Bismillahirrahmanirrahim...
Mendung cuaca di pagi Jumaat yang penuh berkat, kemudiannya diiringi hujan renyai-renyai bagaikan mengerti kesedihan yang melanda hati ini dan seluruh keluarga. Pagi Jumaat ini menghadirkan berita yang sangat tidak diingini ianya disampaikan, namun siapalah kita untuk melawan kehendak dan takdirNya. Lebih kurang pukul 8 pagi tadi, pakcik saya disebelah mak, yang mesra disapa 'Lek' pergi meninggalkan kami semua untuk bertemu dengan Pemilik asalnya. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Lek pergi setelah seminggu terlantar di hospital lantaran kemalangan yang terjadi.
Saya sedih kerana tidak sempat untuk melihat Lek buat kali terakhir kerana beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat nanti. Saya sedih kerana saya antara anak saudara yang rapat dengan Lek, yang banyak belajar dengan Lek mengenai selok belok komputer, Lek selalu mengajak saya kalau mahu ke mana-mana. Lek pergi meninggalkan isteri dan 5 orang cahaya mata. Yang paling bongsu, baru sahaja menjengah ke dunia ini, ummi (panggilan kami untuk isteri Lek) masih dalam pantang saat ini. Sungguh saya tambah sedih apabila memikirkan nasib adik-adik sepupu saya yang masih kecil dalam menerima kehilangan insan yang sangat penting dalam hidup mereka.
Al-Fatihah untuk pakcikku, Azha Md.Yasin, semoga Lek tenang di sana dan semoga roh Lek dicucuri rahmat oleh Yang Esa. Kami pasti merinduimu...
Showing posts with label Famili. Show all posts

Friday, March 11, 2011
Thursday, March 3, 2011
Langit Mendung
Bismillahirrahmanirrahim....
Terasa berat sekali kaki ini melangkah tatkala mendapat berita pakcik yang mesra disapa Lek mengalami kemalangan hingga mengakibatkan beliau perlu dibedah untuk membuang darah beku di kepala. Setelah sekian lama, akhirnya keluarga besar kami diuji lagi. Sungguh aku risau kerana tidak ingin perkara yang pernah berlaku sewaktu aku masih di tahun satu berulang. Kehilangan makcik yang sangat rapat begitu memberi kesan kepada diriku. Terasa tidak ingin lagi kehilangan saudara yang akrab kerana kepedihannya begitu pilu untuk diperkatakan.
Ku harapkan teman-teman sama-sama doakan semoga pakcikku cepat sembuh dan kembali sehat seperti sediakala.

Saturday, January 8, 2011
Selamat Ulang Tahun
Bismillahirrahmanirrahim...
8 Januari 2011, genap adinda bongsuku 17 tahun. Ahmad Fahmi nama diberi, kelahirannya satu anugerah kepada diriku waktu itu yang sangat inginkan seorang bayi hadir dalam rumah kami. Allah mendengar bisikan kecil hatiku dan dia dilahirkan pada tarikh yang sama tahun 1994.
Dia adalah teman baikku, teman aku bergaduh, teman memasak, teman dalam english speaking dan teman dalam segala hal. Dia seorang yang kuat, tabah, ceria, sukakan kanak-kanak dan suka mencuba perkara baru yang berfaedah dan sudah pasti, dia seorang jaguh dalam memasak mengalahkan alongnya sendiri, hehehe.
Seorang yang pandai cuma malas nak belajar, seorang yang pendiam dan pemalu lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali, tapi sangat talkative bila dia menyenangi seseorang. Seorang yang suka mengusik lebih-lebih lagi along, ateh dan juga adik-adik sepupu.
Seorang yang agak demand dalam semua hal, sukakan barang yang branded dan mahal (dalam lingkungan rm50 ke atas). Tapi, still, dia seorang yang cute and adorable serta disenangi oleh semua orang disekelilingnya. Bahkan menjadi kesayangan guru-guru ketika di sekolah. Satu perkara lagi, dia sangat gilakan bahasa inggeris dan bercita-cita untuk mengambil jurusan TESL apabila habis spm nanti. Aku tabik dengan dia sebab dia punya vocab lagi banyak dari aku,huhuhu...
Anyway, to my dearest brother, Ahmad Fahmi Ramli, selamat hari lahir yang ke 17 tahun. Semoga kamu beroleh apa yang kamu inginkan dalam kehidupan, gembira dan ceria selalu, dirahmati,dilindungi, diberkati oleh Allah s.w.t dan satu benda yang penting, semoga cepat-cepat turun berat badan, ;). Finally, hope you will score the flying colors results in coming SPM.
I am grateful of having you as my brother and I am really proud of what you have done to our family. Thanks for always cheer me up when I was down and thanks for everything. ^_^. Love u.

| Ahmad Fahmi Ramli @ Ami |
| With his gang, Ateh |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Friendship
~frenz 4eva~