let ego spoil your friendship. It is no reason to be jealous if your friend is not at all able to speak to you and is with someone else, you have to be his/her friend, do not expect word of gratitude from the person you think is your friend. Sometimes there could be a clash between you and your friend, and you both stop talking to each other for some time, it is not at all wrong to speak first and say sorry to your friend, no matter what happens.

Try to Teach Good Things:
If you are a true friend, you should never give your hungry friend a fish, instead, you should teach him/her how to fish, this will give your friend food for lifetime. A good friend will never wish his/her friend to be dependent on someone.

Do Not Interfere:
Most important point that one should take care of is that your friend has his/her own life and you should not interfere in his/her life. You have a right to tell your friend what is good and what is bad, but you do not have a right to make someone do what you wish. Hope this will help you out solve some of your problems you are facing in friendship.


**source : http://www.iluvislam.com**

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~