Pesanan dari seorang sahabat sejati:
"Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati."
"Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri."
"Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka."
"Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini.Sepanjang usiaku yang semakin tua,semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati.Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit."
"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki,hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya.Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran."
"Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai.Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim."
"Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat.Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk."
"Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini.Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu."
"Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya."
"Berpisah dengannya bererti beristirehat.Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya.Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap."
"Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan.Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit."
"Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji.Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia.Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini."
*Masih mencari sahabat sejati, mungkinkah ketemu suatu hari nanti?
1 comments:
SELAMAT HARI RAYA
Post a Comment