Bismillahirrahmanirrahim...
Sekarang,kita telahpun berada pada fasa terakhir Ramadhan iaitu 10 malam terakhir. Di antara 10 malam ini, ada satu malam yang telah terpilih menjadi malam 1000 bulan, malam yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan yang pastinya tiada tandingan. Semuanya maklum, itulah Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, sebagaimana termaktub dalam Surah Al-Qadar.
Sinonimnya dengan masyarakat kita, 10 malam terawal, semuanya sibuk dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah tetapi ironinya, pada malam 10 terakhir yang terkandung didalamnya malam terpilih, kita sudah kehilangan semangat untuk beribadat, digantikan dengan semangat berkobar-kobar untuk menyambut Aidilfitri. Alangkah suatu kerugian yang besar,andaikata kita terlepas peluang untuk menghidupkan malam-malam akhir ini, bertambah rugi sekiranya Lailatul Qadar tidak kita usaha untuk cari kerana Ramadhan yang akan datang belum tentu kita temui.
Sesungguhnya malam Al-Qadar itu rahsia Allah untuk hambaNya yang benar-benar beriman, yang bersungguh-sungguh melakukan segala sesuatu hanya untuk mendapatkan mghfirah dan keberkatanNya. Tidak diketahui dengan tepat, bilakah sebenanrnya malam terpilih itu. Untuk Ramadhan kali ini, aku tidak menegaskan ianya tepat,tapi instinct ku dan pendapat beberapa teman di iluvislam.com menambahkan sokongan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam semalam iaitu malam ke 21 Ramadhan. Mungkin benar dan mungkin tidak,wallahua'lam.
Seandainya benar semalam adalah malamnya, sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang rugi kerana tidak kuat untuk bermujahadah melawan rasa ngantuk dan keinginan untuk tidur untuk beribadat dan bertaqarrub pada Rabbku. Dan sekiranya benar Lailatul Qadar berlaku pada malam semalam, sesungguhnya ianya waktu yang sangat-sangat sesuai, kerana berlaku pada malam ganjil dan malam Jumaat.Subhanallah...
Tapi hakikat yang sebenar masih menjadi milik rahsia Allah. Teruskanlah beribadat pada baki malam yang ada, tanda kita meraikan Ramadhan yang hampir pergi.Ramadhan akan datang belum tentu kita berpeluang untuk merasainya lagi,oleh itu,hargailah kesempatan yang Allah pinjamkan kita untuk masa ini. Peringatan untuk teman-teman dan juga diri hina ini,semoga terus beristiqamah dalam menghidupkan malam-malam yang masih berbaki di bulan penuh keberkatan ini. Terasa tersayat hati ini mengenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi,terlalu cepat rasanya masa berputar, Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya.
Ya Allah,jadikanlah aku sebagaimana golongan para sahabat yang mana mereka menangisi pemergian Ramadhan. Jadikanlah aku insan yang merasa hiba untuk bepisah dengan Ramadhan kerana bimbang tidak berpeluang untuk bertemunya lagi pada masa yang akan datang....Ameen...
0 comments:
Post a Comment