Saturday, April 2, 2011

Latihan Industri



Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 2/5 akan datang,insyaAllah saya akan menjalani latihan industri @ praktikal di DRB HICOM, Peramu,Pekan,Pahang. Sedikit kerisauan kerana, saya satu-satunya perempuan yang mendapat tempat di sana, dan kemungkinan satu-satunya pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang akan membuat praktikal di sana. Ketiadaan teman sedikit sebanyak membuat hati dan diri gusar ditambah dengan persoalan di manakah saya akan tinggal, bagaimana ingin ke tempat praktikal. Semua itu bermain-main di kepala.

Jadi, saya mohon bantuan kepada sesiapa yang membaca blog ini, sekiranya anda orang Pekan, Pahang ataupun bekerja di DRB HICOM, sudilah kiranya anda membantu saya untuk berkongsi sebarang maklumat tentang bagaimana caranya saya boleh dapatkan tempat untuk tinggal dan bagaimana sebenarnya corak kerja di DRB HICOM itu sendiri. Sesungguhnya saya sangat perlukan bantuan dari anda dan anda serta anda. Terima kasih.


*gambar diambil dari : http://www.drb-hicom.com/cms/SolutionPages/Home.aspx?ContentID=ef1e8a86-4679-462f-9d33-1fb72d3c8940

5 comments:

Anonymous said...

dh abis practical ke? cmne keje kat sana ok? aku practical kat sana bln 6 thn dpn.bleh tau DRB hicom sana buat ape?

-hafiz-

Anonymous said...

macam mane nak apply pratikal kt sane..saya nk apply tuk bln9 nie?plz share..tq

nHfRa86 said...

salam, sorry guys for really late reply... sebenarnya sy xjadi buat praktikal di DRB HICOM sbb masalah kewangan dan juga tempat tinggal...
yg sy tahu, DRB HICOM di Pekan buat assembly untuk kereta2 oversea...
Dan utk apply pula, sy gunakan sistem yg terdapat di ukm khas utk latihan industri... mungkin awk boleh berhubung terus dgn HR company tersebut untuk lebih senang berurusan... maaf xdpt byk bantu...

Unknown said...

Awk wt prktikal kt drb hicom ke?cm ne erk awk apply?

Anonymous said...

ada elaun ke internship kat sana

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~