Monday, April 13, 2009

Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya,merasa juga aku untuk pulang ke kampung halaman walaupun untuk tempoh sekejap cume lantaran persediaan untuk menempuh peperiksaan akhir semester sedang menunggu. Hari Jumaat malam yang lepas, dengan dihantar Syikin ke Hentian Kajang, aku pun pulang ke kampung dengan hati yang penuh girang. Gembira tak terkata bagai anak perantau bertahun lamenye tak kembali ke tanah lahirnya.

Dah balik kampung, memang kompem tak study punye, asyik mengadap tv, melayan adik-adik kesayangan, dan sudah tentu meluangkan masa untuk famili terutama ibu tercinta. Aku tak kisah asalkan hati aku ni gembira dan bahagia. Saat-saat bersama keluarga adalah saat-saat yang paling dinanti, paling dirindui. Hilang sedikit ketegangan dalaman yang melanda diriku saban hari ketika di universiti. Dan kewajipan aku sebagai seorang anak saudara,cucu adalah melawat atuk,nenek,to'ki dan makcik-makcik serta pakcik-pakcik ku,bertanya khabar berita dan mendengar pelbagai cerita. Itu adalah rutinku sekiranya balik ke rumah di bumi Terengganu Darul Iman ini.

Dan, masa berlalu begitu pantas, terkadang terasa belum sempat puas melepaskan rindu di dada kepada insan-insan tercinta, sudah tiba masa untuk pergi dan berangkat pulang ke kampus. InsyaAllah, esok, Selasa, aku akan pulang semula ke UKM pada sebelah malamnya. Semestinya,ia bukanlah suatu perkara yang dinantikan, malah sangat berharap, masa itu tidak akan tiba, tapi, itulah hakikat yang perlu diterima oleh insan bernama manusia. Sesungguhnya masa tak pernah menunggu kita, makin hari,ia makin pantas berlari meninggalkan kita terpinga-pinga.

Pastinya ku rindu dengan gelak tawa adinda-adinda tercinta serta berdampingan dengan bonda yang sangat disayangi sepenuh jiwa. Ilahi Rabbi, lindungilah aku dan ahli keluargaku dari sebarang bencana dan malapetaka yang tidak kami ingini ianya terjadi. Rahmatilah ibuku, adik-adikku, berikanlah kebahagiaan dan kegembiraan jua kemudahan kepada mereka ya Allah. Sesungguhnya,aku sangat dan amat menyintai mereka...Ameen....

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~