Sunday, November 15, 2009

Imej pelajar jurusan agama

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas membaca forum di iluvislam.com yang membincangkan tentang Dituduh Hipokrit: Imej pelajar jurusan agama, aku jadi berminat untuk mengulas mengenai isu ini. Isu yang telah lama timbul secara tidak sedar dan isu yang membuatkanku terkilan dan terus ligat berfikir untuk mencari apa dan kenapa hal ini diperkatakan.

Aku sertakan link forum tersebut dan ingin meminta siapa-siapa yang sudi bertandang ke blog usang ini untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu ini. Mungkin tak sebesar masalah dunia yang melanda, tapi jangan dipandang enteng masalah kecil yang akan memberi impak maksima kepada agama Islam tercinta.

http://www.iluvislam.com/v1//forum/viewthread.php?forum_id=96&thread_id=19282&rowstart=0

2 comments:

Anonymous said...

salam dayah. z xpasti dayah mintak z bg pendapat pasal blog, atau pasal post. z agak, pasal post la ye.
personally, isu ni banyak z dengar. mungkin sebab z sendiri tak pakai tudung labuh, baju plak singkat lah jugak, so z agak terdedah dgn pendapat org2 lain yg bukan berpakaian seperti isu kita ketengahkan ni.
ada yang cakap, dan ada yang z sendiri jumpa, pakai tudung labuh pun, mengilai jugak. tak bersopan sesama perempuan, lebih2 lagi bangsa lain. pakai kopiah pun, tak jujur sesama kawan jugak. wujud tu mmg wujud. tp takkan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. tapi ini realiti.
secara jujur, umum menganggap pelajar jurusan agama sebab ustaz/ustazah kecil. antara orang yg lebih mudah didekati untuk bertanya hal2 agama, sebelum terus bertanya mereka yg lebih arif, spt ustaz@mufti dsb. tapi, bayangkanlah, camne nak tanya, kalau peribadi tak melambangkan ilmu? kurang meyakinkan lah begitu kan? z xberani nak assume yg orang begini belajar jurusan agama kerana terpaksa dsb. tp bg z, kalau xkena pada jiwa n kehendak, baik tak perlu teruskan jurusan tu. bimbang nanti rosak imej ulama di mata awam. culture shock mungkin satu sebab. siapa tahu kan? tapi orang melayu, macam nilah. jadikan orang lain, alasan untuk dia tak buat perkara yang betul.
"orang tu dahla pakai tudung labuh, perangai camtu. kenapa aku yg xpakai tudung labuh tak boleh pulak? mestilah lagi boleh."
so semua ni bagi z, adalah kesedaran diri sendiri. kalau orang brainwash banyak mana pun, empunya badan tak sedar2, xjadi juga. itu jela pendapat z. harap2 boleh diterima. ^__^

Suhaila S. said...

salam..

isu yg mcm ni dh byk dibincangkan n makin hangat dr hari ke hari.. pelajar jurusan agama, semua org expect, itulah yg boleh jd role-model. tapi kenapa perlu point kpd 'jurusan' tu, sedangkan sbnrnya, agama tu hak semua org.. kwajipan yg paling penting dlm hidup. belajar jurusan agama, atau jurusan bukan agama, x bermakna apa2 jika nawaitu kita x seiring dgn apa yg kite involve.

tapi, jika diberi pilihan, tentu sume org nak berkwn dgn si penjual myk wangi, compared to si tukang besi. sume tau, jika kita x dapat myk wangi sekalipun, at least tempiasnya ada jgk lekat bau2 wangi tu kt kita. kat sinilah mainnya peranan budak jurusan agama. jd kalau buat apa2 pun, masih ikut landasan yg ditetapkan, itulah imej sbnr pelajar jurusan agama.

x dpt tidak, memang akan ada suara sumbang yg mempertikaikan,"name je skolah agama, TAPI bla bla bla.. " itu yg patut dielakkan, n dlm masa yg sama, alangkah bahagianya bila dgr ungkapan "bagus betul budak ni, x sgka budak ni bukan budak jurusan agama"..

agama adalah utk dipraktikkan, bukan utk dipelajari semata2.. kita sangka kita bukan yg terbaik, jadi sama2 la kita jadikan hari ni lebih baik dr semalam.. =) krn kita lah umat terbaik..

jgn krn nila setitik, rosak susu sebelanga.. tepuk dada tanya iman, jgn tanya aiman..

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~