Thursday, January 8, 2009

Selamat Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ni, 8 Januari 2009, genaplah 15 tahun usia adik bongsu ku, Ahmad Fahmi bin Ramli. Dan pada tahun ini juga dia akan menempuh peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR). Ami, panggilan manjanya, adalah seorang adik yang cukup tabah, cukup matang dan sangat-sangat boleh di harap. Title anak bongsu yang dipegang, tidak membuatkan dia manja walaupun dia seorang yang agak high taste.



Sememangnya, aku sangat rapat dengan adik bongsu ku ini. Kami sering berdebat tentang suatu isu, dan tidak dinafikan kadang-kadang dia menjadi seorang yang banyak cakap dan suka membebel mengalahkan alongnya. Tapi, jika di depan orang yang tidak dikenalinya ataupun yang dia tidak biasa, sifat malunya dan pendiamnya akan timbul. Serupa dengan alongnya juga. Dan memang tidak dinafikan, dia ingin menyaingi ku dalam bidang pelajaran. Aku gembira kerana berjaya menaikkan semangatnya untuk belajar lebih tekun.



Keistimewaan Ami? Dia pandai memasak, tidak mudah marah, banyak bersabar dan seorang yang cukup kuat dan tabah. Dia sukakan kanak-kanak, suka melayan karenah mereka. Dia istimewa. Adik-adikku (angah, ateh, ami) semuanya istimewa, merekalah pembakar semangatku dan sumber kekuatanku dan ibuku. Aku doakan mereka berjaya sentiasa dan bahagia. Semoga ikatan adik beradik kami tetap utuh walau dimakan masa.Amiin...Sekali lagi, happy birthday my sweet little brother, Ami...

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada teman-teman yang mengunjungi blog ini. Pada 29 Disember 2008 yang lepas, iaitu hari Isnin, kita menyambut tahun baru Islam, Awal Muharram. Sekarang kita dah berada pada tahun 1430 Hijrah dan pada 2 Muharram yang lalu, genaplah usia ku 23 tahun, bertambah lagi satu angka dan semoga dengan pertambahan umur,bertambah matanglah fikiran dan sikap ku, dan lumrahnya, dengan bertambahnya umur, maka semakin hampir kematian kepada kita.

Dan pada hari Khamis yang lepas, masyarakat dunia menyambut tahun baru Masihi 2009, sambutan yang tentunya berbeza dengan sambutan tahun baru Hijri. Mengapa? Tepuk dada tanya iman di dalam diri. Sebelum terlupa, beberapa hari sebelum menyambut Awal Muharram, masyarakat Islam di Gaza, Palestin di bedil lagi oleh Israel Laknatullah. Geram, marah, benci, dendam semuanya bercampur baur dalam hati masyarakat Islam bukan sahaja di Gaza malah di seluruh dunia. Kejamnya zionis tidak dapat dinafikan lagi, tapi umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa, hanya boleh mengadakan demonstrasi di jalanan menuntut kebebasan Gaza. Mengapa? Kerana negara Islam lemah secara puratanya, tidak bersatu padu, saling bermusuh. Kenapa kita mesti berpecah? Buang ketepi pegangan mazhab yang berbeza bersatulah hati menentang musuh Islam yang nyata. Hakikatnya, tidak semudah itu, perkara yang telah menjadi kebiasaan mustahil dapat diubah dalam sekelip mata melainkan diizin olehNya.

Aku sendiri pun merasa sakit dan sedih melihat rakyat Gaza merana di negara sendiri. Begitu banyak mangsa yang menjadi korban, lebih tragis kerana mangsa-mangsa zionis itu tidak mengenal usia. Ramai kanak-kanak yang menjadi korban, syahidlah mereka di bumi Palestin. Ya Allah, sesungguhnya aku pun tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan menadah tangan dan berdoa padaMu, rahmatilah Palestin, selamatkanlah Palestin dan turunkanlah azab seksaMu kepada Israel Laknatullah.Amin...

Sunday, December 7, 2008

Unknown Topic

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku makin ketandusan idea untuk mencoretkan sesuatu pada blog ku ini, isu apa ingin kusentuh aku pun tidak tahu. seolah-olah otak sudah tidak ligat lg untuk berfikir dan mengeluarkan fikiran bernasnya.

Em, memandangkan hari ini adalah hari wukuf di Arafah, sama-sama la kita panjatkan doa ke hadratNya. Menurut satu mesej yang aku terima, waktu kemuncak doa adalah antara pukul 5.09pm - 10.38pm...berdoalah untuk kesejahteraan kita dan umat islam seluruhnya.

Dan memandangkan esok Aidiladha, semoga ia memberi makna kepada kita bila berbicara soal pengorbanan. Aku akhiri coretanku di sini...wallahua'lam...

~frenz 4eva~

~frenz 4eva~