Tuesday, November 10, 2009

Selesai Satu Penantian

Bismillahirrahminirrahim...

Alhamdulillah,dipanjatkan syukur tak terhingga buat Rab semesta alam kerana dengan keizinanNya, akhirnya aku bisa selamat menduduki peperiksaan akhir semester untuk sesi Julai 2009/2010. Walaupun bertali arus diasak dengan masalah kesihatan yang tak pernah berpenghujung,namun aku bersyukur kerana Allah kurniakan kekuatan dalam kesakitan untukku kerah saki baki tenaga yang ada menelaah pelajaran.

Tepat 2.30 petang tadi, kertas soalan terakhir telah selamat ditempuh walaupun hasil jawapan yang diberikan tidak begitu memuaskan hati ini. Itulah, siapa suruh study main-main, kan dah kena. Nasib baik masih diberi kemudahan untuk menjawab. Selesai peperiksaan, cuti menjelang dan debaran menunggu keputusan yang bakal diumumkan. Moga-moga keputusan kali ini memberi sinar harapan untuk terus kuntum mekar dalam taman Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM.

11hb ini,aku akan pulang ke Terengganu, dan semestinya kepulangan ini berbeza kerana ibu tiada bersama menyambut kepulanganku sebagaimana kebiasaannya. Pemergian ibu ke Baitullah Al-Haram untuk menunaikan rukun Islam kelima ku iringi dengan doa, semoga ibu dan mak longku selamat tiba,selamat pulang dan semoga mendapat haji yang mabrur. Ameen.

Jadi kepulangan aku kali ini, kenalah memainkan peranan sebagai seorang ketua kepada adik-adik dan semestinya kena menjaga kebajikan adik-adik aku. Walaupun mereka bertiga dah besar panjang (lebih besar dari aku), tapi sebagai anak sulong, aku tetap merasakan tanggungjawab itu. Adik perempuanku (ateh) akan menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi,jadi menjadi tugas aku untuk menghantarnya pergi dan menjemputnya pulang selepas peperiksaan. Untuk kerja-kerja rumah, kami akan bahagikan tugas seperti biasa, dan bab memasak, serahkan saja pada dua orang chef yang ada dekat rumah (siapa lagi kalau bukan ateh dan ami,hehe).

Apa yang sedihnya, dahlah tak dapat hantar ibuku ke lapangan terbang, masa kepulangan ibu pun, aku dah kena berada di UKM terchenta ni. Haru sungguh, ada chance untuk memonteng nampak gayanya sem depan. Apa-apa pun, tengok pada keadaan dulu.

"Ya Allah, selamatkanlah ibuku,terimalah dia sebagai tetamuMu, permudahkanlah urusan dia di sana, lindungilah, redhailah dan berkatilah ibuku. Kurniakanlah kepadanya haji yang mabrur. Pertemukanlah aku dengan ibuku tatkala ibu pulang semula ke sini Ya Rahim..."Ameen...

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~