Monday, November 24, 2008

Bunuh Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak seminggu ni, heboh cerita mengenai org yg nak bunuh diri di negeriku tercinta, Terengganu Darul Iman. Beberapa hari lepas, akhbar ada menyiarkan berita mengenai seorang gadis yang baru berusia 18 tahun, ingin terjun dari bangunan sebuah hotel yang ada di Kuala Terengganu gara-gara merajuk apabila dimarahi teman lelakinya. Bodoh bukan? Sangat bodoh sebenarnya manusia yang bertindak kerana pengaruh emosi semata-mata, lebih bodoh apabila sanggup mengambil nyawa sendiri. apa tujuan dan faedah yg diperoleh lepas tu? jawapannya, tiada apa, semuanya sia-sia.

Kematian bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah dan tentunya bukanlah jalan yang terbaik untuk menunjukkan pemberontakan kerana yang akan merana diri sendiri, pihak yang satu lagi tidak akan terkesan pun dengan kelakuan anda. jika ya pun, hanya utk sementara. Lemahnya iman seorang hamba yang bernama manusia, tak terbayang andai gadis itu nekad untuk mengambil nyawanya sendiri, di dunia sudah sengsara, di sana, azab yang pedih menanti, dahlah tu, tak dapat bau syurga pulak. Amat dahsyat sekali kan?

Dan semalam, sewaktu menonton buletin utama di tv3, sekali lagi digemparkan tentang seorang isteri, ingin membunuh diri dengan cara yang sama, kerana berlaku pertelingkahan dengan suaminya. Dan, lebih memualkan, apabila ia juga berlaku di negeriku ini, cuma daerah yang berlainan, iaitu di Hulu Terengganu. Dan keadaan itu lebih tragis, kerana wanita itu sememangnya telah menerjunkan dirinya, tapi tindakan pantas seorang anggota penyelamat, berjaya menyelamatkan dia daripada kehilangan nyawa.

Perbezaan cerita di atas hanya wujud pada usia kedua-dua perempuan yang terlibat. Di sini, kita dapat lihat, betapa lemahnya iman seseorang, betapa rapuhnya pegangan agama mereka sehingga merasakan diri mereka lebih layak untuk mengambil nyawa sendiri daripada Pencipta mereka. Mereka seakan-akan ingin keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut harimau. Tidak dapat berfikir dengan waras lantaran hati dikuasai emosi, dikelabui dengan perasaan negatif yang amat sangat. Sememangnya wanita begitu, tapi jika iman masih di dalam dada, pasti mereka dapat berfikir dengan lebih rasional. Semoga Allah mengampuni mereka....

Thursday, November 20, 2008

Erti Bersahabat

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.


Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


*kepada semua teman-teman yang mengenali diri ini, aku mungkin sahabat terbaik, teman yang sempurna, andai ada salah silap, itu kelemahan ku sebagai insan biasa. Semoga persahabatan yang terbina diberkati oleh Yang Esa....Ukhwah fillah abadan abada....

Akhirnya...

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya, dapat jugak aku menaip blog dr bilik ku sendiri
Akhirnya, wireless di dalam bilik dpt dinikmati juga di kolej pendeta za'ba
Dan akhirnya, peperiksaan akhir semester pun dah tamat
Serta akhirnya, berjaya jugak membuat presentation untuk generic skill dengan baik...

Alhamdulillah, aku bersyukur pada rahmat Mu oh Tuhan...
Engkau sentiasa memudahkan, sentiasa menyenangkan segala urusan diri ku...

Mungkin akhirnya yang terakhir, aku akan pulang ke ganu esok, dapat berehat dan jumpa teman-teman dip dlu...

Akhirnya....

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~