Saturday, November 17, 2012

Bekerja Akhirnya



Bismillahirrahmanirrahim...

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Ilahi atas kurniaan rezekiNya yang tidak terduga kepada diri ini. Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya saya diterima untuk bekerja di Mecip Global Engineers sebagai Content Production Consultant Trainee bermula 11 November yang lepas. Walaupun ianya hanya bersifat kontrak selama 3 bulan yang akan berakhir pada 11 Februari 2013, saya akan menggunkan peluang yang diberikan untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan lebih-lebih lagi posisi yang ditawarkan hanya berkait minor sahaja dengan kos yang saya ambil di universiti. Harap dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan, ketabahan dan kecekalan untuk memberi yang terbaik kepada apa yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan.

Menerima tawaran kerja di Mecip bermakna saya harus berjauhan sekali lagi dengan keluarga, cuma untuk kali ini tidak terlalu jauh, hanya berselang 2 daerah sahaja (Marang dan Dungun). Untuk peringkat awal kehidupan sebagai seorang pekerja di bumi Kerteh ini, saya menumpang tinggal dengan bapa saudara sambil berusaha mencari rumah atau bilik yang bersesuaian untuk disewa. Bagi saya inilah saatnya untuk betul-betul berdikari di atas kebolehan dan kudrat sendiri. Ianya suatu pengalaman yang menarik walaupun terasa janggal pada awalnya kerana tinggal di rumah orang jauh bezanya dengan tinggal di rumah sendiri walaupun bersaudara. Kejanggalan itu pasti akan ada. Saya masih belajar untuk menyesuaikan diri dan jujurnya saya katakan, saya selesa dengan pilihan saya sendiri, dengan gaya hidup saya selama ini.


Kepada pembaca blog ini (jika ada,hehe) seandainya anda semua mempunyai info tentang rumah atau bilik sewa di kawasan Kerteh ini, terutamanya di Bandar Baru Kerteh, bolehlah memberitahu saya di ruangan komen untuk post ini. Pertolongan dari anda saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian dulu untuk post pada kali ini. Wish me luck guys ^_^

0 comments:

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~