Wednesday, September 22, 2010

Semoga Aku....

Tika manusia hanya bertuhan ketika duka,
Semoga aku bukan di kalangan mereka,
Tatkala manusia mengingatiNya bila susah,
Semoga aku tidak berada di jalan yang salah,

Saat kebanyakkan manusia mengambil sebahagian dari perintahNya,
Dan meninggalkan sebahagian yang lain,
Semoga aku taat dan patuh sepenuhnya,
 Terhadap apa yang diajar oleh kekasihNya,

Kala manusia bertopengkan agama untuk menghalalkan sesuatu,
Semoga aku jauh dari perbuatan hina itu,
 Pabila mereka mengkosmetikkan agama dalam kehidupan,
Semoga aku tidak menjadikannya sebagai ikutan,


Pada masa manusia menjadikan maksiat suatu kelaziman,
Semoga aku dihindarkan dari yang sedemikian,
Saat hidup dipenuhi hiburan yang melalaikan,
Semoga ku temui ketenangan dalam hiburan kerohanian,

Semoga aku tergolong dalam kalangan orang yang sedikit,
Semoga aku terus bersyukur dengan setiap apa yang diberi,
Semoga aku titiskan air mata tidak pada yang sia-sia,
Semoga aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hidup,

Semoga aku...
Damai dalam kasihNya,
Tenang dalam naungan cintaNya,
Bahagia di bawah keredhaanNya,

Dan semoga aku mampu menggapai kesemuanya...Ameen...

Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran 1431H

Bismillahirrahmanirrahim...

Belum terlambat rasanya untukku mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat teman-teman seagama, 'Maaf Zahir dan Batin.

Kekangan waktu dan kesibukan melakukan aktiviti di rumah membuatkan ku terlambat untuk menulis post baru sempena Eid Mubarak ini.

Kepada yang teman yang tinggal di sekitar Terengganu, jemput-jemputlah ke rumah, terutama kawan-kawan SHAMS dan SKPKI serta KUSZA.

Raya tu raya juga, kesihatan kena jaga, berhati-hati sentiasa, puasa enam jangan dilupa.

Sekali lagi, salam syawal, salam aidilfitri. (^^,)

Kad Raya yang tak seberapa

Monday, September 6, 2010

Anugerah Usia

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah

 6 September 2010

 Bertambah setahun lagi usiaku

Semoga pertambahannya

Seiring dengan kematangan dalam fikiran dan tindakan

Serta berkadar langsung dengan percambahan iman

Usia adalah satu anugerah

Meningkatnya ia mengingatkan kita

Bahawa mati itu semakin hampir

Usia juga satu anugerah

Kerana di dalamnya kita menikmati anugerah-anugerah yang lain

Dalam mengharungi kehidupan sehari-hari

Semoga aku bersyukur dengan pertambahan usia ini

Dan menjadikan aku lebih dekat dengan Mu Rabbi

Jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang sedikit....Ameen

~~Selamat ulang tahun kelahiran wahai diri, semoga hidupmu sentiasa diredhai,diberkati dan direstui oleh Ilahi~~






~frenz 4eva~

~frenz 4eva~