Friday, April 8, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan olehNya untuk menghadirkan diri ke masjid bagi menyertai program solat hajat dan ceramah bersempena dengan peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi. Dalam slot ceramah/tazkirah, disentuh mengenai bagaimana ingin menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari. Ceramah/tazkirah ini disampaikan oleh Al-Fadhil Sheikh Abdul Kareem Fathoni, imam di salah sebuah masjid di Shah Alam (kalau xsilap) usai selepas solat hajat dan bacaan Yasin.

Ustaz memberitahu bahawa membaca Al-Quran ini sebenarnya tidak susah, senang sahaja, cuma,perlu rajinkan diri dan perlu kuat untuk melawan godaan syaitan yang sentiasa tidak jemu untuk melalaikan umat manusia. Al-Quran merupakan penghibur sebenar yang bukan bersifat sementara seperti mana lagu-lagu yang sering kita dengar. Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan seharian adalah:

a) Jika susah nak tidur, berwudhu' kemudian baca Al-Quran
b) Apabila bosan membaca buku semasa menelaah pelajaran, berehat seketika dengan membaca Al_Quran
c) Saat hati merasa celaru, resah dan gelisah, tenangkanlah ia dengan membaca @ mendengar ayat-ayat suci Al-Furqan ini

Ustaz juga berpesan, sekiranya kita boleh mengeluarkan duit untuk membeli cd-cd lagu mahupun nasyid, kenapa tidak, luangkan sedikit duit untuk membeli cd-cd bacaan Al-Quran oleh Imam-imam yang terkenal. Pastinya ia bukanlah suatu pelaburan yang merugikan. Bercerita mengenai Imam Al-Ghazali yang pernah bertanya kepada guru beliau, bagaimana untuk mudah hafal ilmu yang dipelajari? Guru beliau menjawab, dengan menjauhkan diri dan hati dari fitnah dan maksiat. Dari membuang masa mengumpat, bergosip, menabur fitnah, adalah lebih baik masa yang ada dihabiskan dengan membaca ayat-ayat suci dari Allah supaya bergetar rasa hati dan tenang jiwa.

Sebelum mengakhiri ceramah/tazkirah tersebut, Ustaz Karim menasihatkan para pelajar supaya hidupkan diri dengan membaca Al-Quran, berzikrullah, ikhlas dan juga berkasih sayang sesama teman-teman seperjuangan dalam menuju cinta Allah yang satu. Wallahua'lam.

* Bacalah Al-Quran walaupun hanya 10 ayat sehari. Itulah yang akan membantu menerangi kubur kita kelak. :)

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~